Bolehkah Saya Menyusu Anak Semasa Mengandung?

Soalan yang sama pernah saya ajukan pada nurse Klinik Kesihatan. Jawabnya mudah sahaja, " Kalau awak rase boleh teruskan. Teruskanlah "




Ya, anda masih boleh meneruskan penyusuan walaupun telah disahkan hamil kerana badan masih boleh menghasilkan susu walaupun ketika hamil. Dan selepas kelahiran , anda boleh menyusukan kedua-dua bayi anda. Penyusuan semasa hamil tidak menjadi masalah jika kehamilan anda berjalan dengan baik dan anda sihat.

Jika anda mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan susu badan semasa mengandung ada beberapa perkara perlu anda ambil kira;

1) Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.

2) Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.

3) Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.

4) Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum yang sudah terhasil semasa kandungan 4 ke 5 bulan lagi dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan. Dan badan anda akan terus menghasilkan kolostrum sehingga bayi yang baru anda memerlukannya.

5) Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.

6) Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.

7) Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

Kebanyakan ibu menyusu akan mula merasai penurunan kuantiti susu badan menjelang pertengahan mengandung dan ada juga yang mula mengalaminya seawal bulan pertama mengandung. Semasa mengandung, susu matang akan mula berubah menjadi kolostrum secara purata di antara bulan ke 4 hingga ke 8 mengandung. Kuantiti susu akan mula meningkat di akhir bulan mengandung kerana penghasilan kolostrum telah bermula.

Kenapa kuantiti susu selalunya merudum semasa mengandung?

Level hormone progesterone semakin meningkat apabila kita mengandung. Salah satu teori ( daripada Flower 2003) mengatakan yang progesterone menyebabkan alveoli menjadi telap atau “bocor” dan akhirnya tidak dapat menyimpan susu dengan elok. Semasa kelahiran ( plasenta dikeluarkan), tahap progesterone akan jatuh mendadak dan diambil alih oleh hormone prolaktin. Prolaktin membuatkan alveoli menjadi tidak telap sekaligus menyediakan badan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.


Walaubagaimanapun, anda perlu menghentikan penyusuan jika ;

- Anda mempunyai kelahiran pramatang sebelum ini
- Anda pernah mengalami keguguran sebelum ini
- Anda mengalami sedikit pendarahan

Pengalaman saya tidak pernah berhenti menyusu anak sejak 6 tahun dahulu sehingga sekarang! Apa tidaknya, Farihah bercerai susu semasa saya mengandungkan Nasri 5 bulan. Masa tu saya agak takut untuk menyusu semasa mengandung. Saya teruskan menyusu Nasri sehingga saya mengandungkan Muqri 7 bulan. Saya nekad untuk menyusukan Muqri walaupun setelah melahirkan Fikri. Tapi tak sangka pula Muqri tidak mahu menyusu setelah saya berhenti sekejap (seminggu je) untuk beri colostrum pada Fikri  sebab masa tu Fikri kene jaundice. Sekarang Fikri sudah pun 4 bulan dan hanya minum susu ibu.

Apa yang penting adalah pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk ibu, bayi yang disusui dan adikknya yang dikandung. Di Shaklee kami mencadangkan set asas kehamilan yang terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vitamin C dan OsteMatrik diambil bersama Energizing Soy Protein (ESP) yang bertindak sebagai milk booster. Kombinasi set ini bukan sahaja dapat memberikan tenaga malahan meningkatkan kuantiti susu dengan syarat penyusuan tetap diteruskan samada secara terus atau dipam dan pengambilam air yang mencukupi.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

Mengapa Mabuk Hamil Dialami Oleh Ibu Mengandung ?

Mabuk hamil adalah perkara yang paling biasa berlaku di awal kehamilan. Tetapi setiap individu akan mengalami pengalaman yang berbeza-beza bahkan pada setiap kehamilan juga berbeza. Anda mungkin mengalami mual ringan dari semasa ke semasa, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.


Perasaan kurang selesa ini bukanlah sengaja di reka-reka kerana ianya berlaku secara semulajadi, walaupun ada sesetengah doktor percaya ianya hanyalah suatu keadaan psikologi sahaja. 8 daripada 10 wanita dikatakan mengalami mabuk hamil semasa trimester pertama. Keadaan ini boleh mengganggu rutin harian. Oleh itu sangat diharapkan agar para suami memberi peluang kepada isteri untuk berehat dan mungkin mengambil alih beberapa tugasan rumah.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mengapa saya berasa mabuk?

Rasa mabuk sebenarnya merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Tiada jawapan yang tepat untuk persoalan ini, namun yang pasti ia disebabkan oleh kombinasi daripada beberapa perubahan fizikal yang sedang berlaku pada badan si ibu. Antara kebarangkaliannya ialah:

1) Hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin)
Hormon ini meningkat dengan mendadak di awal kehamilan. Tiada siapa boleh jelaskan bagaimana hormon hCG meyumbang kepada rasa mabuk, tetapi kebanyakan pendapat mengaitkan hCG sebagai punca utama kerana waktunya berpadanan. Rasa mabuk memuncak pada masa yang sama paras hCG di tahap yang tinggi.

