30 Tips Tangani Loya Dan Muntah Semasa Mengandung

Kehamilan dan morning sickness memang tidak boleh dipisahkan. Walaupun ada ibu yang langsung tidak mengalami mabuk hamil, peratusannya sekitar 20% sahaja. Bezanya, rasa mabuk ini berbeza pada setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Pengalaman saya setelah 4 kali mengharungi situasi ini, kesannya memang berbeza tiap kali mengandung. Kata orang, mengandungkan anak perempuan alahanya lagi teruk. Pada saya, sama sahaja lelaki baikpun perempuan. Alahan saya teruk pada kehamilan pertama (perempuan) dan kehamilan ke 4 (lelaki). 2, 3 bulan juga la saya tidak bertenaga. Kalau teringatkan alahan ni rasa dah tak nak mengandung :d. Tambahan pada kehamilan ke 4, anak-anak yang lain perlu juga perhatian.


Saya banyak belajar daripada pengalaman dan pembacaan tentang alahan ketika kehamilan. Ada pelbagai cara untuk mengurangkan rasa mual. Namun tidak semuanya sesuai untuk ibu-ibu. Anda perlu mencuba dengan cara mana yang sesuai untuk anda. Jom saya kongsikan tips dan petua untuk mengurangkan kesan morning sickness.

1- Apabila bangun tidur pada waktu pagi, makanlah sedikit biskut dan rehat sebentar sebelum bangun.
2- Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong contohnya setiap dua jam walaupun tidak lapar.
3- Sebolehnya cuba jangan skip makan
4- Makan apa saja yang teringin tetapi jangan paksa diri habiskan jika rasa sudah kenyang
5- Elakkan mengambil makanan pedas, berlemak, berasid, berempah atau bergoreng.
6- Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt.
7- Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
8- Makan makanan masin sebelum mula makan membantu anda habiskan makanan dengan tenang
9- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana ia kurang bau.
10- Ja­ngan terus baring selepas makan.
11- Elakkan minum ketika makan, sebelum dan selepas makan.
12- Minum air limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
13- Elakkan diri daripada mengambil kafein atau merokok.
14- Minum air dengan sedikit tetapi kerap sehingga 12 gelas sehari.
15- Minum air sejuk @ dingin membantu mengurangkan rasa mual
16- Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
17- Buka tingkap seluasnya dan pasangkan kipas dapur sesudah memasak untuk mengurangkan bau masakan.
18- Masak menggunakan mikrowave dapat mengurangkan bau masakan
19- Boleh gunakan minyak angin seperti "Minyak Cap kapak" untuk mengurangkan rasa pening
20- Bau lemon juga boleh mengurangkan rasa loya
21- Elakkan berada di tempat panas kerana alahan akan bertambah teruk.
22- Bergerak dengan perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
23- Keluar berjalan dan hirup udara segar dapat kurangkan rasa pening dan loya
24- Dapatkan rehat yang cukup kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan.
25- Tidur sekejap di siang hari kerana wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
26- Dapatkan tidur yang cukup diwaktu malam
27- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain jika ada.
28- Dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya suami, ibu bapa ataupun rakan.
29- Makan vitamin prenatal pada waktu malam atau sebelum tidur untuk penyerapan yang lebih berkesan
30- Pengambilan Vitamin B6 sangat membantu mengurangkan morning sickness

Jika anda memilih Shaklee sebagai vitamin untuk kehamilan anda, anda boleh memilih vitamin berikut sebagai langkah mengurangkan kesan morning sickness;

1- Chewable Vita-C 100mg - Rasanya yang masam boleh menggantikan asam jeruk. Selain membekalkan vitamin C, ia dapat mengurangkan rasa loya.

2- B Complex - Mengandungi kesemua 8 kumpulan vitamin B termasuk B6 (piridoksina) yang dikatakan mampu mengurangkan kesan morning sickness

3- Peppermint-Ginger Plus - Kandungan peppermint dan halia didalamnya membantu membuang angin dalam badan seterusnya mengurangkan rasa loya dan muntah.

4- Performance Drink - Minuman isotonik tanpa gas berperisa oren, membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan mengelakkan dehidrasi. sangat sesuai kepada ibu yang mengalami alahan yang teruk.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...