Cairkan Batuk Dan Kahak Secara Semulajadi

Mukus ialah sejenis cecair licin yang membantu melindungi dan melembapkan mulut, hidung, peparu, tekak dan tisu penghadaman.

Walaupun Mukus memainkan peranan penting terhadap kesihatan badan secara menyeluruh, Mukus berlebihan akan memberi masalah kepada kesihatan kita. Biasanya ia akan mengganggu kebolehan kita untuk bernafas secara normal. Contoh paling ringkas, Mukus berlebihan akan menyebabkan tekak kita kurang selesa, menyebabkan kita batuk, dan Mukus yang semakin menebal akhirnya akan bertukar menjadi kahak.

Paling kasihan apabila melihat kanak-kanak yang mengalami batuk berkahak, kerana mereka masih belum pandai untuk mengeluarkan kahak tersebut sendiri, dan sekiranya dibiarkan berlanjutan mungkin akan menjadi penyebab bronchitis.


Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan, terdapat juga beberapa makanan yang boleh membantu kita mengurangkan penghasilan mukus berlebihan secara semulajadi.

(1) Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Buah dan sayuran adalah sumber utama anti-oksidan. Contohnya, Beta-Carotene dan Vitamin-C, keduanya menguatkan mekanisma pertahanan badan, membantu penyembuhan daripada demam, selsema dan jangkitan lain yang berkaitan dengan penghasilan mukus berlebihan. Bawang merah, bawang putih, seleri, parsley, lemon, dan makanan kaya anti-oksidan - Semua jenis beri, ceri, buah sitrus, tomato, kiwi, brokoli dan sayuran hijau - membantu dalam mengurangkan penghasilan mukus.

Kurangkan pengambilan kentang, pisang dan kobis yang menggalakkan penghasilan mukus!

(2) Cecair Suam.

Cecair yang suam (sedikit panas) seperti air kosong suam, teh herba, coklat panas, dan sup panas (sup sayur/ sup ayam) boleh membantu mencairkan mukus, mengurangkan keperitan sakit tekak dan mengurangkan rasa kurang selesa yang berkait rapat dengan demam atau selesema.

Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti air kopi dan the hitam, serta pengambilan minuman bersusu. Walaupun produk tenusu bukanlah penyebab utama pengahsilan mukus berlebihan, namun, produk tenusu akan memekatkan cecair mukus dan meningkatkan iritasi badan (*MayoClinic.com).

(3) Kekacang dan Bijian.

Kekacang dan bijian turut mempunyai lemak anti-keradangan dan anti-oksidan Vitamin E. Untuk mendapatkan Asid Lemak Omega-3, makanlah Flaxseed, Minyak Flaxseed, kacang Badam atau Minyak kacang Badam. Jika anda sedang mengalami sakit tekak, sebagai alternatif, ambillah mentega kekacang seperti mentega dari sumber kacang tanah, Almond, atau Cashew yang memberikan tekstur yang lebih lembut.

(3) Minyak Ikan Air Sejuk (Asid Lemak Omega-3)

Ikan air sejuk, sinonim dengan ayam, adalah sangat kaya dengan jumlah protein yang tinggi! Minyak ikan di dalam ikan air laut sejuk mempunyai kandungan Asid Lemak Omega-3 yang sangat tinggi, yang boleh mengurangkan keradangan dan penghasilan mukus, berbanding dengan makanan lain. Ikan yang mempunyai kandungan Asid Lemak Omega-3 yang tinggi ialah Ikan Salmon, Tuna, Herring, Lake Trout, Flounder, Halibut, Sardin dan Mackerel.

Sumber : Genkimomma

Shaklee OmegaGuard mengandungi 1000mg Omega-3 dalam setiap hidangan membantu memanaskan dada dan mencairkan kahak. Selain itu OmegaGuard juga membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru *.

Jom tengok testimoni pengguna Omegaguard : Omegaguard vs batuk & Kahak

Sempena bulan Disember 2013 ini, Shaklee menawarkan harga runtuh untuk OmegaGuard. Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

No comments:

Post a Comment