Risiko Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension semasa kehamilan. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh membawa kepada keadaan yang serius dipanggil preeclampsia juga disebut sebagai toxemia. Tekanan darah tinggi semasa hamil menjejaskan kira-kira 6-8% di kalangan ibu hamil.


Jenis-jenis tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)

Hypertension kronik
Ia juga dikenali sebagai chronic hypertension. Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) sebelum mengandung, pada peringkat awal kehamilan (sebelum minggu ke-20) ataupun tekanan darah tinggi berterusan selepas kelahiran bayi.

Hypertension gestasi
Ia juga dikenali sebagai gestational hypertension. Tekanan darah tinggi ( melebihi 140/90) terjadi selepas kehamilan minggu ke-20, tetapi tiada pengeluaran protein dalam air kencing dan akan hilang selepas kelahiran bayi

Preeclampsia
Kedua-dua hypertension kronik dan hypertension gestasi boleh menyebab preeclampsia keadaan yang teruk selepas kehamilan minggu ke-20. Ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius untuk kedua-dua ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan cepat.

Gejala-gejala bukan sahaja termasuk tekanan darah tinggi (melebihi 140/90), ia juga memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain di dalam badan menyebabkan pengeluaran protein dalam air kencing.

Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera dimana ibu mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi, kemungkinan akan membawa kematian ibu dan bayi semasa hamil. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekirannya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Bagaiman tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) boleh menjejaskan bayi anda?

Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati pre-eclampsia mungkin terjadi disebabkan pembentukkan uri yang tidak normal yang boleh berlaku seawal minggu ke 18-20 kehamilan. Salur darah yang terdapat dalam uri tidak menjadi nipis dan lembut. Terdapat juga darah beku menyebabkan salur darah tersumbat di dalam uri.

Tekanan darah tinggi akan menjejaskan perkembangan bayi dan bayi dilahirkan lebih kecil dari biasa. Walaubagaimanapun, sesetengah PIH akan hilang selepas kelahiran. Tekanan darah boleh kekal pada tahap yang tinggi sehingga 6 minggu selepas kelahiran

Siapakah yang berisiko untuk tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)

- Ibu kali pertama, ia sering terjadi kepada kandungan sulung
- Ibu yang mempunyai keluarga yang mempunyai PIH
- Kandungan kembar
-Ibu berumur kurang daripada umur 20 atau lebih tua daripada umur 40.
-Ibu yang mempunyai hypertension kroni
- Wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang sebelum hamil
- Ibu yang terlalu kurus ataupun rendah
- Kandungan molar

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) dirawat?

Kebanyakan ibu boleh melahirkan bayi yang sihat jika PIH dikesan awal dan dirawat dengan penjagaan pranatal biasa.

Jika PIH anda teruk, ia boleh membawa kepada preeclampsia yang boleh menyebab kesan yang serius kepada ibu dan bayi.

Jika anda mempunyai hypertension yang ringan dan bayi belum mencapai kematangan, doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda melakukan yang berikut:

* Rehat dan berbaring di sebelah kiri semasa tidur
* Kerapkan pemeriksaan pranatal
* Kurangkan memakan garam
* Minum 8 gelas air sehari.
* Jika bayi anda telah mencapai kematangan yang secukupnya, kelahiran bayi mungkin dijalankan secepat mungkin.

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk, doktor anda mungkin cuba merawat anda dengan ubat tekanan darah sehingga anda boleh melahirkan bayi anda dengan selamat.

Dapatkan Set Kehamilan Shaklee disini.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...