Produk Shaklee Malaysia Halal

Sebelum ini pernah timbul isu bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Hal ini timbul setelah pengadu mendapat pengesahan dari Shaklee Canada. Tahukah anda bahawa Shaklee menghasilkan produk yang berbeza untuk pasaran setiap negara. Oleh itu untuk mendapat pengesahkan halal sepatutnya bertanya pada Shaklee Malaysia untuk produk Malaysia bukannya Shaklee Canada.

Sebagai contoh disini saya membuat perbezaan antara B komplex yang dipasarkan di Malaysia dengan B komplex yang dipasarkan di Jepun. Bukan sekadar botol, bentuk tablet juga berbeza.


Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Seterusnya saya lampirkan disini sijil halal terbaru Februari 2013 produk Shaklee Malaysia. Anda boleh juga dapatkan sijil ini di laman rasmi Shaklee

Sijil Halal Produk Sahklee

Sijil halal ini dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) kerana dihasilkan di Amerika. Untuk menyakinkan lagi, saya telah menyemak di laman web Jakim. ISA tersenarai dalam senarai badan Islam yang diiktiraf.


Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...