Gout Penyakit Orang Kaya?

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit


GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat;
1- Asimptomatik (tiada simptom)
2- Akut
3- Interkritikal
4- Kronik.

Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

FAKTOR RISIKO 

· Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
· Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
· Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, kerosakan buah pinggang, anemia, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan dan cara-cara rawatan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
· Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
· Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Diet rendah Purine: 

- Ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
- Strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
- Elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
- Hadkan daging kepada satu hidangan sehari

CUBA ELAKKAN

bijirin, makanan laut, Daging organ seperti hati, otak , makanan berprotein tinggi, ikan bilis, sardin, minuman keras, kicap, teh dan kopi, ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C

Guna secara berhemah:
asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb

Elakkan kurang air:
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;

RAWATAN

Buat masa sekarang, tiada cara-cara rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan cara-cara rawatan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi cara-cara rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).
Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Selain itu anda boleh mencuba  Set Gout Shaklee. Set Gout Shaklee buat ubat tetapi vitamin semulajadi untuk mengawal kandungan asid urik. Set ini terdiri daripada Alfalfa, Omegaguard dan Performance Drink.

ALFALFA
- Menyingkirkan toksid dan asid urik secara lembut dari badan
- Membantu masalah buah pinggang


OMEGAGUARD
- Merupakan minyak ikan yang membekalkan DHA & EPA 
- Mengelakkan keradangan sendi.
- Mengurangkan bengkak sendi pesakit gout.

PERFORMANCE DRINK 
- Merupakan minuman isotonik untuk mengurangkan kehilangan bendalir badan
- Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik

Vitamin hanyalah membantu, selebihnya pesakit perlulah menjaga pemakanan dan pastikan air mencukupi unutk perkumuhan asid urik.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...