Manipulasi Bisnes MLM

Ramai diantara kita sangat menyampah dengan MLM. Siap ada group anti-MLM lagi kat facebook. Ya saya pun sangat anti orang MLM ni. Apa yang saya fikirkan orang yang buat MLM ni bukannya nak jual produk tapi kejar downline je. Pastu income pun tak munasabah. Ada ke tak menjual, tapi dapat bonus. Macam mana tu?


Dulu sebelum menjadi pengguna Shaklee, mak saya pengguna Amway. Saya tak tahu pun yang Amway merupakan syarikat jualan langsung yang menggunakan konsep pemasaran MLM. Kenapa? Sebab Amway mengutamakan produk. Begitu juga dengan Shaklee. Setelah lebih 5 tahun mak saya pengguna tegar Amway, tetapi kini mak saya sudah beralih kepada Shaklee. Lagi murah katanya. Produk pun berkualiti dan berkesan.

Berikut artikel berkenaan manipulasi MLM yang saya ambil dari majalah niaga. Semoga penerangan ini membuka minda bahawa konsep MLM tiada salahnya, malah membantu meningkatkan hasil jualan.

*******************************************************
Multi Level Marketing (MLM) atau Pemasaran Berbilang Tingkat merupakan satu strategi pemasaran di mana pasukan jualan atau ejen dibayar komisyen atau bonus berdasarkan jualan mereka sendiri dan juga jualan ejen lain yang direkrut. Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai ‘downline’. Antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah ‘network marketing’ dan ‘referral marketing’.

Kami sendiri tidak menjalankan bisnes berkonsepkan MLM dan tiada cita-cita mahu mengasaskan syarikat MLM. Kami menghormati sebahagian pembaca blog Majalah Niaga yang terlibat dalam industri ini.

Hasil bergaul dengan beberapa ketua di dalam syarikat MLM, kami boleh membuat kesimpulan ada 2 jenis manipulasi di dalam bisnes ini. Maklumat ini berguna supaya para pembaca dapat mengelak dari masuk perangkap.

#1. Manipulasi pengasas syarikat MLM.

Syarikat MLM seperti ini menjadikan produk sebagai wayang sahaja. Harga produk diletak tinggi melampau, tidak sesuai dengan kos dan kelebihan produk tersebut. Contoh, harga sekotak kopi berkhasiat biasa-biasa diletak harga RM 150.

Syarikat seperti ini sebenarnya fokus kepada jual beli orang (head hunting), bukannya jual beli produk. Produk digunakan untuk mengaburi mata bakal pelanggan. Modus operandi sebenar disebalik tabir ialah ‘money game’.

Selain itu, ada segelintir syarikat MLM yang terang-terangan melakukan aktiviti ‘money game’. Bagaimanakah ia dijalankan? Syarikat jenis ini lazimnya menyediakan 2 bentuk pelan pemasaran. Sebagai contoh, satu pelan A dan satu lagi pelan B. Pelan A fokus kepada merekrut ejen-ejen baru di bawah dan dibayar komisyen atas setiap rekrut. Pelan A ini adalah pelan pemasaran biasa yang diamalkan di dalam semua syarikat MLM.

Di sebalik pelan A, syarikat ini juga mengaktifkan pelan B di mana ditawarkan pelaburan berkonsepkan ‘goyang kaki dapat duit’. Peserta yang menyertai pelan B ini ditawarkan pulangan tertentu setiap bulan bergantung kepada jumlah pelaburan yang dibuat. Biasanya dalam lingkungan 5% hingga 20% setiap bulan.

Fokus utama syarikat ini sebenarnya untuk mengaut keuntungan daripada ‘money game’ pelan B. Tiada cara lain yang diguna pakai oleh mereka melainkan duit pelaburan orang baru digunakan untuk membayar pulangan pelaburan orang lama. Cara yang biasa diamalkan oleh penganjur skim cepat kaya yang lain. Pelan A itu pula sengaja dibuat-dibuat untuk mengaburi mata pihak berkuasa untuk mendapatkan lesen MLM.

#2. Manipulasi leader MLM.

Walaupun ada syarikat MLM yang meletak harga sesuai dengan produk dan menjadikan kekuatan produk sebagai alat utama mereka untuk berkembang, tetapi terdapat segelintir leader yang ‘kreatif’ telah memanipulasi pelan pemasaran dengan cara mempengaruhi bakal ahli membeli secara pukal.

Pembelian pukal ini memudahkan mereka naik pangkat dan bonus bulan pertama mereka akan banyak. Keratan atau slip bonus itulah yang dijaja untuk mempengaruhi bakal ahli lain. Ada pembelian pukal berjumlah sehingga RM 30,000. Ada juga serendah RM 5000. Lazimnya, mereka mempengaruhi bakal-bakal ahli membuat pinjaman peribadi untuk melakukan pembelian ini.

Hakikatnya, majoriti ahli yang membuat pembelian pukal tersebut banyak bonusnya di bulan pertama sahaja. Bulan kedua dan seterusnya merosot atau tiada langsung. Bonus kelihatan banyak di atas cek sahaja, selepas ditolak kos pembelian pukal, sebenarnya tidak balik modal.

Maka lahir ramai leader-leader MLM ‘berkereta mewah tetapi tayarnya botak.’

Penting untuk kami tekankan di sini bahawa tidak semua syarikat atau leader MLM seperti di atas. Ada syarikat MLM yang bagus dan patuh syariah. Maklumat di atas boleh dijadikan panduan untuk elak duit hangus dibakar oleh syarikat dan leader MLM bertopeng!

**********************************************************

Di Shaklee, kami memang mengutamakan produk yang sememang mendapat banyak testimoni positif daripada para pengguna. Harga juga sangat berpatutan dan bersesuaian dengan kelebihan produk. Jika ditanya pengedar Shaklee, rata-rata mereka adalah pengguna Shaklee sebelum menjadi pengedar. Dan kami memang diajar teknik pemasaran untuk pasarkan produk.

Untuk manipulasi MLM kedua, mengingatkan saya pada kejatuhan Shaklee suatu masa dahulu disebabkan leader yang ingin naik cepat, telah memanipulasikan pelan pemasaran Shaklee. Menurut abang saya, pada masa itu, ramai leader mensyaratkan modal sehingga 4 angka untuk untuk memulakan Shaklee. Tetapi kisah itu sudah lama berlalu.

Oleh itu penting sekiranya anda ingin menceburkan diri kedalam duani MLM, atau diajak untuk menyertai MLM, selidik dahulu syarikatnya. Apakah produknya bagus untuk dijual. Dan yang penting, modal tidak sepatutnya mahal. Jika diShaklee, kami hanya bermodalkan RM65 sahaja. Dan modal ini bukannya dibayar kepada upline ye tetapi terus kepada Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...