Mabuk hamil adalah perkara yang paling biasa berlaku di awal
kehamilan. Tetapi setiap individu akan mengalami pengalaman yang berbeza-beza bahkan pada setiap kehamilan juga berbeza.
Anda mungkin mengalami mual ringan dari semasa ke semasa, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan
rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan
malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.
Perasaan kurang selesa ini bukanlah sengaja di reka-reka kerana ianya berlaku secara semulajadi, walaupun ada sesetengah doktor percaya ianya hanyalah suatu keadaan psikologi sahaja. 8 daripada 10 wanita dikatakan mengalami mabuk hamil semasa trimester pertama. Keadaan ini boleh mengganggu rutin harian. Oleh itu sangat diharapkan agar para suami memberi peluang kepada isteri untuk berehat dan mungkin mengambil alih beberapa tugasan rumah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Mengapa saya berasa mabuk?
Rasa mabuk sebenarnya merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Tiada jawapan yang tepat untuk persoalan ini, namun yang pasti ia disebabkan oleh kombinasi daripada beberapa perubahan fizikal yang sedang berlaku pada badan si ibu. Antara kebarangkaliannya ialah:
1) Hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin)
Hormon ini meningkat dengan mendadak di awal kehamilan. Tiada siapa boleh jelaskan bagaimana hormon hCG meyumbang kepada rasa mabuk, tetapi kebanyakan pendapat mengaitkan hCG sebagai punca utama kerana waktunya berpadanan. Rasa mabuk memuncak pada masa yang sama paras hCG di tahap yang tinggi.
2) Hormon Estrogen dan Hormon Tiroid Tiroksina.
Hormon ini yang turut melonjak naik dengan mendadak di awal kehamilan turut dikaitkan dengan rasa mual.
3) Peningkatan deria rasa dan sensitiviti terhadap bau-bauan.
Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila seorang ibu yang baru hamil akan rasa teruja dengan bau roti bakar yang harum, ataupun, tiba-tiba rasa nak muntah apabila mencium bau haruman dari suaminya. Jangan berasa pelik apabila si ibu akan tiba-tiba rasa tidak suka kepada makanan kegemarannya, mahupun tiba-tiba menjadi suka kepada perkara yang dia tidak pernah sekalipun sukai. Sila salahkan hormonnya!
4) Perut yang sensitif.
Sesetengah perut dan sistem penghadaman wanita akan tiba-tiba menjadi lebih sensitif seiring dengan perubahan di awal kehamilan. Malah, ada sesetengah kajian mengatakan bahawa wanita yang mempunyai bakteria perut yang dikenali sebagai Helicobacter pylori akan lebih cenderung untuk berasa mual dan muntah. Walaubagaimanapun tidak semua kajian menyokong pendapat ini.
5) Tekanan.
Ada juga sesetengah pendapat yang mengaitkan tekanan dengan rasa mual. Walaupun tiada kajian yang kukuh, namun, jika anda sudah terlalu kerap muntah dan sentiasa diselubungi mabuk, mual dan loya, pastinya sedikit sebanyak menyumbang kepada rasa tertekan.
Berapa lamakah ia akan berlangsung?
Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar 5 atau 6 minggu kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Pada minggu ke 12 hingga 14, plasenta anda mengambil alih kerja untuk "menjaga" bayi yang sebelum ini dijaga oleh badan dengan penghasilan hormon kehamilan. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal.
Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair.
Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat.
Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat kemudian nanti.
Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik.
Dapatkan bantuan
Tiada rawatan khusus bagi ibu-ibu yang sedang mabuk, mual, loya dan
kesemua rasa tidak selesa ini, selain daripada perbanyakkan berehat.
Namun, jika anda terlalu kerap muntah dan sukar untuk masukkan sebarang
makanan atau minuman ke dalam mulut, jumpalah doktor dengan segera agar
anda diberikan rawatan yang bersesuaian.
Untuk mengatasi rasa loya dan muntah, anda boleh mencuba tips atasi mabuk hamil.
Jika anda memilih suplemen Shaklee sebagai suplemen asas kehamilan anda, di antara vitamin yang boleh membantu melegakan mabuk hamil ialah:
1) Performance Drink - minuman isotonik tanpa gas berperisa oren, yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah, serta mengelakkan dehidrasi.
2) Chewable Vita-C 100mg - Rasa masam dari Vitamin C boleh kunyah dari Shaklee ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa loya dan mual, dan, semestinya lebih berkhasiat berbanding asam jeruk!
3) Peppermint-Ginger Plus - Peppermint dan Halia sememangnya terkenal untuk merawat rasa mual dan loya secara semulajadi. Tambahkan suplemen ini kedalam secawan teh panas kurang manis, dan anda pasti rasa lebih tenang seketika, di samping bantu membuang angin di dalam badan.
Jika anda kurang mengambil makanan bernutrisi di awal kehamilan ini, kami mencadangkan agar anda mengambil Set Mengandung dari Shaklee yang mengandungi Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin), B-Complex, Vitamin-C, OsteMatrix (Kalsium) dan Energizing Soy Protein (ESP). Ingat, nutrisi ini penting bukan sahaja untuk si ibu, malah untuk si comel di dalam kandunganmu juga!
Rujukan: mayoclinic.com, babycenter.com, physiciansweekly.com
Kredit : Genkimomma.net
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom jadi partner saya.

No comments:
Post a Comment