Bagaimana untuk meningkatkan kesuburan wanita

Pernahkah anda dengar kesuburan wanita boleh dilihat dari kuku ibu jari? Kalau ada bulan sabit putih di kuku, tandanya anda subur. Bagi saya itu hanya lah mitos semata-mata kerana saya juga tiada tetapi alhamdulillah sudah 4 orang cahayamata selama 7 tahun berkahwin!

Google image

Kesuburan wanita dipengaruhi banyak faktor kerana sistem peranakan wanita sangat kompleks jika dibandingkan dengan lelaki. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kesuburan wanita ialah ;



1 -  Usia
Antara usia 20 tahun sehingga 30 tahun tahap kesuburan wanita sangat tinggi. Seiring dengan pertambahan usia kesuburan itu akan semakin merosot.

2 - Genetik
Kesuburan juga dipengaruhi oleh genetik. Oleh itu jika ibu anda menopause terlalu awal (bawah usia 45 tahun) anda mungkin kurang subur. Wanita yang ibunya menopause lambat atau normal lazimnya lebih subur

3 - Kitaran haid
Kitaran haid yang normal ialah dari hari haid pertama hingga haid pertama berikutnya adalah antara 21-35 hari. Kitaran haid yang teratur juga memudahkan anda mengira waktu subur seterusnya meningkatkan kadar kehamilan.

4 - Keputihan
Keputihan boleh mengurangkan kadar kesuburan wanita lebih-lebih lagi jika ia disebabkan oleh jangkitan kuman.

5 - Sakit ketika haid
Salah satu sebab terjadinya senggugut dan kesakitan ketika haid ialah endometriosis, dimana sel endometrium (sel dalam rahim) yang melekat pada tempat yang tidak sepatutnya. Endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

6 - Darah haid sedikit
Kemungkinan besar anda mengalami Polycystic Ovary Syndrom ( PCOS) dimana ovari menjadi bengkak disebabkan oleh telur terperangkap dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Gejala lain adalah berat badan naik dengan mendadak.
di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subu - See more at: http://www.3r.com.my/pco-mengancam-kesuburan-wanita-malaysia/#sthash.WjwJEKY5.dpuf
di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subu - See more at: http://www.3r.com.my/pco-mengancam-kesuburan-wanita-malaysia/#sthash.WjwJEKY5.dpuf
di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subu - See more at: http://www.3r.com.my/pco-mengancam-kesuburan-wanita-malaysia/#sthash.WjwJEKY5.dpuf

7 - Obesiti
Obesiti boleh menyebabkan gangguan hormon dalam badan. Ini akan mengganggu proses ovulasi.

8 - Pemakanan
Pemakanan sangat mempengaruhi kesuburan wanita. Kadar gula darah yang rendah akan melambatkan penyerapan hormon progesteron yang penting untuk mematangkan sel telur serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan.

Oleh itu untuk meningkatkan kesuburan anda perlulah;

1 - Menjaga berat badan
Selain boleh mengganggu proses ovulasi, berat badan berlebihan boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.

2 - Makan makanan seimbang dan organik
Vitamin C, E dan B kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan dan fungsi hormon. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan organik yang kaya dengan vitamin dan mineral serta biji-bijan yang mengandung lemak esensial seperti kacang tanah.

3 - Kurangkan stress
Stress boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon seterusnya mengganggu proses ovulasi. Anda boleh bersenam atau tidur yang cukup juga boleh mengurangkan stress.

4 - Lakukan pemeriksaan rahim
Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst danPolycystic Ovary Syndrom ( PCOS) boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting anda mengetahui keadaan rahim sendiri.

5 - Berhati-hati mengambil ubat
Elakkan mengambil ubat anti kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik kerana ia boleh menyumbang kepada masalah kesuburan

6 - Jangan merokok!

7 - Ambil suplemen semulajadi
Set kesuburan yang kami sediakan lengkap dengan vitamin yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan anda*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...