Produk Shaklee HARAM?

Tahukah anda bahawa kesemua produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA, sebelum diimport dan dibawa masuk ke Malaysia? Oleh yang demikian, kerana ia dihasilkan di luar negara, maka sewajarnyalah ia perlu mendapatkan SIJIL HALAL daripada pihak berkuasa berkaitan Agama Islam tempatan.
Setiap negara mempunyai badan pengeluar SIJIL HALAL tersendiri. Jika di Malaysia kita ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di United States of America (USA) ada:

(1) Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
(2)Islamic Services of America (ISA)

SIJIL HALAL SHAKLEE

Untuk produk Shaklee ini, kami telahpun mendapat SIJIL HALAL YANG SAH daripada Islamic Services of America (ISA), yang telahpun diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berikut ialah SIJIL HALAL produk Shaklee untuk tahun 2014:


Sijil Halal produk Shaklee dari Islamic Services of America (ISA) ini sah sehingga 31 Disember setiap tahun. Untuk makluman, pihak Shaklee (M) akan update Sijil Halal yang terbaru setiap tahun sekitar bulan Februari. Maka, untuk tahun hadapan, sijil Halal terbaru boleh anda perolehi di laman Shaklee (M) sekitar Februari 2015.

Islamic Services of America (ISA) diiktiraf oleh JAKIM

Ini ialah bukti bahawa Islamic Services of America (ISA) ini diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):


Anda boleh muat turun SENARAI PENUH Badan Islam yang diiktiraf JAKIM di luar negara DI SINI. Islamic Services of America (ISA) berada di no. 56, di muka surat 18.

Islamic Services of America (ISA) mendapat AKREDITASI HALAL oleh JAKIM



Anda boleh baca dengan lebih lanjut di laman Islamic Services of America (ISA) sendiri. Info terus mengenai Akreditasi Halal (di sini)

Oleh yang demikian, sekiranya pihak JAKIM sendiri telah mengiktiraf dan memberikan Akreditasi HALAL kepada Islamic Services of America (ISA), adalah tidak wajar untuk kita meragui ke'HALAL'an produk Shaklee. Jika anda masih ragu-ragu dengan status SIJIL HALAL yang dikeluarkan oleh pihak Islamic Services of America (ISA), ia adalah sama seperti anda juga meragui Akreditasi HALAL yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.

Benar, jika anda menghantar SMS secara terus kepada pihak JAKIM, anda tidak akan menerima apa-apa info mengenai produk Shaklee (M) daripada JAKIM. Jawapannya seperti yang telah kami ulas di atas. Ini adalah kerana produk Shaklee (M) memperolehi SIJIL HALAL daripada Islamic Services of America (ISA), yang telah diiktiraf dan memperolehi Akreditasi HALAL oleh pihak JAKIM!

Lihat sendiri jawapan dari JAKIM berkenaan isu Halal Shaklee di FanPage JAKIM


"Shaklee memang tiada status halal Malaysia, produk import ada sebahagian mempunyai status halal Islamic Servis America, badan Islam diiktiraf JAKIM. Tiada produk Shaklee diletakkan logo halal Malaysia" - JAKIM
Ada juga yang ragu-ragu tentang beberapa produk Shaklee yang berasaskan kapsul, kerana kapsul itu daripada sumber Bovine Gelatin. Contoh produk Shaklee yang berkapsul ialah Shaklee Lecithin, OmegaGuard, CarotoMax, Vita-E Complex, GLA Complex dan CoQ Health.

Jangan risau, Bovine Gelatin ialah Gelatin Lembu!

Berikut ialah jenis-jenis Gelatin yang biasa digunakan di dalam industri perubatan dan suplemen:

- BOVINE Gelatin (Gelatin Lembu)
- PORCINE Gelatin (Gelatin Babi/ Khinzir)
- AVIAN Gelatin (Gelatin Burung)
- FISH Gelatin (Gelatin Ikan)
- HUMAN Gelatin (Gelatin Manusia)
- VEGETABLE Gelatin (Gelatin Sayuran)

Persoalan dalam penghasilan gelatin ialah, sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak - itu yang menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin.

Dalam kes produk shaklee, kesemua produk Shaklee untuk pasaran Malaysia termasuklah yang berasaskan kapsul Bovine Gelatin (Gelatin Lembu) telah disahkan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA), yang telah diiktiraf dan memperolehi Akreditasi HALAL oleh pihak JAKIM. Anda boleh rujuk produk Shaklee yang dimaksudkan di dalam SIJIL HALAL SHAKLEE di atas.

Maka, jangan risau juga kerana Bovine Gelatin yang digunakan oleh Shaklee untuk pasaran Malaysia (Halal Market) ialah 100% HALAL!!!

Kredit : Genkimomma

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...