Ultrasound Bayi - Selamatkah Dilakukan Semasa Hamil?

Bagi setiap kehamilan memang sudah menjadi kewajipan melakukan ultrasound baik di hospital kerajaan mahupun swasta. Begitu juga dengan saya. Pada kehamilan saya yang pertama, kedua dan ketiga, saya membuat check up setiap bulan di Hospital Umra. Setiap kali check up doktor akan melakukan ultasound. Untuk anak ke-4, saya hanya check up di klinik kesihatan sahaja. Pun perlu melakukan ultasound sebanyak 2 kali.

Apakah Ultrasound?

Semasa hamil, tumbesaran bayi boleh dilihat dan dipantau melalui mesin pengimbas bunyi. Imbasan bunyi adalah prosedur untuk melihat dan mengkaji fizikal fetus menggunakan getaran frekuansi bunyi yang tinggi bagi membentuk imej.



Ianya berfungsi dimana satu alat diletakkan di atas kulit perut serta menggerakkannya dan dalam masa yang sama ia mengeluarkan gelombang bunyi yang tidak berbahaya kepada badan. Getaran bunyi tersebut akan mengembalikan imej struktur di dalam perut seperti fetus.

Isyarat bunyi itu pula akan ditafsir oleh komputer dan mempamerkan imej pada skrin komputer. Dengan penghasilan imej tersebut, doktor boleh memeriksa mengkaji serta menilai pembesaran bayi di dalam rahim tersebut.






Adakah Ianya Selamat?

Imbasan ultrasound tidak bahaya untuk kesihatan manusia mahupun janin sepertimana sinaran ion lain. Tetapi ia satu kesilapan jika memikirkan ia benar-benar selamat sepenuhnya kepada bayi yang membesar di dalam rahim.

Ia bekerja dengan menghantar bunyi kedalam tisu badan dan ia akan melantun semula menjadi satu imej.

Menurut Dr. Ben Kim, gelombang bunyi ini sedikit sebanyak mengeluarkan kesan-kesan fisikologi seperti berikut:-

- Meningkatkan aliran darah dan suhu dalam tisu badan.
- Menghasilkan seperti buih gas yang memberi tekanan kepada tisu-tisu.
- Kesan-kesan mekanikal seperti pengaliran darah sekeliling sel menyebabkan tekanan kepada tisu-tisu.


Terdapat pandangan lain mengatakan bahawa imbasan ultrasound untuk fetus tidak mencukupi untuk mengeluarkan kesan-kesan fisikologi kepada satu tahap yang berbahaya kepada fetus. Mungkin pandangan sedemikian dipengaruhi oleh nilai ringgit yang diniagakan.

Sebelum imbasan ultrasound dilakukan untuk memeriksa janin di dalam badan, fikirkan perkara berikut:-

- Imbasan ultrasound terhadap wanita hamil telah menunjukkan peningkatan ketara terhadap kemungkinan kepada keguguran, lahir tidak cukup bulan dan boleh membawa kematian bayi.

- Ahli-ahli fisioterapi telah melakukan imbasan untraound terhadap wanita hamil untuk lebih 20 jam seminggu telah mendapati risiko meningkat untuk keguguran spontan.

- Menurut kajian, terdapat bukti bahawa kanak-kanak yang selalu terdedah dengan gelombang ultrasonik sewaktu mereka di dalam kandungan mempunyai peluang untuk menderita akibat dyslexia dan masalah pembelajaran daripada kanak-kanak yang tidak terdedah dengan gelombang tersbut.

Ada beberapa alasan yang ditekankan oleh Dr. Ben Kim mengapa beliau percaya bahawa mengelak daripada melakukan ultrasound semasa hamil adalah:

Tidak kira gelombang apa yang dikatakan selamat digunakan, terdapat juga sedikit kemungkinan gelombang ini memberi tekanan fizikal untuk tumbesaran bayi. Terdapat juga kemungkinan mesin pengimbas tersebut menghadapi masalah dalam mengeluarkan gelombang yang berlebihan kepada bayi. Mengapa harus mengambil risiko sebegini?

*******************************************
Saya pernah bertanyakan Dr Ummul Wahiy, kesan melakukan ultasound. Katanya gelombang daripada handphone dan tab lagi kuat daripada gelombang bunyi ini. Tambahan tempoh penggunaannya hanya beberapa minit sahaja.

Dapatkan Set Mengandung Shaklee disini.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...