Apa itu hiperemesis gravidarum?
Hiperemesis gravidarum merujuk kepada mual dan muntah berlebihan semasa hamil. Hiperemesis bermula awal, biasanya sebelum minggu kelima kehamilan. Ia mungkin berkurangan sekitar minggu ke-16 dan berakhir sekitar minggu ke-20. Kadang-kala ia berlarutan hingga minggu ke-22, atau ia boleh berterusan sepanjang kehamilan. Mujurlah ini jarang berlaku, terutamanya jika anda dapatkan bantuan dan rawatan dari awal.
Hiperemesis bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ia berlaku dalam kira-kira 0.5 hingga 2 peratus kehamilan dan merupakan sebab yang paling biasa wanita hamil dimasukkan ke wad semasa awal kehamilan, dan biasanya diberi rawatan untuk dehidrasi (kehilangan banyak air dalam badan).
Adakah ini mabuk kehamilan atau hiperemesis?
Hiperemesis mungkin jawapan yang lebih tepat jika anda muntah banyak kali dalam masa sehari, muntah setiap kali makan dan minum, dan anda juga kehilangan berat badan. Rawatan yang biasa tidak membantu, dan anda merasa terlalu sukar untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Namun begitu, tiada definisi yang mudah dari segi perubatan bagi hiperemesis. Sesetengah doktor akan hanya mendiagnosnya sebagai hiperemesis jika anda kehilangan berat lebih daripada 3kg, atau 5 hingga 10 peratus daripada berat sebelum hamil. Ataupun, mereka mungkin menunggu sehingga anda mengalami dehidrasi.
Walaupun jika anda tidak kehilangan berat, atau jika doktor anda tidak bimbang mengenai kehilangan berat, anda seharusnya boleh membuat ujian dan mendapatkan rawatan bagi mabuk kehamilan. Rawatan awal boleh mengelakkan hiperemesis, tetapi mungkin agak sukar untuk mendapatkan bantuan dan anda mungkin perlu berjumpa doktor lain.
Jika keadaan ini bermula selepas minggu kesembilan kehamilan, atau jika anda turut mengalami demam dan kesakitan, mungkin ada sebab lain seperti gastrik, ulcer, jangkitan pundi kencing, penyakit tiroid atau kencing manis.
Kesan hiperemesis
Hiperemesis mengambil alih kehidupan anda, membuatkan anda keletihan, tertekan dan tidak dapat menikmati kehamilan anda. Hubungan dengan suami juga mungkin terjejas. Anda mungkin merasa bersendirian dan murung, sementara suami pula merasa seperti diketepikan.
Mungkin sukar bagi anda menjaga diri sendiri atau keluarga, dan perkara-perkara kecil seperti mandi, memandu atau berbelanja kadang-kala mustahil untuk dilakukan.
Hiperemesis boleh meninggalkan kesan jangka panjang. Pengalaman ini mungkin terlalu sukar bagi anda sehingga anda tidak mahu memikirkan untuk hamil lagi bagi jangka masa yang panjang.
Anda lebih berisiko mendapat hiperemesis jika anda:
- Hamil anak kembar dua atau lebih;
- Mempunyai ibu atau kakak yang juga mengalaminya;
- Pernah mengalami hiperemesis dalam kehamilan sebelum ini;
- Pernah mengalami mabuk perjalanan atau migrain;
- Mempunyai penyakit berkaitan hati;
- Mempunyai ketaknormalan tiroid.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu diri?
1- Dapatkan bantuan profesional dari awal. Terangkan bagaimana teruk anda rasa dan nyatakan bahawa anda mahu dapatkan rawatan.
2- Mintalah suami, keluarga dan rakan-rakan membantu anda dengan tugas-tugas memasak, berbelanja, menjaga anak dan tugas-tugas rumah yang lain.
3- Makan apa yang anda teringin makan dan elakkan melihat atau bau makanan yang membuatkan anda loya.
4- Kekalkan hidrasi badan. Minumlah apa sahaja semasa anda boleh, atau hisap ketulan ais.
5- Makan apa sahaja yang anda boleh tahan. Anda boleh makan makanan yang lebih berkhasiat apabila anda sihat nanti. Sementara itu bayi anda akan memperolehi zat-zat yang diperlukannya daripada simpanan dalam badan anda.
6- Cubalah kaedah rawatan semula jadi seperti vitamin B6 dan halia di samping rawatan perubatan.