2) Hormon Estrogen dan Hormon Tiroid Tiroksina.
Hormon ini yang turut melonjak naik dengan mendadak di awal kehamilan turut dikaitkan dengan rasa mual.

3) Peningkatan deria rasa dan sensitiviti terhadap bau-bauan.
Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila seorang ibu yang baru hamil akan rasa teruja dengan bau roti bakar yang harum, ataupun, tiba-tiba rasa nak muntah apabila mencium bau haruman dari suaminya. Jangan berasa pelik apabila si ibu akan tiba-tiba rasa tidak suka kepada makanan kegemarannya, mahupun tiba-tiba menjadi suka kepada perkara yang dia tidak pernah sekalipun sukai. Sila salahkan hormonnya!

4) Perut yang sensitif.
Sesetengah perut dan sistem penghadaman wanita akan tiba-tiba menjadi lebih sensitif seiring dengan perubahan di awal kehamilan. Malah, ada sesetengah kajian mengatakan bahawa wanita yang mempunyai bakteria perut yang dikenali sebagai Helicobacter pylori akan lebih cenderung untuk berasa mual dan muntah. Walaubagaimanapun tidak semua kajian menyokong pendapat ini.

5) Tekanan.
Ada juga sesetengah pendapat yang mengaitkan tekanan dengan rasa mual. Walaupun tiada kajian yang kukuh, namun, jika anda sudah terlalu kerap muntah dan sentiasa diselubungi mabuk, mual dan loya, pastinya sedikit sebanyak menyumbang kepada rasa tertekan.

Berapa lamakah ia akan berlangsung?

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar 5 atau 6 minggu kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Pada minggu ke 12 hingga 14, plasenta anda mengambil alih kerja untuk "menjaga" bayi yang sebelum ini dijaga oleh badan dengan penghasilan hormon kehamilan. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal.

Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?


Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair.

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat.

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat kemudian nanti.

Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik.






Dapatkan bantuan

Tiada rawatan khusus bagi ibu-ibu yang sedang mabuk, mual, loya dan kesemua rasa tidak selesa ini, selain daripada perbanyakkan berehat. Namun, jika anda terlalu kerap muntah dan sukar untuk masukkan sebarang makanan atau minuman ke dalam mulut, jumpalah doktor dengan segera agar anda diberikan rawatan yang bersesuaian.

Untuk mengatasi rasa loya dan muntah, anda boleh mencuba tips atasi mabuk hamil.

Jika anda memilih suplemen Shaklee sebagai suplemen asas kehamilan anda, di antara vitamin yang boleh membantu melegakan mabuk hamil ialah:

1) Performance Drink - minuman isotonik tanpa gas berperisa oren, yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah, serta mengelakkan dehidrasi.

2) Chewable Vita-C 100mg - Rasa masam dari Vitamin C boleh kunyah dari Shaklee ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa loya dan mual, dan, semestinya lebih berkhasiat berbanding asam jeruk!

3) Peppermint-Ginger Plus - Peppermint dan Halia sememangnya terkenal untuk merawat rasa mual dan loya secara semulajadi. Tambahkan suplemen ini kedalam secawan teh panas kurang manis, dan anda pasti rasa lebih tenang seketika, di samping bantu membuang angin di dalam badan.

Jika anda kurang mengambil makanan bernutrisi di awal kehamilan ini, kami mencadangkan agar anda mengambil Set Mengandung dari Shaklee yang mengandungi Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin), B-Complex, Vitamin-C, OsteMatrix (Kalsium) dan Energizing Soy Protein (ESP). Ingat, nutrisi ini penting bukan sahaja untuk si ibu, malah untuk si comel di dalam kandunganmu juga!

Rujukan: mayoclinic.com, babycenter.com, physiciansweekly.com
Kredit : Genkimomma.net

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom jadi partner saya.

Adakah anda suka artikel ini?

Hiperemesis Penyebab Wanita Hamil Dimasukkan Ke Wad

Apa itu hiperemesis gravidarum?

Hiperemesis gravidarum merujuk kepada mual dan muntah berlebihan semasa hamil. Hiperemesis bermula awal, biasanya sebelum minggu kelima kehamilan. Ia mungkin berkurangan sekitar minggu ke-16 dan berakhir sekitar minggu ke-20. Kadang-kala ia berlarutan hingga minggu ke-22, atau ia boleh berterusan sepanjang kehamilan. Mujurlah ini jarang berlaku, terutamanya jika anda dapatkan bantuan dan rawatan dari awal.

Hiperemesis bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ia berlaku dalam kira-kira 0.5 hingga 2 peratus kehamilan dan merupakan sebab yang paling biasa wanita hamil dimasukkan ke wad semasa awal kehamilan, dan biasanya diberi rawatan untuk dehidrasi (kehilangan banyak air dalam badan).

