PCOS punca gagal hamil

Apa itu PCOS?

PCOS atau penuhnya Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome) adalah suatu keadaan di mana ovari membengkak kerana benih-benih telur terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Apabila keadaan ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

PCOS merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20% wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40% wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Google Image



Tanda-tanda PCOS

Tanda sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Antaranya ialah;

1 - Keguguran berulang
2 - Haid Tidak Teratur (oligomenorea)
3 - Obesiti - Wanita yang menghidap PCOS mempunyai metabolisme yang rendah sehingga menyebabkan masalah berlebihan berat badan (obesiti), terutamanya di kawasan pinggul.
4 - Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
5 - Bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme) - Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah.
6 - Jerawat yang teruk dan kronik
7 - Kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan)
8 - Botak menyerupai lelaki (male baldness)

Pesakit PCOS juga akan meningkatkan risiko penyakit lain seperti;

- Diabetes melitus
- Peningkatan aras kolesterol darah
- Hipertensi.
- Penyakit jantung (penyakit kardiovaskular)
- Kanser rahim - Jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak.

Punca penyakit PCOS

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Namun ini adalah antara memungkinan penyebab PCOS;

1 - Keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon

2 - Disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan

3 - Pemakanan - Pengambilan makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan

4 - Stress atau tekanan fizikal dan mental

Rawatan untuk pesakit PCOS

1. Mengawal Kegemukan (Obesity)

2. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´

Pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

3. Meningkatkan Kesuburan Wanita dengan ubat

Terdapat pelbagai jenis ubatan antaranya;
Metformin - Bertindak dengan mengembalikan kadar insulin daripada aras yang tinggi kepada normal
Clomiphene citrate - Untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur
Suntikan hormon Gonadotrofin - Membantu dalam perkembangan ovum

Sumber : Utusan Malaysia

Pengambilan supplement yang dapat membantu masalah PCOS

Terdapat 2 jenis supplemen yang disarankan iaitu GLA complex dan Alfalfa. Namun harus diingat yang supplemen hanyalah satu usaha dan tiada jaminan yang anda akan SEMBUH 100% dengan pengambilan vitamin ini.

GLA COMPLEX : Bertindak untuk mengawal ketidakcelaruan hormon di dalam badan wanita terutamanya berkaitan dengan masalah wanita seperti menopause, PMS simptom atau kitaran haid.

ALFALFA : Kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Ia dapat membantu mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan membantu dalam mengatasi masalah keputihan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...