22 Tips dan Trik Untuk Anda Yang Ingin Berhenti Merokok

Abang saya seorang perokok tegar sejak zaman persekolahan lagi. Setelah lebih 10 tahun memegang rokok, kini abang saya sudah bebas dari rokok. Jikalau abang saya mampu melakukannya, kenapa tidak anda! Perkara yang paling penting adalah kesungguhan untuk berhenti. 


Saya kongsikan tips dan trik untuk berhenti merokok. Dan ada diantaranya diamalkan oleh abang saya. Anda boleh mencuba mana-mana tips yang serasi dengan anda.

1 - Kuatkan niat untuk berhenti merokok.

2 - Berhenti dengan spontan. Melakukan perancangan memberi kesempatan bagi anda untuk berfikir dua kali sama ada akan berhenti merokok atau tidak , sehingga masih ada kemungkinan anda batal berhenti merokok .

3 - Mulakan dengan tujuan sederhana seperti untuk menambah duit simpanan.

4 - Hebahkan pada orang sekeliling yang anda ingin berhenti merokok. Jangan merokok depan saya!

5 - Ubah pemikiran anda hukum merokok adalah HARAM! Bukan makhruh bukan halal.

6 - Baca dan fahamkan kesan akibat merokok. Bayangkan jika ia berlaku pada anda! Boleh baca kesan akibat merokok->> disini

7 - Tulis diatas kertas "Saya Ingin Berhenti Merokok" dan tampal dirumah dan di pejabat.

8 - Pergi hospital melawat pesakit paru-paru atau pesakit stroke. Tengok dengan mata sendiri keadaan pesakit. Nak ke jadi macam tu?

9 - Anda mungkin akan bermimpi merokok. Hal ini disebabkan oleh bau tembakau yang dikeluarkan oleh paru - paru. Alasan untuk anda merasa bimbang .

10 - Cari masa yang terbaik untuk berhenti. 2 masa terbaik adalah pada bulan puasa dan semasa poket kosong! 

11 - Berpakat dengan kawan untuk berhenti bersama-sama. Siapa yang termerokok kene bayar denda! 

12 - Ganti aktiviti merokok dengan mengunyah gula-gula. Gula-gula jenis nicotine lozenges atau NiQuitin CQ memberi kesan yang sama seperti saat anda merokok , yakni menurunkan nafsu makan . Dengan cara ini , anda boleh berhenti merokok sekaligus mengurangkan risiko bertambahnya berat badan

13 - Merokok dengan berbagai jenama. Ini untuk mengurangkan ikatan yang kuat dengan jenama rokok tertentu. Semakin kurang ikatan semakin senang untuk anda berhenti terus dari merokok.


14- Cuba ubah jadual waktu merokok. Seperti merokok sebelum makan bukan selepas makan supaya tidak terikat dengan waktu tertentu.

15 - Simpan putung rokok yang sudah dihisap. Kira berapa batang rokok anda merokok hari ini. Cuba kurangkan berperingkat-peringkat.

16 - Lewat-lewatkan keinginan merokok. Ambil nafas dalam-dalam dan cuba alihkan fikiran kepada masalah atau mendengar muzik.


17 - Dapatkan tidur yang cukup. Ini membantu menghilangkan stress

18 - Teh , kopi dan alkohol harus dielakkan , terutama pada peringkat awal berhenti merokok . Nikotin menyebabkan anda akan mengambil kafein dua kali lebih banyak


19 - Banyakkan bersenam dan bersukan. Ia boleh mengurangkan keinginan untuk kembali merokok.

20 - Banyakkan minum air kosong


21 - Bersihkan rumah. Cuci pakaian, karpet, langsir, dan benda lain agar terhindar dari bau asap rokok. Boleh semburkan penyegar udara.

22 - Jangan diet saat berhenti merokok. Fokus makan lebih banyak buah, sayuran, dan produk susu rendah lemak. 

Jika anda tidak dapat mengikuti walaupun  satu tips diatas, ketahuilah sebenarnya anda tidak mahu berhenti merokok!

Sekiranya anda ingin mencuba produk Shaklee, saya sangat menyarankan anda mengambil Vivix Shaklee. Vivix Shaklee merupakan satu revolusi terbaru dalam membaiki sel dari peringkat DNA.

Kesan pahit akan terasa jika anda merokok selepas mengamalkan minuman vivix ini. Anda boleh membaca testimoni dari pengguna yang sudah berjaya berhenti merokok dengan vivix ->> disini. Kita hanya berusaha, Allah jua yang maha berkuasa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...