Supplement Yang PERLU DIELAKKAN Oleh Ibu Hamil

Wanita mengandung tidak boleh makan sebarangan makanan, ubat mahupun suplemen terutamanya pada trimester pertama. Ini kerana pada ketika ini, kandungan masih lagi lemah dan boleh menyebabkan keguguran. Apa yang makan ibu boleh mempengaruhi kesihatan bayi didalam kandungan.

Berikut antara suplemen yang tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Dapatkan nasihat doktor jika anda terpaksa mengambil suplement-siuplement berikut.

1- Alfalfa Complex
Alfalfa adalah sejenis herba. Ibu mengandung perlu elakkan dari mengambil sebarang herba kerana herba bersifat panas. Ini boleh  menyebabkan berlakunya kontraksi awal. Namun bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, anda dibolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga-jaga.

2 -Vitamin A ( Caratomax)
Vitamin A merupakan agen antioksida yang kuat. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000IU sehari.

3 -Vitamin E
Vitamin E juga merupakan agen antioksida yang kuat. Vitamin E sebenarnya dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tetapi pengambilannya perlu dikawal. Penggunaan vitamin E semasa hamil perlu mendapat nasihat doktor anda.

4 - GLA Complex
GLA Complex membantu mengawal hormon estrogen dan testosteron. Ini boleh mengganggu proses penghasilan hormon semulajadi tubuh semasa mengandung. Selain itu GLA Complex juga mengandungi vitamin E.

5 - Vivix
Fungsi vivix adalah untuk membaiki sel sehingga ke peringkat DNA. Pengambilan vivix ketika hamil dikhuatiri boleh mengganggu proses perkembangan janin didalam kandungan. Vivix juga tidak sesuai untuk 18 tahun kebawah.

6 - Nutriferon
Nutriferon membantu meningkatkan sistem imun badan sekaligus mengganggu kehadiran janin yang dilihat sebagai bendasing yang perlu disingkirkan.

7 - Garlic Complex
Selain meningkat sistem imun badan, garlic juga bersifat panas. Boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit sekiranya ibu mengalami selsema atau demam. Satu biji Garlic Complex mengandungi 500mg bawang putih.

8 - DTX Complex
DTX Complex membantu dalam regenerasi pembentukan semula sel-sel hati. Ia mengandungi cendawan reishi dan schizandra chinensis yang mempunyai ciri-ciri antioksida.

9 - Collagen Powder
Collagen Powder Shaklee mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang tidak sesuai untuk wanita hamil kerana ia memberi kesan kepada hormon mengandung. Tapi jangan risau, ibu mengandung boleh menggunakan Collagen sebagai masker.

10 - Herblax
Herblax merupakan julap lembut untuk masalah sembelit yang dikategorikan sebagai herba dan pengambilan herba akan meningkatkan suhu badan ibu tersebut. Sekaligus meningkatkan risiko keguguran. Jika ibu mengalami masalah sembelit, disarankan mengambil Ostematrix Shaklee.


11 - Lecithin
Selain penting untuk kesihatan otak, lecihin juga bertindak sebagai pengemulsi semualajadi lemak. Sangat sesuai untuk menurunkan berat badan tetapi bukan kepada ibu hamil. Ibu hamil boleh mengambil OmegaGuard pada kandungan trimester ke 2 dan ke 3 untuk bekalan DHA untuk perkembangan otak bayi.

12 - Cinch Shake
Cinch Shake merupakan protein yang boleh meningkatkan metabolisma badan untuk tujuan penurunan berat badan. Mengandungi sangat rendah kalori dan mungkin akan menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi dalam kandungan.

Pada awal kehamilan(Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kepada pelekatan benih dan kehadiran sel baru (bayi).

Jadi, pengambilan supplement yang bersifat antioksidan yang tiggi akan menyebabkan antibodi ibu meningkat. Pada waktu itu, badan ibu akan menganggap 'sel baru' (bayi) sebagai bendasing, dan akan cuba untuk 'reject' benda tersebut.ini boleh menyebabkan keguguran.

Vitamin yang disarankan ketika mengandung;

1- Vita-lea Iron Formula
Multivitamin yang lengkap dengan zat besi dan asid folik yang sangat penting untuk penghasilan sel darah merah.

2- Vitamin C
Selain untuk meningkatkan antibodi ibu, vitamin C juga menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi badan. ini membantu mengurangkan kesan stretch mark.

3- B Complex
B Complex yang lengkap dengan kesemua 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik. Selain memberi rasa tenang, B Complex juga membantu meningkatkan tenaga ibu

4- OsteMatrix
Sumber kalsium - magnesium yang sangat penting untuk ibu mengandung dan menyusu. Selain membantu pembentukan tulang dan gigi bayi di dalam kandungan, Ostematrix juga membantu mengatasi masalah sembelit dan kejang kaki.

5- ESP
Sumber protein organik terbaik yang lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Protein penting untuk pembesaran bayi dan untuk tenaga siibu.

6- OmegaGuard
Pengambilan hanya pada kangungan trimester ke-2 dan ke-3. Minyak ikan Shaklee ini merupakan sumber DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak bayi dan mengurangkan paras kolestrol.

Selain itu, jika ibu mengalami masalah mabuk alahan yang teruk, sangat digalakkan mengambil Performance Drink untuk mengekalkan bendalir badan. Peppermint Ginger Plus pula membantu mengurangkan rasa loya dengan membantu membuang angin dalam badan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...