10 Tanda-tanda Awal Masalah Hati Yang Perlu Diketahui

Berjaga-jaga dengan tanda-tanda awal masalah hati sangat penting dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat. Tanpa hati yang berfungsi sepenuhnya, kedua-dua kesihatan dan gaya hidup anda akan terganggu. Untungnya hati kita mampu untuk membaiki diri sendiri. Oleh itu sebarang masalah yang dikesan awal tidak akan dibenarkan membesar dan menjadi lebih teruk. Hati kita akan memulihkan sepenuhnya dengan sendiri. Jadi, anda perlu memastikan hati anda sihat untuk ia menjalankan fungsinya dengan baik. Berikut adalah 10 tanda-tanda masalah hati yang perlu diambil perhatian.



Tanda Amaran #1 - Perubahan Warna Kulit - Jaundis

Salah satu tanda-tanda awal masalah hati. Keadaan ini terjadi apabila hati anda tidak dapat menapis semua toksin yang anda makan. Ini menyebabkan kemungkinan terdapat pengumpulan Bilirubin yang merupakan pigmen hempedu. Hempedu dihasilkan oleh hati untuk membantu penghadaman. Badan anda tidak dapat menyingkirkan Bilirubin ini yang kemudiannya berkumpul dalam aliran darah dan menyebabkan kulit anda menjadi warna kekuningan. Kekuningan ini juga boleh dikesan pada kuku, hujung jari, dan mata. Keadaan ini dikenali sebagai Jaundis.


Tanda Amaran #2 - Sensitiviti Kulit
 
Satu lagi tanda-tanda awal masalah hati, dan sekali lagi ia berkaitan dengan kulit. Kulit menjadi gatal atau lebih sensitif apabila disentuh. Menjaga kelembapan kulit boleh membantu, tetapi keadaan ini akan berterusan dan mungkin akan bertambah buruk sehingga penyebab utama (masalah dengan hati) dikenal pasti dan ditangani.
Tanda Amaran #3 - Perubahan Warna Air Kencing Dan / Atau Najis

Jika anda perasan sebarang perubahan pada warna air kencing anda, ini juga mungkin menunjukkan anda mempunyai masalah hati. Jika anda minum air yang mencukupi sepanjang masa, air kencing anda sepatutnya pucat dan lebih jernih. Jika air kencing anda menjadi warna kuning gelap berterusan, (disebabkan oleh berlebihan bilirubin dalam darah), ini adalah petanda anda mungkin mempunyai masalah dengan hati anda.

Ia juga boleh memberi kesan kepada najis. Hati yang tidak berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan najis anda menjadi pucat, berdarah, atau hitam.


Tanda Amaran #4 - Perubahan Di Dalam Perut

Perubahan yang berlaku di dalam perut anda merupakan satu lagi gejala kemungkinan masalah hati. Ia mungkin bermula dengan mengalami sakit atau kekejangan di bahagian bawah abdomen. Keadaan ini boleh bertukar menjadi seperti rasa angin dalam badan. Jika dibiarkan boleh menyebabkan Ascitis terjadi.

Ascitis adalah keadaan di mana terdapat pembentukan cecair di dalam dinding abdomen. Ini boleh membawa kepada tekanan ke atas paru-paru dan menyebabkan kesukaran bernafas. Jika keadaan ini berlaku, anda mungkin perlu menjalani Paracentesis, satu proses perubatan di mana jarum atau kateter akan dimasukkan ke dalam rongga peritoneum untuk mengeluarkan cecair itu.

Tanda Amaran #5 - Kelesuan
 
Jika anda mula mengalami rasa lemah atau letih / lesu melampau, ini juga bermakna bahawa anda mempunyai masalah dengan hati anda. Apa yang berlaku adalah badan anda sedang bekerja lebih keras untuk terus hidup. Sebenarnya badan anda sedang memberitahu anda ia memerlukan lebih rehat. Jika kelesuan ini hadir bersama-sama dengan mana-mana gejala-gejala lain yang dinyatakan di sini, anda perlu segera berjumpa doktor untuk diagnosis.

Tanda Amaran #6 – Asid Reflux dan Muntah
 
Satu lagi tanda-tanda awal masalah hati adalah mengalami senak yang kerap dan
Asid Reflux, yang boleh membawa kepada muntah.
Asid Reflux adalah keadaan dimana asid perut naik semula ke kerongkong sehingga menyebabkan ketidakselesaan.

Tanda Amaran #7 – Hilang Selera Makan

Walaupun hilang selera makan adalah salah satu tanda-tanda awal masalah hati, namun ia sering tidak kelihatan sehinggalah penyakit hati telah agak berkembang. Jika anda mengalami kehilangan selera bersama-sama dengan mana-mana gejala-gejala lain yang dibincangkan di sini, maka anda perlu segera berjumpa doktor, kerana ia boleh menjadi tanda bahawa anda sudah mempunyai masalah hati yang teruk.

Tanda Amaran #8 – Pengumpulan Cecair

Pengumpulan cecair juga boleh menjadi tanda-tanda bahawa anda mempunyai penyakit hati. Ia memberi kesan bengkak pada bahagian bawah kaki, pergelangan kaki, dan kaki. Apabila bahagian bengkak ini ditekan, ia mengambil masa beberapa saat untuk bahagian kulit itu kembali asal.

Tanda Amaran #9 – Cirit-birit
 
Oleh kerana hati memainkan peranan yang penting dalam proses pencernaan, jika ia bermula tidak berfungsi, ini boleh menyebabkan cirit-birit.

Tanda Amaran #10 – Merasa Tidak Sihat
 
Merasa tidak sihat boleh menjadi salah satu daripada tanda-tanda masalah hati. Hati yang tidak dapat berfungsi dengan baik tidak akan dapat menapis toksin daripada aliran darah secekap seperti yang sepatutnya, dan ini boleh menyebabkan pelbagai gejala, termasuk masalah kulit, sakit kepala, dan perasaan marah. Berilah hati anda peluang untuk menjaga anda.

Menjaga hati adalah asas untuk gaya hidup yang sihat. Seperti yang dinyatakan di awal artikel ini, hati anda berupaya membaiki diri sendiri. Apa-apa kerosakan yang dikesan awal, tindakan akan diambil untuk membetulkannya.

Jika anda mempunyai penyakit hati yang tidak kronik, anda masih boleh hidup dengan aktif tetapi mungkin perlu mengikut diet khas.


Jika anda mempunyai tanda-tanda diatas, dan ingin mencuba suplement Shaklee, saya sarankan anda mengambil DTX Complex. DTX Complex yang mengandungi ekstrak dari biji benih pokok susu tisel membantu badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Antara fungsi ramuan yang terdapat dalan DTX Complex adalah;


* Melindungi hati dari toksin.
* Membantu masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
* Merangsang penghasilan hempedu - membantu penghadaman
* Membantu fungsi hati 

Jika anda menjaga hati anda, hati anda akan menjaga anda. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 ** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...