Google Image |
Apakah Healing Crisis ini?
Healing crisis ialah satu proses dimana badan mengalami tempoh pembersihan dan pembaikpulihan. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan akan membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan selama ini. Semasa proses penyingkiran toksik, badan akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.
Kenapa krisis pemulihan berlaku setelah mengambil suplemen?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam pemakanan molekul, apabila kita menambah pengambilan nutrien kita, nutrien ini akan bertindak balas dengan oksigen dalam badan. Dan tindak balas ini sebenarnya menggalak dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, menghapuskan, penggantikan tisu lama dengan tisu baru dan lain-lain. Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila dimasukkan pencuci paip, pada mulanya banyak karat akan keluar dari dinding paip (toksik), dan yang lebih teruk lagi, lebih banyak lagi kotoran melimpah di sekitar paip. Tetapi selepas karat sudah dibersihkan, paip akan menjadi baik dan bersih semula.
Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan badan untuk proses memperbaiki dan membina semula.
Sisa kumuhan terbahagi kepada 2 kumpulan utama iaitu ;
(1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel / tisu badan.
(2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin / krisi pemulihan.
Proses peyingkiran toksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama:
(1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.
Di antara tanda-tanda krisis pemulihan ialah:
- Kelesuan, mengantuk - Badan berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan lebih rehat
- Sakit kepala - Tekanan darah tinggi, tanda detoksifikasi
- Demam / Seakan-akan selesema - Metabolisme meningkat, merangsang fungsi imun badan
- Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis yang gelap, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi bahan buangan dan sisa toksin di dalam usus
- Perut kembung- Sistem pencernaan yang lemah
- Keluar ruam, kulit gatal, peluh yang tidak sihat, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan usus dan sistem penyingkiran yang lemah
- Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berhingus - Fungsi paru-paru yang lemah, pengeluaran kahak juga tanda detoksifikasi
- Pendarahan hidung - Mungkin tanda anemia
- Otot dan sendi sakit - Badan berasid, toksin terkumpul di kawasan yang sakit
- Peningkatan sakit di bahagian badan yang sakit - Mempercepatkan proses penyembuhan
- Insomnia atau hiperaktif - Lemah sistem saraf
- Haid yang tidak teratur, perubahan dalam haid, kegatalan, rembesan lendir meningkat - Ketidakseimbangan hormon, dalam proses pemulihan hormon
- Pendarahan semasa membuang air besar - Mungkin buasir
- Pening, kelaparan - Hipoglisemia, anemia
- Loya, sembelit, tersedu - Sistem pencernaan yang lemah, masalah hati
- Bengkak - Masalah buah pinggang
Adakah krisis pemulihan petanda yang baik?
Ya! Krisis pemulihan merupakan satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau suplemen yang anda ambil berkesan. Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa penyakit mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses pemulihan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk menyediakan badan kepada proses pemulihan yang sebenar. Secara amnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa daya tubuh anda masih cukup kuat untuk bertindakbalas pada perubahan biologi semasa proses pemulihan. Walau bagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan, ia mungkin kerana sama ada orang itu tiada toksin di dalam badan dan dalam kesihatan yang optimum, atau daya badan seseorang itu terlalu lemah dan tubuh tidak mampu untuk melalui sebarang proses pemulihan.
Adakah semua orang mengalami simptom yang sama semasa krisis pemulihan?
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis pemulihan selepas satu atau dua bulan mereka mengambil suplemen. Ada juga mengalaminya sebaik sahaja pengambilan suplemen. Tahap simptom juga berbeza. Lagi banyak toksin di dalam badan lagi teruk simpton krisis pemulihan.
Tempoh krisis pemulihan bergantung pada tahap kesihatan badan. Ia mungkin berlaku selama 2 ke 3 hari sahaja atau mungkin sampai sebulan.
Mengapa saya tidak mengalami sebarang perbezaan telah mengambil suplemen?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan suplemen, anda akan merasa beberapa perubahan seperti lebih bertenaga, pencernaan yang lebih baik, dan lain-lain. Jika anda tidak mengalami sebarang peningkatan, anda mungkin:
- Tidak mengambil suplemen secara konsisten
- Tidak mengikut dos yang disyorkan
- Takut pada krisis pemulihan yang terlalu teruk sehingga berhenti mengambil suplemen
- Diet dan gaya hidup yang tidak sihat
- Penyakit kronik yang memerlukan masa yang lama untuk pulih
- Keadaan yang kronik
PERINGATAN:
Sekiranya anda mengalami krisis pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada / tekak, bengkak / benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan!
Bagaimana untuk menghadapi krisis pemulihan ini?
(1) Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari.
Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!
(2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.
(3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Jangan menyerah kalah terlalu awal! Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!
(4) Kasihanilah diri anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah ditambahkan lagi toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.
Adakah suplemen Shaklee ada healing crisis?
Hakikatnya, tak kiralah jenama suplemen apa yang anda ambil, sekiranya itu adalah kali pertama, dan sekiranya telah banyak toksin yang terkumpul di dalam badan anda, pastinya anda akan melalui healing crisis, samaada ringan ataupun berat. Kesannya akan "lebih hebat" sekiranya anda mengambil vitamin sintetik, dan gaya hidup anda sebelum inipun tidak begitu sihat. Walaubagaimanapun, untuk mengurangkan healing crisis, terutama bagi mereka yang kali pertama mencuba suplemen / vitamin semulajadi dari Shaklee, digalakkan mencuci usus anda terlebih dahulu agar penyingkiran toksik dapat dilakukan dengan lebih mudah.
Bagaimana untuk mencuci usus?
Disarankan pengambilan Shaklee Herb-lax sebelum memulakan apa jua program kesihatan. Ada sesetengah kes healing crisisnya sangat teruk. Ini kerana tubuh badan mereka mengandungi banyak toksin dan ianya perlu disingkirkan agar sel dalam tubuh kita dapat menyerap semua vitamin dengan mudah dan lancar.
Namun, kerana mereka yakin Shaklee bukanlah ubat tetapi sekadar supplemen untuk membantu sel badan hidup sihat dan dapat membina antibodi sendiri, maka mereka akan terus mengambil suplemen ini untuk mendapatkan kesan yang optimum. Walaubagaimanapun, sekali lagi saya ingatkan bahawa kesan krisis pemulihan ini adalah BERBEZA BAGI INDIVIDU. Tiada krisis pemulihan pada diri saya TIDAK MENJAMIN yang anda juga tidak akan mengalaminya.
Reference: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Kredit : Genkimomma
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
No comments:
Post a Comment