Apa itu kanser
Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel. Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan. Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dansebagainya.
Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel. Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan. Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul. Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
Jenis-jenis Kanser dikalangan Wanita, Lelaki & Kanak-kanak :
Wanita: Kanser Payudara adalah penyebab utama kematian, seterusnya Kanser Paru-paru, Kanser Colorectal dan Kanser Pangkal Rahim, Uterus dan Ovari.
Lelaki: Kanser Prostate adalah penyabab utama kematian, diikuti oleh Kanser Paru-paru, Kanser Colorectal and Kanser Perut ( Stomach Cancer).
Kanak-kanak : Kanser yang biasa menyerang adalah Leukemia, Kanser otak dan Lymphoma.
Apakah yang menyebabkan kanser
Faktor Persekitaran - Karsinogen
Kehadiran agen penyebab kanser, iaitu karsinogen boleh bertindak sebagai faktor yang mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser berupaya membawa pelbagai perubahan genetik, termasuk pengaktifan onkogen dan penyahaktifan gen penekan tumor .
Jangkitan Virus
Terdapat sesetengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan transformasi neoplastik pada sel yang telah terinfeksi. Kedua-dua kelas virus, iaitu sama ada virus DNA atau virus RNA boleh menyebabkan sel-sel yang terinfeksi menjadi sel kanser. Dalam kes Kanser Pangkal Rahim, virus HPV memainkan peranan dalam pembentukan kanser.
Merokok
Tabiat merokok juga telah dikenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok berbanding mereka yang tidak merokok. Bagaimanapun, individu yang tidak merokok sentiasa terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini.
Bahan karsinogenik yang terdapat dalam asap rokok menjadi punca utama kanser di samping bahan pencemaran alam sekitar yang boleh merosakkan kesihatan dan sistem pernafasan. Lebih daripada 4,000 jenis bahan kimia lain yang beracun seperti hidrogen racun sianida, DDT, formaldehid dan sebagainya.
Bahan-bahan kimia ini boleh mengakibatkan pelbagai kanser terutamanya kanser yang berkaitan dengan mulut dan paru-paru!
Baca kesan merokok ->> disini
Genetik
Penglibatan faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas atau pengekspresan berlebihan onkogen yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser paru-paru.
Radikal Bebas
SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.
Saintis juga menganggarkan lebih 3 Trilion radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.
Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.
Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.
Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.
Dari mana datangnya radikal bebas ini?
Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:
1- Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).
2- Minuman beralkohol.
3- Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
4- Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.
5- Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
6- Sinaran ultra ungu.
7- Pencemaran alam sekitar.
Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.
Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.
Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.
Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.
Tanda-tanda dan simptom kanser
Kebanyakan kanser pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.
Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:
1- Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
2- Simptom metastasis (merebak): kelenjar limfa, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
3- Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah aktif, seperti thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.
Bagaimana mengesan kanser lebih awal?
* Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
* Pap smear
* Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination) – untuk lelaki berusia 15 tahun
* Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
*Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat
*Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)
Makanan-makanan yang boleh menyebabkan kanser
1. Makanan yang di BBQ
2. Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.
3. Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.
4. Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.
5. Nasi yang disimpan lama. ( mengandungi aflatoksin )
6. Makanan yang berkurangan serat dan tinggi lemak trans.
7. Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.
8. Elakkan memakan seperti hati, buah pinggang dan otak lembu.
9. Elakkan produk-produk tenusu kerana kebanyakkan lembu diberi suntikan Growth Hormon dimana Growth hormon ini menyokong kepada pengembangan kanser sel.
10. Kurangkan makanan-makanan yang bergula.
l1. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.
Rawatan Kanser
Rawatan kanser biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan kelenjar limfa berhampiran yang mungkin dijangkiti kanser, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.
* Pembedahan
* Chemotherapy * Terapi radiasi
* Immunoterapi
* Terapi cytoluminescent (CLT)
* Rawatan ujian barah
Vivix Shaklee membantu merawat kanser *
Pemakanan tambahan Shaklee membantu anda untuk membaikpulih sistem badan dan mengembalikan tenaga dan dapat membantu membina sel-sel baru dalam badan. InsyaAllah.
Vivix Shaklee adalah minuman daripada Raja anggur Muscadine Grapes yang mengandungi kandungan Resveratrol yang terbaik. Anggur merupakan salah satu daripada buah-buahan istimewa dan paling banyak manfaatnya. Ia boleh dimakan dalam keadaan segar mahupun kering. Ia berfungsi sebagai lauk-pauk serta dapat dijadikan sebagai ubat-ubatan bahkan dapat juga dijadikan sebagai minuman.
· Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioksida yang paling tinggi. Daripada kajian juga mendapati bahawa kandungan Resveratrol didapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine .
· Antioksida diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioksida dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.
· Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak kerana Resveratrol dapat menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam tubuh manusia merebak.
· Menurut Eleanor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska Medical Center. Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan kanser semasa estrogen baru hendak memulakan proses pengembangan kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA).
· VIVIX 10 X MORE POWERFUL berbanding dengan Resveratrol.
Ingin mencuba Vivix Shaklee? Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment