10 Tips Untuk Mengekalkan BUAH PINGGANG Yang Sihat

Buah pinggang kita akan menurun keupayaan menapis secara semula jadi selepas umur 30 sehingga 40 tahun. Selepas umur 30 tahun, setiap 10 tahun fungsi buah pinggang kita akan menurun sebanyak 10%. Tetapi, jika anda meningkatkan beban pada buah pinggang anda dari awal, risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang di kemudian hari pasti akan lebih tinggi.

Untuk melindungi buah pinggang anda, ikuti beberapa tips dibawah untuk mengurangkan risiko mendapat masalah buah pinggang.


1. Menguruskan kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung

Dalam kebanyakan kes, penyakit buah pinggang adalah penyakit sekunder yang berpunca daripada penyakit utama seperti diabetes, penyakit jantung atau tekanan darah tinggi. Oleh itu, mengawal tahap gula, kolesterol dan tekanan darah dengan mengikuti diet yang sihat, senaman dan panduan perubatan adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang.

2. Mengurangkan pengambilan garam

Garam meningkatkan jumlah natrium dalam diet. Ia bukan sahaja meningkatkan tekanan darah tetapi juga akan menyebabkan pembentukan batu karang.

3. Minum air yang banyak setiap hari

Air mengekalkan anda terhidrat dan membantu buah pinggang menyingkirkan semua toksin dari badan anda. Ia membantu tubuh untuk mengekalkan isipadu darah dan penumpuan. Ia juga membantu dalam penghadaman dan mengawal suhu badan. Sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari adalah satu kemestian.

4. Jangan menahan untuk membuang air kecil

Penapisan darah adalah fungsi utama buah pinggang. Apabila proses penapisan dilakukan, bahan buangan dan air akan disimpan di dalam pundi kencing dan perlu disingkirkan. Anda akan merasai keinginan untuk membuang air kecil apabila pundi kencing penuh dengan 120-150 ml air kencing.

Oleh itu, jika anda mengabaikan keinginan untuk ke tandas, pundi kencing akan menampung air melebihi daripada kapasitinya. Ini memberi kesan kepada proses penapisan buah pinggang.

5. Pemakanan yang berkhasiat

Hampir semua proses yang berlaku di dalam badan dipengaruhi oleh apa yang anda makan dan bagaimana anda makan. Jika anda banyak makan makanan yang tidak berkhasiat, makanan ringan dan makanan segera, organ-organ di dalam badan anda akan menghadapi akibatnya, termasuklah juga buah pinggang.

Anda perlu mengambil makanan yang betul dalam diet anda. Terutama makanan yang boleh menguatkan buah pinggang seperti ikan, asparagus, bijirin, bawang putih dan daun parsli. Buah-buahan seperti tembikai, oren dan lemon juga baik untuk kesihatan buah pinggang.

6. Minum minuman yang sihat

Minuman seperti jus segar antara minum lain selain air kosong yang membantu mengekalkan kesihatan buah pinggang. Jus membantu sistem penghadaman untuk mengekstrak lebih banyak air dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan. Elakkan minum kopi dan teh kerana mengandungi kafein yang mengurangkan jumlah cecair dalam badan. Jadi, buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.

Jika anda sudah mengalami masalah buah pinggang, anda harus elakkan daripada mengambil jus yang diperbuat daripada sayur-sayuran seperti bayam. Sayuran ini kaya dengan asid oksalik dan menyebabkan pembentukan batu karang. Air kelapa boleh membantu mencegah pembentukan batu karang.

7. Elakkan alkohol dan merokok

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan elektrolit di dalam tubuh dan kawalan hormon yang mempengaruhi fungsi buah pinggang. Merokok pula tidak menyebabkan masalah buah pinggang secara langsung tetapi ia mengurangkan fungsi buah pinggang dengan ketara. Ia juga memberi kesan yang buruk kepada kesihatan jantung yang boleh memburukkan lagi masalah buah pinggang.

8. Bersenam setiap hari

Para penyelidik percaya bahawa obesiti adalah berkait rapat dengan masalah yang berkaitan dengan buah pinggang. Berat badan yang berlebihan memberi peluang 2 kali ganda untuk mendapat masalah buah pinggang. Bersenam, makan makanan yang seimbang dan mengawal saiz pengambilan makanan pasti dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Selain itu, anda akan sentiasa berasa segar dan aktif.

9. Elakkan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor

Semua ubat-ubatan yang anda ambil akan melalui buah pinggang untuk penapisan. Meningkatkan dos atau mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor boleh meningkatkan beban toksin pada buah pinggang anda. Itulah sebabnya anda perlu sentiasa mengikuti cadangan dos dan mengelakkan pengambilan ubat sendiri.

10. Berfikir sebelum mengambil suplemen dan ubat-ubatan herba

Jika anda mengambil makanan tambahan atau ubatan herba, anda perlu menimbang semula keperluan dos anda. Pengambilan suplemen dan ekstrak tumbuhan tertentu yang berlebihan juga dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang. Anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang risiko penyakit buah pinggang sebelum mengambil.

Jika anda mengambil suplement Shaklee, anda dinasihatkan mendapatkan konsultasi daripada pengedar anda untuk mengelakkan dari pengambilan yang berlebihan dari keperluan.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga.

Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...