Nutrisi Asas


Nama Produk : Alfalfa Complex

Boleh didapati dalam dua saiz botol.

(1) Botol Kecil:
Kandungan 1 botol : 330 Biji
Cadangan Pemakanan : Maksimum 10 biji sehari
Harga runcit : RM53.75(WM) / RM56.25(EM)

(2) Botol Besar:
Kandungan 1 botol : 700 biji
Cadangan pemakanan : Maksimum 10 biji sehari
Harga runcit : RM97.5(WM) / RM102.5(EM)

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi.

Perbezaan Shaklee

Shaklee hanya menggunakan alfalfa (Medicago Sativa) terbaik yang tumbuh secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan baja bebas kimia. Medicago Sativa memiliki gred yang  paling tinggi di kalangan alfalfa. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun ini dikeringkan sebelum dikompres menjadi pil. Proses ini dijalankan dibawah pengawasan ketat dan teliti. Setiap pil mengandungi 300mg alfalfa.

Vitamin yang terdapat dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Secara keseluruhannya, kebaikan Alfalfa adalah ;

(1) Terkenal untuk merawat 3A :
• Arthritis• Asthma• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Resdung
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Kembung perut
• ketidakselesaan perut dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Menggalakkan fungsi kelenjar pituitari. Hormon yang diproduksi oleh kelenjar pituitary membantu untuk mengatur dan mengendalikan pengeluaran hormone-hormon lainnya dari kelenjar endokrin lain yang bertanggung jawab untuk pertumbuhan, metabolisme dan pematangan tubuh.

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Mengalkalikan badan dan detorities badan terutamanya hati)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri. Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.

(8) Menyingkirkan lemak dan kolestrol. Kandungan saponin berfungsi seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol dan lemak.

(9) Sebagai galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.

Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Sumber : Shaklee Malaysia


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...