Fibroid hadir tanpa gejala

Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 25% daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mendapatkan rawatan doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan. 

Apa itu Fibroid?

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung yang terbentuk pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia BUKAN SEJENIS KANSER. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, dan akan kembali mengecut apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus.


Bagaimana wanita boleh menghidapinya? 

Punca sebenar bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Walaubagaimanapun, ketumbuhan fibroid ini berhubung kait dengan ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Kehadiran hormon estrogen dan kekurangan progesteron mempengaruhi pembesaran fibroid. Antara sebab yang mungkin menyebabkan ketidakseimbangan hormon adalah;

- Gangguan emosi, mental dan kerohanian
- Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

Simptom atau gejala fibroid

Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20% - 30% sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid. Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah;

- Sakit semasa haid (senggugut)
- Pendarahan yang banyak @ terlalu sedikit dan berketul-ketul semasa haid
- haid tidak teratur
- Sakit semasa hubungan seks
- Kerap membuang air kecil dan juga air besar
- Pembesaran dalam rahim dan perut
- Keguguran dan infertiliti.
- Sakit belakang

Kesan daripada fibroid

Apabila ia membesar, fibroid akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).

Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing.

Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing.

Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar. 

Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung. Lebih kurang 5% daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim.

Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala ia juga boleh menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvik.

Bagaimana fibroid ini dirawat?

1 - Melalui pembedahan. Terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan.
- Myomectomy - Ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor. Sesuai bagi mereka yang masih inginkan zuriat tetapi risiko pendarahan semasa pembedahan tinggi. 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun.
- Hysterectomy - Pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

2 - Suplemen yang dicadangkan boleh membantu menstabilkan hormon ialah GLA COMPLEX

Doktor akan menyarankan pengambilan EPO bagi menstabilkan hormon wanita kerana kandungan Gamma Linoleic Acid (GLA) didalamnya. GLA Complex yang diekstrak daripada minyak borage mengandungi GLA 2 kali ganda lebih banyak daripada EPO. GLA Complex membantu dalam menstabilkan hormon wanita dan mengawalatur kitaran haid.

Sumber : Utusan Malaysia & Dr Hamid Arshat

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...