Kenapa Mesti Bertukar Kepada Ubat Gigi Maternity Ketika Hamil

Pernah terjumpa tak iklan ubat gigi Pureen Maternity? atau ubat gigi jenama pape la yang khas untuk ibu mengandung.  Ubat gigi yang dikhaskan untuk kehamilan biasanya tidak mengandungi Fluorida, Lauril Sulfat dan tidak mengandungi Sakarin. Dan biasanya ditambah dengan kalsium dan fosfat.



Kenapa tidak kepada fluorida?
Menelan florida yg berlebihan boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi. Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata, kesan putih legap, keperangan atau hitam.

Kajian terkini oleh Universitty of South Florida menunjukkan pengambilan florida semasa hamil berhubungkait dengan ketidakupayaan pembelajaran sebanyak 1% setiap tahun di kalangan kanak-kanak. Mengikut US National Research Council, florida berupaya mengganggu fungsi otak.

Menelan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan muntah, kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus.

Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang. Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi, kekejangan, pergerakan yang terhad dan jika terlalu teruk boleh menyebabkan kecacatan.

Kenapa tidak kepada lauril sulfat?

Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.

Ubat gigi yang tiada bahan ini sesuai untuk mereka yang bermulut kering. Mulut kering boleh disebabkan oleh tekanan, pengambilan ubat dan kekurangan vitamin. Gejala mulut kering termasuklah gusi berdarah dan sakit, bibir merekah dan nafas berbau.

Kenapa tidak kepada Sakarin?

Sakarin disentesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Evironmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. Ia boleh menyerap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.

Apa kelebihan Kalsium dan fosfat?

Kalsium dan fosfat merupakan ion yang penting untuk pemineral enamel untuk mengekalkan gigi yang kuat dan mencegah kerosakan gigi. Dwi kalsium fosfat dihidrat juga berfungsi membersihkan dan memutihkan gigi.

Apa kelebihan Xylitol?

Xylitol merupakan sejenis pemanis semulajadi yang terkandung dalam serat buah-buahan dan sayuran termasuk buah beri, kulit bijirin (Contohnya gandum, barli, jagung, ot) dan cendawan.

Xylitol mencegah kerosakan gigi dengan :-

- Mengurangkan ‘Streptococci mutans’ dalam air liur dan plak.
- Meransang rembesan air liur yang meningkatkan pH plak dan meneutralkan asid yang terhasil daripada penapaian karbohidrat dalam diet kita. Air liur juga mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat.

Apa kelebihan Sodium Lauroyl Sarcosinate?

Sodium Lauroyl Sarcosinate merencatkan enzim yang menguraikan gula menjadi asid. Ia juga merencat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.

Dapatkan Set Mengandung Shaklee @ Set HB Rendah Shaklee disini.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...