Adakah Anda Merancang Untuk Hamil?

Menyimpan angan-angan untuk mendapat cahayamata memang menjadi lumrah pasangan suami isteri lebih-lebih lagi yang baru berumahtangga. Kajian menunjukkan pasangan yang merancang kehamilan mereka dapat mengurangkan risiko masalah ketika mengandung. Merancang itu perlu terutamanya pada wanita untuk persiapan fizikal dan mental.

Ini adalah antara 11 tips saya kongsikan persiapan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil.



1- Anda boleh mula kurangkan minum minuman berkafein dari sekarang. Seelok-eloknya berhenti terus. Pengambilan kafein yang tinggi boleh menyebabkan ketidaksuburan dan risiko keguguran.

2- Anda boleh mula mengambil asid folik. Asid folik penting untuk perkembangan bayi. Mulakannya tiga bulan sebelum anda mencuba untuk hamil

3 - Berbincanglah dengan doktor anda agar anda lebih bersedia untuk hamil

4 - Mula amalkan makan makanan yang sihat dan organik. Pastikan anda mendapatkan semua nutrisi penting seperti Vitamin A, C dan E, zink dan selenium. Zink dan selenium juga penting bagi kaum lelaki untuk menghasilkan sperma yang sihat

5 - Bersenamlah 2 jam seminggu atau setengah jam sehari. Selain dapat mengurangkan stress, bersenam juga dapat melancarkan peredaran darah.

6 - Fokus pada waktu subur untuk bersama. Hubungan intim sebanyak 2 kali dalam tempoh masa subur tersebut sudah memadai untuk memberi peluang kehamilan.

7 - Suami seeloknya mandi air sejuk dahulu sebelum bersama. Kajian menunjukkan air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.

8 - Elakkan penggunaan penyembur, pembersih vagina atau tuala wanita yang berbau wangi. Ketidakseimbangan pH di sekitar vagina boleh melemahkan sperma.

9 - Jadikanlah waktu bersama saat yang menyeronokkan. Lapangkan dada dan tenangkan jiwa dan emosi.

10 - Elakkan dari terus bangun sesudah bersama bagi meningkatkan jumlah sperma ke ovum. Seelok-eloknya lapikkan bantal di bawah punggun.

11 - Bagi muslim,boleh amalkan doa-doa untuk mendapatkan anak. Antara doa yang disarankan ialah;

Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)


Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)


** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...