Adakah ini mabuk kehamilan atau hiperemesis?

Hiperemesis mungkin jawapan yang lebih tepat jika anda muntah banyak kali dalam masa sehari, muntah setiap kali makan dan minum, dan anda juga kehilangan berat badan. Rawatan yang biasa tidak membantu, dan anda merasa terlalu sukar untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun begitu, tiada definisi yang mudah dari segi perubatan bagi hiperemesis. Sesetengah doktor akan hanya mendiagnosnya sebagai hiperemesis jika anda kehilangan berat lebih daripada 3kg, atau 5 hingga 10 peratus daripada berat sebelum hamil. Ataupun, mereka mungkin menunggu sehingga anda mengalami dehidrasi.

Walaupun jika anda tidak kehilangan berat, atau jika doktor anda tidak bimbang mengenai kehilangan berat, anda seharusnya boleh membuat ujian dan mendapatkan rawatan bagi mabuk kehamilan. Rawatan awal boleh mengelakkan hiperemesis, tetapi mungkin agak sukar untuk mendapatkan bantuan dan anda mungkin perlu berjumpa doktor lain.

Jika keadaan ini bermula selepas minggu kesembilan kehamilan, atau jika anda turut mengalami demam dan kesakitan, mungkin ada sebab lain seperti gastrik, ulcer, jangkitan pundi kencing, penyakit tiroid atau kencing manis.

Kesan hiperemesis

Hiperemesis mengambil alih kehidupan anda, membuatkan anda keletihan, tertekan dan tidak dapat menikmati kehamilan anda. Hubungan dengan suami juga mungkin terjejas. Anda mungkin merasa bersendirian dan murung, sementara suami pula merasa seperti diketepikan.

Mungkin sukar bagi anda menjaga diri sendiri atau keluarga, dan perkara-perkara kecil seperti mandi, memandu atau berbelanja kadang-kala mustahil untuk dilakukan.

Hiperemesis boleh meninggalkan kesan jangka panjang. Pengalaman ini mungkin terlalu sukar bagi anda sehingga anda tidak mahu memikirkan untuk hamil lagi bagi jangka masa yang panjang.

Anda lebih berisiko mendapat hiperemesis jika anda:

- Hamil anak kembar dua atau lebih;
- Mempunyai ibu atau kakak yang juga mengalaminya;
- Pernah mengalami hiperemesis dalam kehamilan sebelum ini;
- Pernah mengalami mabuk perjalanan atau migrain;
- Mempunyai penyakit berkaitan hati;
- Mempunyai ketaknormalan tiroid.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu diri?

1- Dapatkan bantuan profesional dari awal. Terangkan bagaimana teruk anda rasa dan nyatakan bahawa anda mahu dapatkan rawatan.
2- Mintalah suami, keluarga dan rakan-rakan membantu anda dengan tugas-tugas memasak, berbelanja, menjaga anak dan tugas-tugas rumah yang lain.
3- Makan apa yang anda teringin makan dan elakkan melihat atau bau makanan yang membuatkan anda loya.
4- Kekalkan hidrasi badan. Minumlah apa sahaja semasa anda boleh, atau hisap ketulan ais.
5- Makan apa sahaja yang anda boleh tahan. Anda boleh makan makanan yang lebih berkhasiat apabila anda sihat nanti. Sementara itu bayi anda akan memperolehi zat-zat yang diperlukannya daripada simpanan dalam badan anda.
6- Cubalah kaedah rawatan semula jadi seperti vitamin B6 dan halia di samping rawatan perubatan.
7- Berehatlah sebanyak yang boleh dan jangan rasa bersalah kerana anda sememangnya sakit!
8- Berbuallah dengan ibu-ibu lain yang turut mengalaminya dalam komuniti kami.

Anda boleh juga mencuba tips untuk mengatasi masalah loya dan muntah.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Beritahu doktor secepat mungkin, sebaik sahaja simptom-simptomnya menjejaskan kehidupan anda, atau jika anda bimbang mengenai kesihatan anda dan bayi.

Ujian darah dan air kencing boleh mengesan masalah lain yang mungkin menyebabkan anda mabuk dan akan mengenalpasti tanda-tanda dehidrasi dan malnutrisi seperti kehadiran ketone dalam air kencing. Imbasan ultrabunyi (ultrasound) mungkin akan dijalankan untuk memeriksa samada anda hamil anak kembar atau untuk mengesan ketaknormalan pada plasenta (uri).

Jika anda tidak dapat mengekalkan cecair dalam badan, perhatikan tanda-tanda dehidrasi seperti air kencing yang sangat sedikit atau berwarna kuning pekat. Jika anda cubit belakang tapak tangan anda dan kulit itu tidak segera kembali kepada asal, jumpalah doktor.

