Rahsia pemakanan untuk kesuburan lelaki

Selain dari cara hidup yang sihat, pemakanan juga sangat penting dalam mempengaruhi kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Sebagai panduan, saya kongsikan khasiat pemakanan yang akan meningkatkan kadar kesuburan lelaki.

Antara makanan berkhasiat yang dicadangkan dalam diet harian mestilah mengandungi ;

1- Zink - Tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan
Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.

2- Selenium - Diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah
Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda

3- CoQ10 - Meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur
Sumber makanan : Makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

4 - Vitamin E - Meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan.
Sumber makanan : biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.

5 - Asid folik - Meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.
Sumber makanan : hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.

6 - B12 - Meningkatkan jumlah sperma
Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.

7 - Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak.
Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.

8 - L-Carnite - Untuk sel sperma berfungsi normal dan meningkatkan produksi sperma.
Sumber makanan : daging merah, ayam, pisang,

9 - L- Arginin - Berperanan dalam peningkatan jumlah sperma. Dihasilakn secara semulajadi oleh tubuh. Namun seiring penambahan usia penghasilannya akan menurun.
Sumber makanan : Putih telur (kandungannya tinggi), seafood, kacang-kacangan, biji labu

Kami ada menyediakan set kesuburan yang lengkap dengan khasiat-khasiat diatas. Dapatkan set kesuburan dari kami. Plan pemakanan exsklusif akan disediakan.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...