Dalam hidup ni lumrah ade masa kita gembira dan ada masa kita sedih. Semua orang pernah rasai gembira. Semua orang pernah rasai kesedihan. Orang kata berita sedih tak perlu cerita kat orang, Berita gembira plak jangan di simpan. Macam mane kalau satu peristiwa tu ada kedua-duanya ?
Hari ini saya terpaksa melepaskan kereta kesayangan saya
Honda Jazz (Fit) setelah 8 tahun berkhidmat. Dari zaman bercouple sampai ke anak 4 itu lah kereta saya
. Buat kali terakhirnya tadi kami sekeluarga bergambar kenangan dengannya :(:(
|
8 tahun dahulu |
|
Hari ini |
Honda Fit ni saya beli secara auction kat
Japan auction. Masa tu tahun 4 di Jepun dalam tahun 2005. Harga beli pada masa tu 760,000yen lebih kurang RM22K sahaja! Kereta second hand tapi macam baru. Meter pun baru 28k. Bayar cash tu..huhu.. Hasil menabung 3 tahun dengan kerja sambilan + duit biasiswa.
Banyak sangat kenangan bersama Honda Fit. Saya pernah menjelajah dari
Ibaraki ke
Hokkaido dan pusing satu
Hokkaido beramai-ramai. Honda Fit ni pernah jadi kereta pekerja semasa saya buat keja sambilan dulu. Mengangkut pekerja Jepun, Korea, Pakistan termasuklah Malaysia. Dapat la minyak free.. Honda Fit ni juga la menjadi kereta pengantin saya.
|
2005 @ Hokkaido VS 2013 @ Shah Alam |
Hari ini setelah 8 tahun berlalu, saya terpaksa menjualnya dengan harga RM25K!.diulang RM25K. Dasyat betul harga kereta kat Malaysia ni. Dah guna 8 tahun boleh jual lagi tinggi dari harga beli. Itupun saya tolak kat kedai. Kalu cat cantik-cantik dan jual terus kepada pembeli nilainya lagi tinggi.
Kini parking kereta dah ada tuan baru. Nissan Grand Livina! itulah berita gembiranya. Farihah & Nasri la orang yang paling seronok sekali. Muqri plak mula-mula naik tu nak turun balik sebab berbalut plastik. Dah buka baru nak duduk. Begini la bila anak dah makin ramai. Semoga kereta baru ni pun dapat berkhidmat secemerlang Honda Fit.
|
Penghuni Baru |
No comments:
Post a Comment