Tanda-tanda lain yang tidak harus anda abaikan termasuk kesakitan pada bahagian abdomen atau pendarahan, gangguan penglihatan, sakit kepala, pening, kekeliruan, dan terdapat darah atau hempedu dalam muntah anda.

Walaupun jika doktor tidak menawarkan rawatan sekarang, anda harus memantau tanda-tanda dehidrasi dan kebuluran, serta komplikasi berkaitan mabuk hamil yang jarang berlaku seperti Wernicke's encephalopathy. Gangguan pada otak yang disebabkan oleh malnutrisi ini boleh dielakkan dan dirawat dengan mengambil vitamin B1 (thiamin).

Apakah rawatan bagi hiperemesis?

Anda sepatutnya diberikan ubat bagi mabuk hamil yang teruk dan berlarutan, walaupun sesetengah doktor enggan memberikan apa-apa. Ada ubat penahan muntah yang selamat dan efektif, tetapi doktor mungkin tidak akan memberikannya kepada anda sehinggalah anda dimasukkan ke hospital.

Jika anda tidak boleh makan atau minum, mungkin sukar untuk anda menelan pil. Sesetengah ubat penahan muntah boleh didapati dalam bentuk supositori (dimasukkan melalui dubur), dalam bentuk bukal (larut di antara bibir atas dan gusi), atau boleh diberi melalui suntikan.

Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis ubat sebelum mendapat satu yang berkesan bagi anda. Antihistamin selalunya akan diberi dahulu, kerana ia adalah yang paling selamat bagi kehamilan. Jika ini tidak berkesan, anda mungkin diberi fenothiazin seperti Stemetil atau sejenis ubat yang dipanggil metoklopramid. Steroid (seperti deksamethason) juga kadang-kala diberi untuk merawat hiperemesis.

Anda mungkin dimasukkan ke hospital untuk menghidrasi semula, dan jika anda tidak boleh minum dan makan serta terus kehilangan berat badan, anda mungkin perlu dipasangkan tiub makanan. Walau bagaimanapun, rawatan di hospital bukanlah sesuatu yang tidak boleh dielakkan bagi merawat hiperemesis.

Apakah masalah ini ataupun kaedah rawatannya akan memudaratkan bayi saya?

Loya dan muntah tidak menjejaskan bayi anda, malah kemungkinan untuk gugur akibat mabuk hamil adalah sangat tipis. Bayi anda mungkin kecil sedikit daripada biasa, tetapi dia pasti akan segera membesar dengan normal.

Semua ubat harus digunakan dengan cermat semasa hamil, tetapi ubat penahan muntah mempunyai rekod selamat dan tidak berkemungkinan menjejaskan bayi.

Sumber : babycenter.com

Jika anda disahkan Hiperemesis atau merasakan diri anda mengalami Hiperemesis, saya mencadangkan anda mengambil Performance Drink dan B Complex (antara kandungannya : B6 dan B1) untuk mengurangkan kesan Hiperemesis dan menghidrasikan semula badan. rawatan awal boleh mengurangkan gejala Hiperemesis dan anda mungkin tidak perlu dicucuk untuk memasukkan titisan intravenous (IV) bagi menggantikan cecair, vitamin dan mineral yang hilang daripada badan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

  ** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)

Saya terbaca satu artikel yang sangat menarik yang ditulis oleh Rajiah Nasir. Artikel ini sebenarnya dah tersebar di Facebook dan mungkin anda sudah membacanya. Takpe saya nak kongsi juga mungkin ada yang tak sempat baca. Saya ambil pointnya sahaja ye...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.
Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri. Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.

Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu? Sebab too much exposed to computer light and touch screen!! Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan. Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku. Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.

Patutnya masa kecik kan, baby aktif nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan? Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu. Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat, "No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni. So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation. So lama-lama pandangan anak tu tak luas. So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.

How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. Pastu flash huruf B kat bawah pulak. Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya.

Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik. So brain development pon berlaku dengan baik.

3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.

Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill,

cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development. So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:

- Say a word, dan suruh anak ulang.
- Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
- Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
- Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
- Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
- Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
- Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc. Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain.

Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la kan.

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap,

"Elephant!"
bukan "That is elephant!"
atau "Wow u see that big elephant?"

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh,

"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."

Ajar word by word.Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively. Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh,

"Eat."
bukan "Come and eat."
atau "U must eat."

"Sit."
bukan "Come and sit beside Mama"
atau "Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia. So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest, bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, Suruh orang tu high five dengan anak kita tu. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan? So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus, suruh high-5 dulu.

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih mahu kau tak hangin kan?? So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus.

Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest.

Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.

Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya, "Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je, mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"


Itu contoh. Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai. At least soalan dah terjawab.

Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi. Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles. Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa. Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya juga dah cuba praktikkan beberapa tips yang disarankan pada Muqri. Kalau dia nak pencil tu saya bagi je skali dengan kertas. Biar dia conteng sepuas hati. Nasri dan Farihah plak kalau sepahkan mainan saya biarkan je. Tapi saya pastikan dia kemas balik mainan dia sebelum ayahnya balik kerja.

