Review ESP Shaklee - Pengalaman Saya

ESP Shaklee merupakan produk shaklee pertama yang saya ambil secara konsisten. Sekarang dah masuk canister kedua. Biasanya saya bancuh 1 sudu ESP Shaklee dengan air milo suam setiap pagi sebelum sarapan. Sebab dah terbiasa minum milo dengan ESP, kalau terminum milo tanpa ESP plak rase lain macam je milo.

Mula-mula minum esp dulu, rase tak sedap langsung. Ada bau dan rasa soya. Saya memang tak suka minum air soya. Pastu ada rasa macam serbuk halus dan agak berketul. Memang mula-mula minum dulu saya tak berkenan langsung dengan ESP. Saya hanya minum seminggu sahaja. Pastu buat-buat lupa nak minum. Satu hari suami saya tanya minum tak esp tu. Cam baru tersedar lamanya dah tak minum ESP.

Saya mula minum balik, tapi dengan teknik bancuhan yang berbeza. Kalau dulu saya kacau pakai sudu je, tapi kali ni saya shakekan dengan shaker bersama milo. Mmm memang beza rasanya. Serbuk ESP rasa makin halus dan ada rasa vanila sket. Tapi bau soya tak hilang. Tapi saya dapat minum dan rasa better dari sebelum ini. Memikirkan dah terbeli seratus lebih tu harganya, tambah saya tengah menyusu badan, saya teruskan juga.

Setelah amalkan seminggu lebih, rasa makin sedap dan serasi pula milo dengan ESP. Tambahan setiap pagi saya memang cepat lapar mungkin sebab menyusu dan asyik terjaga waktu malam. Saya amalkan minum setiap pagi sebelum sarapan. Rasa kenyang dan bertenaga untuk uruskan anak-anak dan buat sarapan setiap pagi. Dan rasa kenyang bertahan sampai pukul 10 lebih baru saya ambil sarapan.

Saya juga penggemar nescafe. Walaupun dah tahu nesface akan mengurangkan susu badan, tetapi saya tak dapat nak tinggalkan. Paling kurang sekali sehari mesti minum. Saya dapat rasakan pengambilan nescafe kali ni tidak mengganggu susu badan saya. Sentiasa je rasa penuh susu badan. Mungkin sebab saya amalkan ESP Shaklee. Tetapi saya akan pastikan tidak lebih dari satu gelas nescafe sahaja setiap hari. Kalau dulu semasa menyusukan Nasri dan Muqri, memang terasa susu makin berkurang walaupun baby baru 5 6 bulan.

Apa yang menyebabkan saya makin seronok dengan ESP Shaklee ni, ramai sangat saudara saya yang tengok baby Fikri, puji badan dia tegap je. Baru 2 bulan dah macam 4 bulan. Dah 5 bulan macam 7 bulan. badan pun pejal dan berisi. Tu belum bagi makan lagi. Satu lagi, suami saya pernah puji kulit muka saya makin licin. Masa tu belum pun habis satu canister. Bertambah tambah sedap pula rasa ESP :p

Ibu saya juga dah mula minum ESP Shaklee. Bukan saya yang perkenalkan tapi terminum ESP kakak saya yang tertinggal semasa balik kampung. Terus ibu saya order satu canister dengan saya. Katanya sedap! Dan rasa kenyang.

Sekarang dah jadi sarapan wajib saya setiap pagi. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami 

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...