Anda Teringin Menjadi WAHM?

Baru-baru ini, saya sempat menghadiri kelas motivasi shaklee yang dianjurkan oleh Genkimomma Group. Pengisian seminar oleh Master Yati Napi yang menceritakan kisah suka-duka beliau menjalankan bisnes shaklee sehingga ke tangga teratas shaklee sangat memberi inspirasi kepada saya.

Apa yang menariknya kelas ni, walaupun saya mempunyai 4 orang pengacau anak yang masih kecil, namun saya masih mampu mengikuti kelas motivasi tersebut dari awal sehingga tamat tanpa gangguan anak-anak. Jika sebelum ini, saya pernah juga menghadiri kelas shaklee dengan membawa keempat-empat anak saya. Hasilnya, tak sampai 2 jam kami semua dah balik! Rugi je bayar.

Tapi dengan adanya kelas online, saya dapat menumpukan sepenuh perhatian mendengar sambil berbaring menyusukan Fikri di sebelah kiri, sambil tangan kanan pula menidurkan Muqri dikanan saya. Cuma sumbat sahaja mic kat telinga. Dan kosnya pun 'zero' sahaja. Memang tiada alasan untuk orang seperti saya untuk menambah ilmu kerana semuanya boleh dilakukan secara online.

Memang saya sangat beruntung ditemukan dengan group yang penuh dengan motivasi dan bimbingan yang lengkap disediakan daripada group di facebook, group di WhatsApp sehinggalah kelas dan sudah semestinya secara online. Malah, kelas tertutup untuk Genkimomma Group juga sentiasa diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan "newbie" dan juga "orang lama" dapat berkenal-kenalan serta mendalami ilmu dengan lebih jelas.

"Be positive and nothing is impossible with faith to Allah"

Ramai yang mengidam nak jadi WAHM kan. Cam saya sekarang sambil duduk bersandar menulis post ini, sambil mendengar dan melihat telatah anak-anak bermain, bergaduh. Sesekali si kakak Farihah nengajukan soalan pada saya. Semuanya berlaku diatas katil! Seronokkan.

Jika anda juga teringin bekerja macam saya, anda boleh menghubungi saya. InsyaAllah, saya akan tunjukkan caranya. Apa yang penting, saya perlukan kesungguhan anda dan keberanian anda untuk berubah.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...