Pasal ipad / tablet tu memang dari awal saya tak ajar diorang main, cuma tv memang takleh dielakkan lah. Tapi saya control channel yang diorang tengok. biasanya diorang tengok upin ipin je kat youtube sambil-sambil main. Kadang-kadang saya pun follow sekali main ngan diorang. Diorang memang seronok sangat kalau kita main skali.

Saya juga dalam proses order set kanak-kanak shaklee untuk anak-anak saya. Alang-alang sekarang ni tengah promosi OmegaGuard, dapat la murah sket. Selain untuk kesihatan, set ni juga bagus untuk tumpuan blaja anak. Nanti saya bagi testimoni anak saya. Kalau nak tengok testimoni set kanak-kanak ni boleh tengok sini

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI : Paras Hb Naik Selepas Mengamalkan Set Mengandung Shaklee *

Paras Hemoglobin (Hb)  yang rendah semasa mengandung mengundang pelbagai masalah termasuk risiko kelahiran pramatang. Tidak hairanlah ibu-ibu sangat risau jira paras Hb rendah setiap kali check up. Saya kongsikan pengalaman ibu-ibu yang telah mengamalkan set mengandung Shaklee dan berpuas hati dengan hasilnya.

Testimoni 1

" Saya masa preg awal2 hb ok pastu dah masuk 7m dah stat low nurse bising2 so saya amik vitalea next cekup pas makan vitalea tros naik walau xmendadak tp naik dari 9.8 naik 11.2 pastu 11.8 last b4 deliver 12.9...... saya teruskan masa dalam pantang ni dengan zink, oste,bcomp,vitc,alfafa,esp.....syiokkkk" - Pn Suzie

Testimoni 2

" customer i, hb 8, ambik 2 biji vitalea, 1 pagi dan 1 petang. Ambil juga vit b complex dan vit c. Dlm 2 hari naik ke 10 lbh. Lepas sebulan masih 10.5, doc nak 11. Dia mula minum esp, itupun bukan hari2 sbb takle masuk. Next check up naik 12 " -Pn Julie

Testimoni 3



" sy dulu hb low...lps consume shaklee sampai sekang dh 34 weeks..check hb ok aje.. maintain cantik...nurse pun tanya n beli suplemen ni dr saya" Pn Norhanita  

Testimoni 4

" Sy sendiri sejak ngandungkn ank sulong mmg hb rendah, bila sy tahu yg sy ngandung ank ke-3 (baru masuk 4 buln), sy cuba set utk pregnant dgn m'ambil 1 vita-lea dan 1 b-complex stp pg, 1 vita-c lunch n ostematrix seblom tido mlm dan alhamdulillah baru 1 buln try hb dr 10 naik ke 11 " -Pn Nafiza

Testimoni 5

" teruskan amik shaklee tu puan.. hb saya dr 8.3 naik ke 11.1 semasa preggy anak kedua dgn vitalea.Dr sampai ingat sy ada talesemia. mmg 2 biji vitalea setiap hari.awal kehamilan tu sy disuruh ambil 4 biji iron sehari.. mmg xboleh telan.. saya nk muntah.. sakit perut..kesan sampingan iron tu mmg xboleh tahan.. dgn loya.. terus ambil vitalea dgn konsisten. ambil set kehamilan keseluruhannya lg bagus." - Pn Sri

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI : Set Kanak-kanak Meningkatkan Antibodi Anak Saya






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

Atasi Masalah HB (Hemoglobin) Rendah Di Kalangan Ibu Hamil

" Cantik Hb awak. Awak duduk kat mane?" Tanya nurse Klinik Kesihatan .
" Rumah saya kat belakang tu je. Tapi saya dari Shah Alam. Cadang bersalin dan berpantang di kampung" Senyum melebar
" Susah nak cari yang Hb camni kat sini. Semua rendah-rendah" Tersengih-sengih saya. Mase tuh Hb saya 13.6, kandungan dah 8 bulan anak pertama.

Alhamdulillah. dari anak pertama sampai anak ke-4 semasa mengandung Hb saya tak pernah dibawah 11. Apa rahsia saya? Saya banyak makan ikan dan bayam semasa mengandung. Masa ni saya belum kenal shaklee lagi.