7- Berehatlah sebanyak yang boleh dan jangan rasa bersalah kerana anda sememangnya sakit!
8- Berbuallah dengan ibu-ibu lain yang turut mengalaminya dalam komuniti kami.
Anda boleh juga mencuba tips untuk mengatasi masalah loya dan muntah.
Bilakah saya harus berjumpa doktor?
Beritahu doktor secepat mungkin, sebaik sahaja simptom-simptomnya menjejaskan kehidupan anda, atau jika anda bimbang mengenai kesihatan anda dan bayi.
Ujian darah dan air kencing boleh mengesan masalah lain yang mungkin menyebabkan anda mabuk dan akan mengenalpasti tanda-tanda dehidrasi dan malnutrisi seperti kehadiran ketone dalam air kencing. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) mungkin akan dijalankan untuk memeriksa samada anda hamil anak kembar atau untuk mengesan ketaknormalan pada plasenta (uri).
Jika anda tidak dapat mengekalkan cecair dalam badan, perhatikan tanda-tanda dehidrasi seperti air kencing yang sangat sedikit atau berwarna kuning pekat. Jika anda cubit belakang tapak tangan anda dan kulit itu tidak segera kembali kepada asal, jumpalah doktor.
Tanda-tanda lain yang tidak harus anda abaikan termasuk kesakitan pada bahagian abdomen atau pendarahan, gangguan penglihatan, sakit kepala, pening, kekeliruan, dan terdapat darah atau hempedu dalam muntah anda.
Walaupun jika doktor tidak menawarkan rawatan sekarang, anda harus memantau tanda-tanda dehidrasi dan kebuluran, serta komplikasi berkaitan mabuk hamil yang jarang berlaku seperti Wernicke's encephalopathy. Gangguan pada otak yang disebabkan oleh malnutrisi ini boleh dielakkan dan dirawat dengan mengambil vitamin B1 (thiamin).
Apakah rawatan bagi hiperemesis?
Anda sepatutnya diberikan ubat bagi mabuk hamil yang teruk dan berlarutan, walaupun sesetengah doktor enggan memberikan apa-apa. Ada ubat penahan muntah yang selamat dan efektif, tetapi doktor mungkin tidak akan memberikannya kepada anda sehinggalah anda dimasukkan ke hospital.
Jika anda tidak boleh makan atau minum, mungkin sukar untuk anda menelan pil. Sesetengah ubat penahan muntah boleh didapati dalam bentuk supositori (dimasukkan melalui dubur), dalam bentuk bukal (larut di antara bibir atas dan gusi), atau boleh diberi melalui suntikan.
Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis ubat sebelum mendapat satu yang berkesan bagi anda. Antihistamin selalunya akan diberi dahulu, kerana ia adalah yang paling selamat bagi kehamilan. Jika ini tidak berkesan, anda mungkin diberi fenothiazin seperti Stemetil atau sejenis ubat yang dipanggil metoklopramid. Steroid (seperti deksamethason) juga kadang-kala diberi untuk merawat hiperemesis.
Anda mungkin dimasukkan ke hospital untuk menghidrasi semula, dan jika anda tidak boleh minum dan makan serta terus kehilangan berat badan, anda mungkin perlu dipasangkan tiub makanan. Walau bagaimanapun, rawatan di hospital bukanlah sesuatu yang tidak boleh dielakkan bagi merawat hiperemesis.
Apakah masalah ini ataupun kaedah rawatannya akan memudaratkan bayi saya?
Loya dan muntah tidak menjejaskan bayi anda, malah kemungkinan untuk gugur akibat mabuk hamil adalah sangat tipis. Bayi anda mungkin kecil sedikit daripada biasa, tetapi dia pasti akan segera membesar dengan normal.
Semua ubat harus digunakan dengan cermat semasa hamil, tetapi ubat penahan muntah mempunyai rekod selamat dan tidak berkemungkinan menjejaskan bayi.
Sumber : babycenter.com
Jika anda disahkan Hiperemesis atau merasakan diri anda mengalami Hiperemesis, saya mencadangkan anda mengambil Performance Drink dan B Complex (antara kandungannya : B6 dan B1) untuk mengurangkan kesan Hiperemesis dan menghidrasikan semula badan. rawatan awal boleh mengurangkan gejala Hiperemesis dan anda mungkin tidak perlu dicucuk untuk memasukkan titisan intravenous (IV) bagi menggantikan cecair, vitamin dan mineral yang hilang daripada badan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

No comments:
Post a Comment