10 Faktor Penyebab Berlakunya Penuaan Awal

Faktor # 1 Pencemaran

Pencemaran boleh menyebabkan stress oksidatif pada kulit dan radikal bebas daripada pencemaran boleh menyebabkan pemecahan kolagen dan elastin pada kulit sehingga kulit menjadi kering , kusam dan mudah timbul kedutan . Oleh kerana itu , sangat penting untuk membersihkan kulit setiap hari selepas bekerja dan memperbanyak penggunaan antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E.

Faktor # 2 Sinar Matahari

Walaupun anda jarang bekerja di luar , anda masih berisiko terkena sinaran matahari di dalam bilik atau kenderaan jika duduk berhampiran tingkap. Sinar ultraviolet A dengan gelombang panjang akan masuk ke dalam lapisan kulit lebih dalam dan menjadi penyebab timbulnya kedutan, pigmentasi dan bahkan kanser kulit.

Faktor # 3 Stress

Semasa anda stress, badan akan melepaskan hormon kortisol yang akan menyebabkan pemecahan kolagen dan elastin pada kulit. Keadaan ini menyebabkan kulit menjadi kering, kusam dan timbul kedutan pada kulit. Cuba atasi stress dengan berhenti sejenak dari rutin dan mula melakukan kegiatan yang disukai agar fikiran menjadi lebih tenang .

Faktor # 4 Kurang Tidur

Kurang tidur boleh menyebabkan penuaan awal dengan 2 cara, iaitu;
1- Proses pertumbuhan semula kulit yang biasa terjadi pada waktu tidur menjadi terganggu . Kedua , kerana 2- Kurang tidur menyebabkan tubuh menjadi penat sehingga anda cenderung mengabaikan penjagaan kulit dan pola makan juga tidak teratur sehingga memberi kesan negatif pada kesihatan kulit .
Usahakan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Disiplinkan jadual tidur akan member kesan positif pada kesihatan kulit. Vivix membantu tidur yang lebih berkualiti.

Faktor # 5  Berada di bilik berhawa dingin dalam waktu lama

Hawa dingin boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering sehingga menyebabkan cepatnya proses penuaan. Perbanyak minum air kosong dan pakai pelembab untuk mencegah kekeringan kulit .

Faktor # 6 Produk Penjagaan Kulit Tertentu

Beberapa produk penjagaan kulit untuk Anti - Aging biasanya mengandungi Retin - A , alkohol , asid Glycolic yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering jika pemakaiannya berlebihan. Seeloknya produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin E, vitamin C, asid hyaluronat untuk menjaga kelembapan kulit .

Faktor # 7 Pembersihan Wajah Yang Terlalu kering

Membersih wajah terlalu sering dengan sabun boleh menghilangkan minyak semula jadi wajah yang berfungsi untuk memelihara kelembapan kulit secara semula jadi. Akibatnya, kulit mengendur dan muncul kerutan sebelum waktunya.

Faktor # 8 Makanan Manis

Kadar gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan perubahan pada kolagen sehingga memudahkan timbulnya kedutan pada kulit. Selain makanan manis, makanan dengan indeks glycemic yang tinggi seperti nasi putih dan roti juga mempunyai kesan yang sama. Seimbangkan diet anda dengan pengambilan protein dan serat daripada sayur dan buah - buahan .

Faktor # 9 Merokok

Merokok boleh menyebabkan penuaan dengan 6 cara;
1- Nikotin di dalam asap rokok akan membuat sel - sel kulit kekurangan cecair sehingga kelembapan berkurangan, kulit menjadi kusam, kering dan kasar .

2- Merokok secara umum mengurangkan kadar vitamin A dan vitamin C pada kulit wajah yang sebenarnya berfungsi sebagai anti-oksidan untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel .

3- Tembakau boleh menyebabkan kerosakan kolagen kulit sehingga keanjalan berkurang dan kulit lebih mudah berkedut.

4- Merokok, terutama dalam jangka waktu yang lama, boleh menyebabkan penurunan aliran darah pada arteri dan kapilari kulit wajah sehingga boleh menyebabkan kematian sel kulit. kekurangan aliran darah akan menyebabkan halangan dalam aliran nutrisi dan oksigen ke kulit.

5- Merokok juga melambatkan proses penyembuhan luka sehingga proses regenerasi kulit terganggu .

6- Semasa merokok, pendedahan haba yang terus-menerus boleh menyebabkan kerosakan keanjalan kulit wajah

Faktor # 10 Pemakanan yang tidak seimbang

Pengambilan nutrisi yang rendah serat, rendah vitamin, rendah antioksidan dan pengambilan nutrisi yang tidak seimbang boleh menyebabkan penuaan pada kulit. Setiap hari kulit memerlukan nutrisi untuk terus sihat dan melawan sinar matahari, pencemaran dan radikal bebas. Tanpa nutrisi yang baik maka kulit akan kelihatan tidak bermaya. Pengambilan Vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitamin E sangat digaklakkan untuk kulit yang sihat.


Di Shaklee kami menawarkan set panjagaan wajah ekslusif luaran dan dalam. Untuk luaran Set Natural Glow yang terdiri daripada pembersih wajah, toner dan pelembab sangat membantu memelihara kulit wajah secara semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia atau pengawet.

Untuk dalaman, Set Skin Care yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B Complex memelihara kulit dari dalam dan mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi.

Juga memperkenalkan Vivix Shaklee, sirap anti-aging terbaik. Sangat popular di US, Vivix merupakan revolusi terbaru dalam melambatkan penuaan pada tahap sel.

Set Natural Glow --->> Klik Sini
Set Skin care --->> Klik Sini
Vivix Shaklee --->> Klik Sini

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...