Semasa mengandung, darah dalam badan ibu akan meningkat dan dengan itu ia memerlukan lebih banyak hemoglobin untuk mengangkut oksigen. Kekurangan hemoglobin dalam darah boleh menyebabkan anemia. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada risiko masalah anemia di kalangan ibu hamil:
- Ibu hamil yang tidak mendapat khasiat secukupnya serta tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbangan berikutan masalah morning sickness yang teruk dan berlarutan
- Ibu yang hamil anak kembar
- Jarak kehamilan yang terlalu rapat
- Tabiat pemakanan yang tidak baik
- Merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan
- Penggunaan ubat-ubatan anti konvulsi
- Pengambilan minuman berkaffein yang boleh mengurangkan penyerapan iron

Komplikasi anemia dikalangan ibu hamil:

- Lebih berisiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang
- Bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya
- Pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut
- Meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan tekanan darah ketika hamil) yang boleh mengundang pelbagai risiko lain termasuk kematian
- Lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin
- Boleh menyebabkan kehilangan banyak darah semasa bersalin

Kekurangan Hb boleh menyebabkan kita merasa cepat lelah, pucat, gelisah, dan terkadang sesak. Ramai kawan-kawan saya mengadu Hbnya rendah semasa mengandung walaupun dah makan obimin (diberi percuma oleh KK) setiap hari tanpa miss

Saya ingin kongsikan testimoni seorang kawan saya, Pn Tuty yang mengalami Hb yang rendah pada kandungannya yang pertama. Masa tu kandungannya sudah pun masuk 7 bulan tetapi bacaan hb darahnya masuh dibawah normal walaupun telah mengambil supplemen yang diberikan oleh klinik kesihatan secara PERCUMA

" bacaan HB saya telah meningkat melepasi tahap normal setelah 2 minggu mengambil Shaklee. Tentulah gembirakan sebab tidak perlu ambil darah lagi. Badan saya pun terasa lebih sihat dan sangat bersemangat. Bayangkan selepas bersalin pada pukul 4 petang, saya tidak terus tidur keletihan sebaliknya bagai ada satu aura yang membolehkan saya berjaga sehingga pukul 11.30 malam. " -Pn Tuty

Pn Tuty mengambil set mengandung asas yang terdiri daripada ;

Vita-Lea Iron Formula: MultiVitamin yang lengkap dengan Iron. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hb rendah semasa mengandung

B-Complex: Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk B12, folat dan Acid Folic. Memberi tenaga dan mencegah anemia. Kekurangan Vitamin B12 dan folat menyebabkan Hb rendah.

Vitamin-C: Selain untuk meningkatkan antibodi, ia juga merawat gusi bengkak sepanjang mengandung. Vitamin C juga mengoptimumkan penyerapan iron.

OsteMatrix: Sumber kalsium, membantu tidur malam dengan lena (quality sleep!) & mengelak kekejangan dan sakit pinggang. Juga mengatasi masalah sembelit.

Jika anda juga mempunyai masalah Hb rendah walaupun dah makan vitamin percuma, anda boleh mencuba set mengandung Shaklee. Walaupun berbayar, yang pasti vitamin shaklee adalah semulajadi bukannya sintetik. Boleh tengok artikel berkenaan vitamin sintetik disini. Hubungi saya untuk penjelasan lanjut.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

JANGAN Ambil Mudah Pendarahan Di Awal Kehamilan

Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang mudah mengandung dan ada yang sukar lekat. Namun ada pasangan yang bermasalah sering mengalami keguguran. Kandungan tidak dapat bertahan sehinggan 12 minggu dan kebanyakannya akan gugur. Kes seperti ini sangat menyentap hati kerana di kala hati gembira kerana badan sudah “berisi” tetapi pada masa yang sama, “hati sangat risau” samada kandungan mampu melepasi tahap kritikal atau tidak.


Saya mempunyai 2 orang pelanggan yang menghadapi masalah yang sama. Mudah lekat dan sering keguguran. Sedihnya hati saya di awal perkenalan apabila dikhabarkan begitu. Ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya adalah masalah rahim yang tidak kuat di mana dinding rahim tidak dapat menahan fetus. Keguguran yang berulang kali boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding rahim juga. Wanita yang mengalami masalah sebegini perlu mengambil perhatian yang lebih tatkala disahkan mengandung.

Kes sebegini dinamakan sebagai “Threatened miscarriage” iaitu risiko keguguran yang tinggi sehingga kandungan berusia 12 minggu. Selalunya wanita yang mengalami pendarahan di awal 20 minggu kehamilan perlu berhati-hati dan 30% wanita dikatakan mengalami pendarahan.

Simptom Threaten Miscarriage

Pendarahan vagina seperti warna coklat, merah cerah atau warna merah jambu. Ianya juga boleh dilihat seperti tompokan darah atau pendarahan teruk. Selain daripada itu, symptom lain yang biasa dialami adalah :

- Sakit belakang terutama bahagian bawah abdomen badan
- Kejang perut

Punca masalah Threaten Miscarriage

Dalam kebanyakan kes, sukar ditentukan punca yang nyata masalah ini timbul. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh difikirkan:

- Uterine fibroids, polyps, atau cysts
- Jangkitan seperti STDS
- Radang servik ketika aktiviti seks
- Kehamilan ektopik
- Komplikasi plasenta

Nasihat saya, jika anda mengalami pendarahan ketika kehamilan segeralah bertemu dengan doctor pakar sakit puan anda untuk menentukan risiko keguguran anda.

