Bagaimana untuk meningkatkan kesuburan lelaki

Masalah kesuburan boleh diukur jika pasangan masih belum hamil setelah setahun berkahwin. Kajian menunjukkan masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki. Kira-kira 30% faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30% juga daripada lelaki. Manakala 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya.

Sperma yang sihat meningkatkan kesuburan lelaki. Jom tengok antara amalan yang baik untuk menghasilkan sperma yang sihat.

* Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)

* Makan makanan yang berkhasiat dalam diet harian yang mengandungi Zink, Selenium, CoQ10, Vitamin E, Asid folik dan sebagainya.

* Kekalkan berat badan yang ideal dan seimbang. Kebanyakan kajian menunjukkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma

* Uruskan tekanan dan dapatkan tidur yang mencukupi. Perkara itu boleh meningkatkan fungsi seksual dan mengelak dari gangguan hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma

* Banyakkan senaman termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari untuk kestabilan hormon.

* Pakai seluar dalam yang longgar. Seluar yang ketat boleh mengurangkan jumlah sperma

* Jangan merokok!

* Elakkan dari terdedah dengan haba dan kepanasan seperti meletakkan komputer riba di paha atau mandian wap.

* Jangan mengambil ubat anti kemurungan atau anti androgen yang boleh menyumbang kepada masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal.

* Elakkan dari terdedah pada toksik seperti racun serangga kerana boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma.

* Jangan ambil dadah. Dadah, misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma.

* Kerapkan mandi. Trombosis Research Department di London membuktikan bahawa mandi air dingin di pagi hari dapat meningkatkan produksi hormon estrogen dan testosteron yang mempengaruhi kesuburan.

* Jangan melakukan oral seks kerana air liur secara semulajadi dapat mematikan sperma.

Anda menghadapi masalah kesuburan? Dapatkan set kesuburan dari kami. Boleh diambil bersama-sama pasangan anda. Pastikan juga anda mengamalkan cara hidup yang sihat seperti diatas.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...