JANGAN Ambil Mudah Gejala Awal Kanser Servik

Apakah itu kanser servik?

Servik adalah bahagian bawah rahim yang bersambung dengan vagina juga dikenali sebagai pangkal rahim. kanser pangkal rahim merujuk kepada sel-sel di bahagian servik yang membiak secara luar biasa. Pertumbuhan sel luar biasa ini boleh merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain (malignant) seperti paru-paru melalui sistem aliran darah.



Kanser servik merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara. Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini. Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini. 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik. 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser servik?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5 kali
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti Human Papilloma Virus (HPV)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok - Melemahkan sistem imun tubuh badan dan terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit
- Sistem pertahanan badan yang lemah.

Apakah tanda-tanda gejala kanser servik?

- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
- Rasa sakit semasa melakukan perhubungan sek
- Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
- Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.
- Hilang selera makan
- Berat badan menurun

Bolehkah kanser servik dikesan?

Ya, boleh. Kanser servik mengambil masa lebih kurang 10 - 15 tahun untuk berkembang. Pada peringkat pra-kanser, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim boleh dikesan melalui ujian pap smear.

Apakah rawatan untuk kanser servik ?

Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

1- Pembedahan
2- Radioterapi
3- Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan. Bagi yang ingin mencuba shaklee, saya sarankan mengambil vivix. Vivix merupakan suplemen anti-penuaan yang melindungi dan pembaikan selular DNA disamping perlindungan antioksidan.

Jom tengok testimoni pengguna vivix : vivix vs kanser

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

- Amalkan cara hidup yang sihat.
- Setia pada pasangan anda.
- Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
- Pengambilan makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan


Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan?
 
Mencegah lebih baik dari merawat. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah anggur hitam, buah beri, strawberi dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah berbeza antara setiap satunya.

Bagi anda yang ingin mencuba suplemen shaklee, selain daripada vivix yang harganya agak mahal, saya sarankan 3 vitamin utama yang sangat kaya dengan antioksidan. Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A (CarotoMax), Vitamin C dan Vitamin E.

CarotoMax - Melindungi sel daripada radikal bebas dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia juga menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
Vitamin C - Mempertingkatkan sistem imun dan membantu melawan sel kanser
Vitamin E - melindungi sel daripada radikal bebas dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.

Sesungguhnya segalanya adalah dengan izin daripada-Nya dan tidak salah untuk kita berusaha dengan cara pengambilan vitamin semulajadi. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...