Rawatan untuk masalah Threatened Miscarriage

Malangya tiada sebarang ubat atau rawatan yang dapat menghentikan pendarahan vagina. Namun begitu terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil:

1. Tunggu dan Lihat
Jika hanya pendarahan ringan dan keadaan bayi kelihatan sihat, doctor akan menasihatkan anda untuk tunggu dan lihat jika ada sebarang perubahan pada pendarahan anda.

2. Rehatkan pelvic
Untuk mengelakkan sebarang trauma atau tekanan, doctor mungkin menyarankan supaya anda merehatkan pelvic. Aktiviti seks ketika tempoh tersebut juga perlu dihentikan.

3. Kurangkan aktiviti harian – Bed Rest
Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti harian. Aktiviti lasak boleh meningkatkan risiko keguguran. Malahan anda dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti yang akan memberi tekanan kepada badan anda.

4. Progesteron
Ianya bukanlah satu rawatan yang biasa diberikan. Progesteron diberikan untuk melegakan otot uterine dan mengurangkan risiko keguguran.

Masalah pendarahan di awal kehamilan boleh berlaku kepada siapa sahaja. Sahabat saya telah mengalaminya di kala mengandung anak keduanya. Saya ingin berkongsi satu perkongsian menarik daripada GenkiMomma Arnie mengenai pengalamannya mengandungkan anak ke 3.


"Sharing my stories..Saya dua2 kali preggie kena bleeding, around kandungan 7-8 weeks..Dua2 pregnancy juga dapat bed-rest seminggu. Yg first dgn gov doc, ok je dia bg MC 8 hari, bleeding 3-4 hari. Scan tiap2 kali jumpa untuk monitor.

Yg second dgn private doc, bleeding + sakit pinggang melampau, ala2 sakit contraction. Yg ini dia bagi ubat untuk kuatkan rahim + acid folic. pastuh, on 24 weeks, jalan dah buka 3cm pula, bed-rest lagi 3 weeks. Alhamdulillah, sihat dua2 anak saya.

Yg ketiga nie Alhamdulillah, maybe sebab amalkan supplement Shaklee, takde bleeding langsung sampai dah masuk 2nd trimester nie. Saya ambil vit basic tuelah, vitale, b-com, vit-c & OsteMatrix. Alhamdulillah.... :)
" -Pn Arnie

Apa yang Pn Arnie amalkan ialah set mengandung asas. Secara ringkasnya set ini terdiri daripada:

Vita-Lea Iron Formula: MultiVitamin yang lengkap dengan Iron. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hb rendah semasa mengandung

B-Complex: Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk Acid Folic. Vitamin B6 dipercayai dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.

Vitamin-C: Selain untuk meningkatkan antibodi, ia juag merawat gusi bengkak sepanjang mengandung.

OsteMatrix: Sumber kalsium, membantu tidur malam dengan lena (quality sleep!) & mengelak kekejangan.

ESP: Sumber protein. Gabungan dengan Vitamin-C dapat kurangkan kesan stretch-mark melampau.

Walaupun tidak terdapat fakta mengenai supplement dapat mengatasi masalah pendarahan atau threatened miscarriage, namun semua itu adalah usaha untuk memberikan tubuh yang lebih sihat bagi ibu yang ingin mengandung serta meningkatkan imunisasi badan terutamanya dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) yang konsisten.

Kredit : MyCHibiBox

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

Kenapa Mesti Pilih Vitamin Semulajadi Bukanya Vitamin Sintetik

Vitamin merupakan keperluan asas sel-sel badan kita. Ia sangat penting untuk badan berfungsi dengan baik. Kita boleh dapatkan vitamin ini daripada diet harian kita, cahaya matahari mahupun membelinya di kedai dalam bentuk kapsul atau cecair.


Syabas kepada mereka yang sangat prihatin tentang kesihatan diri dengan mengamalkan vitamin kesihatan. Tapi tahu tak vitamin yang berada dipasaran kita ada yang SEMULAJADI dan ada pula vitamin SINTETIK. Saya pun baru tahu setelah mengenali shaklee. Lebih mengejutkan, lebih daripada 90% daripada vitamin yang dijual hari ini terdiri daripada vitamin sintetik terutamanya Vitamin B dan Vitamin C!

Jom kita lihat fakta tentang vitamin sintetik yang telah dikaji oleh Dr. Robert J. Thiel.

