Apa Itu Vertigo Dan Bagaimana Cara Atasinya

Apa itu Vertigo?


Vertigo adalah keadaan dimana kepala pusing yang dirasakan luar biasa. Seseorang yang menderita vertigo merasakan sekelilingnya seolah-olah berputar, ini disebabkan oleh gangguan keseimbangan yang berpusat di kawasan labirin di kawasan telinga.

Perasaan tersebut kadang-kadang disertai dengan rasa mual dan ingin muntah, bahkan pesakit merasa tak mampu berdiri dan kadang-kadang terjatuh kerana masalah keseimbangan.

Keseimbangan tubuh dikawal oleh otak kecil yang mendapat maklumat mengenai kedudukan tubuh dari organ keseimbangan di telinga tengah dan mata. Vertigo biasanya terjadi akibat gangguan telinga tengah dan dalam atau gangguan penglihatan.

Faktor terjadinya Vertigo

1- Serangan migrain
2- Radang pada leher
3- Mabuk kenderaan
4- Jangkitan bakteria pada telinga
5- Kekurangan pengambilan oksigen ke otak
6- Penggunaan ubat tertentu

Ada beberapa jenis ubat boleh menyebabkan timbulnya vertigo seperti kinastreptomycin, dan salisilat, yang diketahui boleh menimbulkan keradangan kronik telinga dalam.

Vertigo boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu

1. Vertigo laryngea, iaitu pusing kerana serangan batuk.
2. Vertigo nocturna, iaitu rasa seolah-olah akan terjatuh pada permulaan tidur.
3. Vertigo ocularis, iaitu pusing kerana penyakit mata, khususnya kerana lumpuh atau ketidakseimbangan kegiatan otot-otot bola mata.
4. Vertigo rotatoria, iaitu pusing seolah-olah semua di sekitar badan berputar-putar.

Ketika anda merasakan serangan vertigo, ada beberapa tindakan yang boleh anda lakukan:

1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian pejamkan mata, dan cuba cari kedudukan yang membolehkan anda berbaring. Jika tidak boleh, maka segeralah duduk.

2. Jika anda merasa mual dan ingin muntah, maka segeralah mendapatkan bantuan orang-orang yang dekat dengan anda untuk membantu anda ke tandas.

3. Ketika anda berbaring, biarkan kedudukan tersebut sehingga serangan vertigo berkurang atau hilang.

4. Buka mata perlahan-lahan dan cuba mengiringkan badan, atau gerakkan kepala anda dengan perlahan.

Jika dengan tindakan ini serangan vertigo datang kembali, anda harus segera memejamkan mata, atau kembali ke posisi asal semula.

Rawatan

Rawatan terhadap penyakit ini harus dilihat dahulu jenis penyakitnya. Ubat untuk mengurangkan vertigo yang ringan adalah meklizin, dimenhidrinat, perfenazin dan skopolaminSkopolamin terutama berfungsi untuk mencegah motion sickness, yang terdapat dalam bentuk plaster kulit untuk kegunaan beberapa hari.

Semua ubat ini boleh menyebabkan mengantuk, terutama pada usia lanjut. Anda juga boleh mengambil ubat anti muntah. Namun, jika berterusan, sebaiknya segera berjumpa doktor.

Selain itu, Vivix Shaklee juga boleh diambil jika anda mengalami Vertigo. Vivix Shaklee yang bersifat anti-virus dan anti-bakteria, juga membantu mengurangkan stress dan sakit kepala yang boleh menyebabkan Vertigo.

Baca Testimoni Vivix Shaklee VS Vertigo -->> Dsini

Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix.  Vivix Shaklee hanya untuk 18 tahun keatas sahaja

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...