Pengalaman Berpantang Anak Ke-4 Dengan Set Bersalin Shaklee

Setelah disahkan hamil untuk kali ke-4, saya bernekad untuk berpantang di rumah di Shah Alam sahaja. Tidak seperti sebelum ini, saya berpantang di kampung. Memikirkan semasa berpantang nanti, saya perlu juga menjaga lagi 3 orang anak, Farihah 5 tahun, Nasri 4 tahun dan Muqri setahun setengah, saya perlukan sesuatu yang boleh mengembalikan tenaga dan baikpulih luka dengan cepat.

Dari situ, bermulalah pencarian saya apakah set bersalin yang paling sesuai untuk berpantang kali ini. Semasa anak pertama dulu, saya menggunakan set bersalin HPA. Hakikatnya, saya hanya menggunakan bunjut akar kayu untuk direbus dan diminum. Selebihnya langsung tak terusik. Memikirkan saya kurang berminat pada jamu, untuk anak ke-2 dan ke-3, saya langsung tidak membeli set bersalin dan hanya makan vitamin yang diberikan oleh pihak hospital sahaja.

Saya banyak terbaca testimoni set bersalin shaklee yang dikatakan dapat mempercepatkan baikpulih luka luaran dan dalaman. Teringin mencuba, akhirnya terorder la set pantang premium shaklee yang terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vitamin C, Zink Complex, OsteMatrix dan Esp. Memang terasa sangat teruja nak makan walaupun saya ni jenis susah nak telan pil. Nak tengok sangat keberkesanannya.





Hari pertama selepas bersalin, Muqri dah suruh buatkan nestum. Bukan takda mak yang datang dari kampung, tapi biasa la anak nikan, nak umi dia juga yang buatkan. Seminggu selepas bersalin, saya dah tolong mak basuhkan pinggan. Kesian juga mak nak layan anak-anak saya lagi, nak masak lagi. Memang terasa bertenaga la seawal seminggu berpantang. Masuk minggu ke-2, saya dah mula masuk dapur memasak sambil dibantu mak saya. Muqri juga saya yang mandikan dan uruskan. Mak saya balik ke kampung selepas 3 minggu saya berpantang.

Masuk 21 hari dalam pantang, bermula lah tugas saya menguruskan anak-anak, memasak dan mengemas tanpa dibantu. Saya terasa sangat bertenaga dan bersemangat. Macam dah lama bersalin. Mungkin sebab dari awal lagi saya dah setkan dalam kepala nak berpantang sendiri. Selebihnya, set bersalin shaklee banyak membantu saya baikpulih dengan cepat dan membantu mengurangkan stress dengan anak-anak. Dalam set pantang yang paling saya suka adalah esp. Boleh baca disini review saya tentang esp. Sehingga sekarang (5 bulan) saya masih teruskan dengan esp dan OsteMatrix memandangkan saya ni jenis susah nak telan pil banyak-banyak.

Teringat semasa saya membawa Fikri ke klinik kesihatan untuk check jaundice, saya ditegur seorang makcik. " Baby berapa hari?" " Dah 3 hari" jawab saya. Dia terkejut ingatkan saya dah seminggu sebab saya berjalan tak nampak macam baru 3 hari bersalin. Mak saudara saya juga pernah memuji saya, katanya saya nampak sangat cergas ke sana ke mari uruskan anak-anak. Tak nampak seperti baru bersalin. Memang terasa berbeza berpantang kali ni.

Selepas ini, jika saya diberi rezeki lagi, pastinya saya akan menggunakan Set Bersalin Shaklee lagi.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...