Endometriosis boleh menyebabkan kemandulan

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis? 

Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bacteria menjadikan apa yang digelar “darah kotor” atau darah haid.

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.

Google image
Apa yang terjadi ialah apabia tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku, lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Bagaimana endometriosis berlaku?

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ;

1 - Kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

2 - Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.

3 - Ada yang mengatakan STRESS merupakan punca kepada masalah endometriosis. Ianya sering berlaku pada wanita yang mengalami tekanan jiwa, mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mempunyai IQ yang tinggi.

4 - Ada juga yang mengatakan system ketahanan pada wanita tersebut telah lembut dan lentur oleh itu tisu-tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.

Apakah tanda-tanda atau gangguan?

1 - Senggugut ataupun kesakitan yang kuat pada bawah perut dan pinggang
2 - Kesakitan ketika melakukan persetubuhan
3 - Kesakitan sewaktu membuang air kecil / besar khususnya pada waktu haid
4 - Berlaku perdarahan sama ada pada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau berpanjangan     
5 - Ketidaksuburan dan kemandulan.

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

1 - Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih
2 - Ia boleh menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk bertemu dengan telur.
3 - Endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embrio
4 - Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormone yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

Endometriosis boleh menyebabkan keguguran berkali-kali

Endometriosis boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu 3 bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya tidak diketahui. Tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan pada hormone wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau mengganggu pertumbuhan janin.

Fakta menarik antara kehamilan dan endometriosis

Hamil boleh mengawal atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis. Dalam lain perkataan, kehamilan dapat merawat endometriosis daripada merebak. Jika pesakit tidak hamil dua tahun lepas pembedahan, kemungkinan endometriosis berulang adalah besar

Rawatan

1 - Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan bagi kes yang teruk, pembedahan buang rahim dan ovari terpaksa dilakukan.

2 - Rawatan dengan ubat hormon untuk menghentikan ovulasi, sehingga jaringan endometriosis akan mengalami pengecutan dan mati.

3 - Pengambilan supplement yang dapat membantu masalah endometriosis

Terdapat 4 jenis supplement yang disarankan iaitu B-complex, Vitamin C, Vitamin E dan GLA complex. Namun harus diingat yang supplement hanyalah satu usaha dan tiada jaminan yang anda akan SEMBUH 100% dengan pengambilan vitamin ini.

1 - B-complex : bertindak sebagai anti-stress untuk menenangkan perasan wanita yang mengalami tekanan jiwa. Stress dikatakan merupakan antara punca masalah endometriosis. Juga penting untuk tumbesaran sel yang sihat.

2 - Vitamin E : Antioksidan untuk menghalang pertumbuhan semula abnormal sel. Juga meningkatkan antibodi badan

3 - Vitamin C : Merupakan antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Meningkatkan tahap imunisasi badan individu.

4 - GLA complex : Bertindak untuk mengawal ketidakcelaruan hormon di dalam badan wanita terutamanya berkaitan dengan masalah wanita seperti menopause, PMS simptom atau kitaran haid.

Sumber : Majalah iSihat Januari 2012

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...