SYNTHETIC VITAMINS VERSUS FOOD GROWN VITAMINS

(From Dr. Robert J. Thiel, Ph.D., N.M.D., The Truth About Vitamins in Supplements, American)
(Naturopathic Medical Association Monitor, June 2003, vol. 7 No. 2#)

Vitamin
Food Nutrient*
‘Natural’ Vitamin Analogue & Some Process Chemicals
Vitamin A/Beta carotene
Carrots
Methanol, benzene, petroleum esters; acetylene; refined oils.
Vitamin B-1
Nutritional yeast, rice bran
Coal tar derivatives, hydrochloric acid; acetonitrole with ammonia.
Vitamin B-2
Nutritional yeast, rice bran
Synthetically produced with 2N acetic acid.
Vitamin B-3
Nutritional yeast, rice bran
Coal tar derivatives, 3-cyanopyridine; ammonia and acid.
Vitamin B-5
Nutritional yeast, rice bran
Condensing isobutyraldehyde with formaldehyde.
Vitamin B-6
Nutritional yeast, rice bran
Petroleum ester & hydrochloric acid with formaldehyde.
Vitamin B-8
Rice
Phytin hydrolyzed with calcium hydroxide and sulfuric acid.
Vitamin B-9
Broccoli, rice bran
Processed with petroleum derivatives and acids; acetylene.
Vitamin B-12
Nutritional yeast
Cobalamins reacted with cyanide.
Vitamin ‘B-x’
PABA Nutritional yeast
Coal tar oxidized with nitric acid (from ammonia).
Choline
Nutritional yeast, rice bran
Ethylene and ammonia with HCL or tartaric acid.
Vitamin C
Acerola cherries, citrus fruits
Hydrogenated sugar processed with acetone.
Vitamin D
Nutritional yeast
Irradiated animal fat/cattle brains or solvently extracted.
Vitamin E
Rice, vegetable oils
Trimethylhydroquinone with isophytol; refined oils.
Vitamin H
Nutritional yeast, rice bran
Biosynthetically produced.
Vitamin K
Cabbage
Coal tar derivative; produced with p-allelic-nickel.

Kebanyakan vitamin sintetik diperbuat daripada petroleum, tar arang batu, dan gula kimia yang diproses (kadang-kadang ditambah minyak ikan perindustrian yg diproses), dengan asid lain dan bahan kimia industri (seperti formaldehid) digunakan untuk memproses mereka.

Vitamin sintetik asalnya dibangunkan untuk menjimatkan kos. Kebanyakan sintetik, petroleum dan makanan tambahan akan melabelkan produk mereka sebagai vegetarian produk, bukan kerana ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, tetapi kerana ia tidak diperbuat daripada haiwan.

Perlu berhati-hati kerana mereka akan menggunakan perkataan "Food-Based / suplemen berasaskan makanan" sebagai helah lain. Ia bermakna mereka menambah sedikit produk hijau untuk sintetik seperti alga, namun bahan2 kimia adalah keutamaan mereka.

Kesan pengambilan vitamin sintetik

1- Vitamin sintetik tidak didatangkan bersama-sama vitamin lain, enzim atau mineral yang diperlukan untuk membolehkan vitamin ini digunakan oleh badan. Ini menyebabkan ia tidak dapat digunakan dengan optimum. Samaada ia disimpan sehingga nutrien yang diperlukan untuk menggunakannya dengan berkesan ada atau dikumuhkan.

2- Oleh kerana vitamin sintetik tidak didatangkan bersama mineral perlu, ia akan menggunakan simpanan mineral badan untuk menggunakannya yang boleh membawa kepada kekurangan mineral yang serius.

3- Badan kita tidak serasi dengan sesetengah kandungan vitamin sintetik. Vitamin larut lemak (Vitamin A, D , E dan K) terutamanya yang diambil dalam bentuk sintetik boleh terkumpul didalam tisu lemak dan menyebabkan toksin. Apa yang menyebabkan vitamin sintetik ini lebih merbahaya ialah kandungan vitaminnya yang pekat dan tinggi berbanding vitamin semulajadi.

4- Perokok tegar yang mengambil vitamin E sintetik mempunyai kebarangkalian 18% lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung dan barah paru-paru

5- Wanita yang mengandung yang mengambil vitamin A sintetik meningkatkan kecacatan pada bayi.

6- Individu yang mengambil vitamin C sintetik meningkatkan risiko mendapat atherosclerosis yang boleh menyebabkan strok dan serangan jantung sebanyak 250%!

Bagaimana untuk mengenali vitamin sintetik

1- Jika ada silica gel di dalam bekas simpanan vitamin, ia adalah vitamin sintetik yang memerlukan silica gel untuk memelihara vitaminnya

2- Apabila dibiar lama dipegang dalam tangan, bila berpeluh, warna yg terdapat pada vitamin tadi melekat di tangan dan sukar untuk dibersihkan

3- Perhatikan kandungan vitamin. Jika dipermulaannya ada dl seperti dalam Vitamin E: dl-alpha tocopherol, dl-alpha tocopherol acetate bermakna ia adalah vitamin sintetik

Sumber: http://www.theherbprof.com/InfoVitaminTruth.html
Sumber : http://www.globalhealingcenter.com
Sumber : http://www.livestrong.com/

Kesimpulannya vitamin semulajadi umpama buah-buahan semulajadi manakala vitamin sintetik umpama buah-buahan plastik. Biarpun mahal sedikit kerana matfaatnya yang kita titik beratkan.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...