Petua SEMULAJADI Mengatasi Masalah Kulit Berminyak & Jerawat

Jerawat sering dikaitkan dengan perubahan hormon terutamanya semasa zaman remaja. Perubahan ini menyebabkan kulit mudah berminyak dan berjerawat. Selain itu pembuangan sel kulit mati yang tidak teratur dan pembaharuan sel kulit baru yaang tidak stabil dan radang kulit juga penyumbang kepada jerawat. Jerawat juga dikaitkan dengan stress yang melampau.

Saya juga pernah mengalaminya dahulu ketika remaja. Kulit muka saya sangat berminyak dan penuh dengan jerawat di pipi. Keadaan ini menyebabkan saya merasa sangat rendah diri, malu berjumpa orang, dan menyebabkan saya menjadi pendiam. Kalau dilihat kembali gambar-gambar lama, terasa tak nak mnegaku itu adalah saya :d

Satu petua yang pernah diajar ibu saya, gosok muka dengan menggunakan belakang tangan. Ini untuk mengurangkan jangkitan bakteria yang ada di tapak tangan. Biasanya bila muka berjerawat, asyik nak picit saje jerawat tukan. Selain itu, banyak juga petua-petua lama yang saya amalkan seperti menggunakan serbuk kulit kayu manis dan membasuh muka dengan limau nipis.

Tetapi setelah mengenali Shaklee dan memperbanyakkan bacaan, pemakanan juga memainkan peranan penting dalam mencantikkan dan melicinkan kulit muka. Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat ialah:

1. Makanan berlemak dan bergoreng - meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak.

2. Makanan dari produk tenusu - kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu  boleh menyebabkan alahan

3. Makanan dari karbohidrat yang diproses - kandungan gula yang diproses tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbonat - menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.

5. Makanan yang diproses atau ditinkan - mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan

Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika anda kurangkan pengambilan makanan-makanan di atas. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik. Berikut adalah senarai pemakanan yang boleh anda praktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit anda seterusnya melicinkan kulit:

1. Sayur-sayuran dan buah-buahan

2. Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari

3. Amalkan cara masakan memanggang, stim atau membakar (bake)

4. Memakan makanan berserat tinggi seperti roti wholemeal, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega 3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar, dan banyak lagi.

5. Pengambilan vitamin juga membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik. Antara vitamin semulajadi yang disarankan adalah;

Vitamin B complex - Ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Selain itu ia juga membantu mendapatkan ton warna kulit sekata seterusnya menaikkan seri wajah. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C - Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen secara semulajadi oleh tubuh. Selain itu vitamin C juga menyekat pembentukan pigmentasi.

Vitamin E - Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kedut, garis halus, parut jerawat dan jeragat selain menghalang sinar UV daripada terus kepada sel kulit. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.


Air - sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan tompokan hitam bekas jerawat, boleh cuba amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin yang dinyatakan atau selain itu boleh amalkan pengambilan supplement jika mampu. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

 P/S : Anda juga boleh menggunakan Vitamin C dan Vitamin E untuk menjadi masker serta scrub muka anda.

Sumber : anakkuwiraku & drhasseenah.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. ** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...