Merokok Boleh Merosakkan DNA Anda!

Rasanya semua tahu merokok adalah merbahaya.  Bukan setakat perokok malah orang disekeliling juga merasa tempiasnya. Jom kita lihat apakah bahan kimia yang ada dalam sebatang rokok;


* Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.

* Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.

* Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano.

* Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.

* Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.

* Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol.

* Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

* Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.

* Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.

* Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.

* Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.

* Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta

Tak takut? Meh kita tengok pula apa kesannya pada perokok. Kesan merokok boleh dilihat dari kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.

Kesan jangka pendek

* Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

* Mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok

* Mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan menyebabkan gangguan pada pendengaran dan penglihatan.

* Mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.

* Boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas 

* Mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.

* Nafas berbau

Kesan jangka panjang

* Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh  mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh

* Boleh menyebabkan kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru.

* Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma dan bronkitis.

* Menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki

*Menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat

* Selaput bawah mata dan katarak mata. Semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan mata terkena katarak

* Risiko kulit bersisik amat tinggi bagi perokok

* Mempercepat proses penuaan, sehingga perokok kelihatan 1,4 tahun lebih tua daripada kebanyakan bukan perokok.

* Nikotin dalam asap rokok tidak hanya dapat membuat gigi anda (dan dinding rumah anda) coklat, tetapi juga membuat jari dan kuku anda kuning.

*Bahan kimia beracun dalam asap dapat merosakkan DNA pada folikel rambut dan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel.

* Nikotin menyebabkan vasokonstriksi, penyempitan pembuluh darah yang dapat menghalang aliran darah kaya oksigen ke pembuluh darah di muka atau bahagian lain dari tubuh. Ini menyebabkan luka akan memakan masa lebih lama untuk sembuh dan parut luka yang lebih besar dan lebih merah

* Asap rokok mengandung karbon monoksida, yang menggantikan oksigen pada kulit anda, dan nikotin, yang mengurangi aliran darah, meninggalkan kulit kering dan berubah warna.

Tahukah Anda?

Merokok boleh menghilangkan Vitamin C dalam badan yang penting untuk antibodi serta melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit


Kesan Asap Rokok Terhadap wanita / wanita mengandung :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Kanak-kanak :

- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Jika anda merokok, anda sudah tahu anda patut berhenti setelah membaca apa yang saya tulis. Dan anda sudah pasti berhenti dari semalam jika kesan buruk merokok itu jelas kelihatan. Betul tak? Anda boleh baca tips dan trik untuk berhenti merokok -->> di sini.

Syaa ingin berkongsi satu testimoni dari pengguna Vivix Shaklee, En. Mohd yang merupakan perokok tegar. Hanya dengan satu sudu kecil vivix yang diberi oleh isterinya, dia sudah dapat merasa kelainan merokok.



" Beberapa hari lepas wife tetiba bagi sesudu vivix. Rasa macam ribena yang amat pekat. Dia kata elok untuk jantung... Tanpa usul periksa saya pun makan la. Keesokan harinya saya mula hilang satu 'nikmat' hidup bila sedut sebatang rokok. Puiii pahit gilerrr. Rasa macam hisap rokok masa demam (perokok tegar tau ni). Saya continue hisap rokok beberapa hari tanpa berjaya menghabiskan rokok sampai ke puntung.

Saya tanya dia apa benda ni. Dia kata vivix ni memperbaiki DNA manusia terutama sekali bahagian jantung dan organ-organ yang berkaitan. DNA kita akan balik ke asal macam mana yang dikurniakan kepada kita dan sepatutnya dipelihara. So organ dalaman yang selama ini dah terbiasa dengan nikotin dan segala macam racun membunuh tu akan jadi sempurna balik. Hah whatever la sayang...

Selang beberapa hari saya sendiri amik sesudu lagi vivix ni. Saja nak tengok macam mana hasilnya. Alah bukan tak pernah ambil niquitin dan macam2 tin yang ada kat pasaran. Benda2 tu mengurangkan kebergantungan terhadap nikotin tapi fikiran tak boleh nak lupakan nikmatnya merokok. Kalau menjadi pun lambat hasilnya. Makan minggu atau bulan jugak. So esok paginya bila hisap sebatang terus rasa macam nak muntah. Uish biar betul ni. Sejam kemudian cuba lagi dan perghhh. Berhenti kereta tengah jalan sebab rasa terlalu tepu. Macam rasa merokok melebihi 20 batang sehari padahal baru sebatang dua jer hisap." - Encik Mohd

Anda ingin mencuba Vivix Shaklee? Jangan segan silu untuk menghubungi saya . InsyaAllah niat yang baik akan dibantu Allah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

1 comment:

  1. bahaya benda ini tapi ramai juga yang hisap huhu

    Budak Blogspot -> http://www.budakblogspot.com/
    Penuh dengan info Blog, Tutorial & SEO

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...