Selain dari cara hidup yang sihat, pemakanan juga sangat penting dalam mempengaruhi kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Sebagai panduan, saya kongsikan khasiat pemakanan yang akan meningkatkan kadar kesuburan lelaki.
Antara makanan berkhasiat yang dicadangkan dalam diet harian mestilah mengandungi ;
1- Zink
- Tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan peningkatan tahap
sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan
mengurangkan ketidaksuburan
Sumber makanan - hati lembu, tiram,
daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda,
kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis
makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya
daripada tumbuhan.
2- Selenium
- Diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang
kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang
rendah
Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda
3- CoQ10
- Meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan
penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal
bebas. Ia memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur
Sumber makanan : Makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.
4 - Vitamin E - Meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan.
Sumber makanan : biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.
5 - Asid folik - Meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.
Sumber makanan : hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.
6 - B12 - Meningkatkan jumlah sperma
Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.
7 - Vitamin C
- Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic
acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada
berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak.
Sumber makanan: Banyak
terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli,
kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.
8 - L-Carnite - Untuk sel sperma berfungsi normal dan meningkatkan produksi sperma.
Sumber makanan : daging merah, ayam, pisang,
9 - L- Arginin -
Berperanan dalam peningkatan jumlah sperma. Dihasilakn secara
semulajadi oleh tubuh. Namun seiring penambahan usia penghasilannya akan
menurun.
Sumber makanan : Putih telur (kandungannya tinggi), seafood, kacang-kacangan, biji labu
Kami ada menyediakan set kesuburan yang lengkap dengan khasiat-khasiat diatas. Dapatkan set kesuburan dari kami. Plan pemakanan exsklusif akan disediakan.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.