Soalan yang sama pernah saya ajukan pada nurse Klinik Kesihatan. Jawabnya mudah sahaja, " Kalau awak rase boleh teruskan. Teruskanlah "
Ya, anda masih boleh meneruskan penyusuan walaupun telah disahkan hamil kerana badan masih boleh menghasilkan susu walaupun ketika hamil. Dan selepas kelahiran , anda boleh menyusukan kedua-dua bayi anda. Penyusuan semasa hamil tidak menjadi masalah jika kehamilan anda berjalan dengan baik dan anda sihat.
Jika anda mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan susu badan semasa mengandung ada beberapa perkara perlu anda ambil kira;
1) Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
2) Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
3) Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
4) Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum yang sudah terhasil semasa kandungan 4 ke 5 bulan lagi dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan. Dan badan anda akan terus menghasilkan kolostrum sehingga bayi yang baru anda memerlukannya.
5) Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.
6) Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.
7) Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
Kebanyakan ibu menyusu akan mula merasai penurunan kuantiti susu badan menjelang pertengahan mengandung dan ada juga yang mula mengalaminya seawal bulan pertama mengandung. Semasa mengandung, susu matang akan mula berubah menjadi kolostrum secara purata di antara bulan ke 4 hingga ke 8 mengandung. Kuantiti susu akan mula meningkat di akhir bulan mengandung kerana penghasilan kolostrum telah bermula.
Kenapa kuantiti susu selalunya merudum semasa mengandung?
Level hormone progesterone semakin meningkat apabila kita mengandung. Salah satu teori ( daripada Flower 2003) mengatakan yang progesterone menyebabkan alveoli menjadi telap atau “bocor” dan akhirnya tidak dapat menyimpan susu dengan elok. Semasa kelahiran ( plasenta dikeluarkan), tahap progesterone akan jatuh mendadak dan diambil alih oleh hormone prolaktin. Prolaktin membuatkan alveoli menjadi tidak telap sekaligus menyediakan badan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.
Walaubagaimanapun, anda perlu menghentikan penyusuan jika ;
- Anda mempunyai kelahiran pramatang sebelum ini
- Anda pernah mengalami keguguran sebelum ini
- Anda mengalami sedikit pendarahan
Pengalaman saya tidak pernah berhenti menyusu anak sejak 6
tahun dahulu sehingga sekarang! Apa tidaknya, Farihah bercerai susu
semasa saya mengandungkan Nasri 5 bulan. Masa tu saya agak takut untuk
menyusu semasa mengandung. Saya teruskan menyusu Nasri sehingga saya
mengandungkan Muqri 7 bulan. Saya nekad untuk menyusukan Muqri walaupun
setelah melahirkan Fikri. Tapi tak sangka pula Muqri tidak mahu menyusu
setelah saya berhenti sekejap (seminggu je) untuk beri colostrum pada Fikri sebab masa tu Fikri kene jaundice. Sekarang Fikri sudah pun 4 bulan dan hanya minum susu ibu.
Apa yang penting adalah pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk ibu, bayi yang disusui dan adikknya yang dikandung. Di Shaklee kami mencadangkan set asas kehamilan yang terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vitamin C dan OsteMatrik diambil bersama Energizing Soy Protein (ESP) yang bertindak sebagai milk booster. Kombinasi set ini bukan sahaja dapat memberikan tenaga malahan meningkatkan kuantiti susu dengan syarat penyusuan tetap diteruskan samada secara terus atau dipam dan pengambilam air yang mencukupi.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment