Apa itu DIABETES (Kencing Manis)

Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes utama:


* Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

* Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Gastrik
* Otot lemah
* Gatal
* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
* Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Komplikasi diabetes

* Hipoglisemia - ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
* Diabetes Ketoacidosis - adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
* Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri

Kesan apabila kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)

o Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
o Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
o Otak - Angin ahmar (hubung dengan strok)
o Buah pinggang - kegagalan buah pinggang
o Jantung - Sakit jantung

Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Cara untuk mengawal diabetes

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:

* Mengawal pengambilan makanan
o Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
* Melakukan senaman fizikal
o Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
* Ubatan
o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

Cara untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?

* Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
* Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
* Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul

Sumber : infosihat.gov.my

Pengambilan supplemen yang dapat membantu mengawal kandungan gula

1 - Minuman kesihatan Vivix adalah suplemen terbaik dalam mengawal paras gula dalam darah. Vivix sangat kaya dengan resveratrol yang merupakan antihyperglycemic dengan menurunkan paras gula dalam darah*. Selain itu vivix juga berupaya membaiki DNA yang rosak sekaligus melambatkan proses penuaan. Hanya satu sudu sahaja sehari, sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak suka menelan pil atau orang tua.


2 - Set Sugar Control juga dapat mengawal kandungan gula dalam darah, disamping membantu mengatasi masalah insulin*.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...