JANGAN Ambil Mudah Pendarahan Di Awal Kehamilan

Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang mudah mengandung dan ada yang sukar lekat. Namun ada pasangan yang bermasalah sering mengalami keguguran. Kandungan tidak dapat bertahan sehinggan 12 minggu dan kebanyakannya akan gugur. Kes seperti ini sangat menyentap hati kerana di kala hati gembira kerana badan sudah “berisi” tetapi pada masa yang sama, “hati sangat risau” samada kandungan mampu melepasi tahap kritikal atau tidak.


Saya mempunyai 2 orang pelanggan yang menghadapi masalah yang sama. Mudah lekat dan sering keguguran. Sedihnya hati saya di awal perkenalan apabila dikhabarkan begitu. Ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya adalah masalah rahim yang tidak kuat di mana dinding rahim tidak dapat menahan fetus. Keguguran yang berulang kali boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding rahim juga. Wanita yang mengalami masalah sebegini perlu mengambil perhatian yang lebih tatkala disahkan mengandung.

Kes sebegini dinamakan sebagai “Threatened miscarriage” iaitu risiko keguguran yang tinggi sehingga kandungan berusia 12 minggu. Selalunya wanita yang mengalami pendarahan di awal 20 minggu kehamilan perlu berhati-hati dan 30% wanita dikatakan mengalami pendarahan.

Simptom Threaten Miscarriage

Pendarahan vagina seperti warna coklat, merah cerah atau warna merah jambu. Ianya juga boleh dilihat seperti tompokan darah atau pendarahan teruk. Selain daripada itu, symptom lain yang biasa dialami adalah :

- Sakit belakang terutama bahagian bawah abdomen badan
- Kejang perut

Punca masalah Threaten Miscarriage

Dalam kebanyakan kes, sukar ditentukan punca yang nyata masalah ini timbul. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh difikirkan:

- Uterine fibroids, polyps, atau cysts
- Jangkitan seperti STDS
- Radang servik ketika aktiviti seks
- Kehamilan ektopik
- Komplikasi plasenta

Nasihat saya, jika anda mengalami pendarahan ketika kehamilan segeralah bertemu dengan doctor pakar sakit puan anda untuk menentukan risiko keguguran anda.

Rawatan untuk masalah Threatened Miscarriage

Malangya tiada sebarang ubat atau rawatan yang dapat menghentikan pendarahan vagina. Namun begitu terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil:

1. Tunggu dan Lihat
Jika hanya pendarahan ringan dan keadaan bayi kelihatan sihat, doctor akan menasihatkan anda untuk tunggu dan lihat jika ada sebarang perubahan pada pendarahan anda.

2. Rehatkan pelvic
Untuk mengelakkan sebarang trauma atau tekanan, doctor mungkin menyarankan supaya anda merehatkan pelvic. Aktiviti seks ketika tempoh tersebut juga perlu dihentikan.

3. Kurangkan aktiviti harian – Bed Rest
Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti harian. Aktiviti lasak boleh meningkatkan risiko keguguran. Malahan anda dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti yang akan memberi tekanan kepada badan anda.

4. Progesteron
Ianya bukanlah satu rawatan yang biasa diberikan. Progesteron diberikan untuk melegakan otot uterine dan mengurangkan risiko keguguran.

Masalah pendarahan di awal kehamilan boleh berlaku kepada siapa sahaja. Sahabat saya telah mengalaminya di kala mengandung anak keduanya. Saya ingin berkongsi satu perkongsian menarik daripada GenkiMomma Arnie mengenai pengalamannya mengandungkan anak ke 3.


"Sharing my stories..Saya dua2 kali preggie kena bleeding, around kandungan 7-8 weeks..Dua2 pregnancy juga dapat bed-rest seminggu. Yg first dgn gov doc, ok je dia bg MC 8 hari, bleeding 3-4 hari. Scan tiap2 kali jumpa untuk monitor.

Yg second dgn private doc, bleeding + sakit pinggang melampau, ala2 sakit contraction. Yg ini dia bagi ubat untuk kuatkan rahim + acid folic. pastuh, on 24 weeks, jalan dah buka 3cm pula, bed-rest lagi 3 weeks. Alhamdulillah, sihat dua2 anak saya.

Yg ketiga nie Alhamdulillah, maybe sebab amalkan supplement Shaklee, takde bleeding langsung sampai dah masuk 2nd trimester nie. Saya ambil vit basic tuelah, vitale, b-com, vit-c & OsteMatrix. Alhamdulillah.... :)
" -Pn Arnie

Apa yang Pn Arnie amalkan ialah set mengandung asas. Secara ringkasnya set ini terdiri daripada:

Vita-Lea Iron Formula: MultiVitamin yang lengkap dengan Iron. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hb rendah semasa mengandung

B-Complex: Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk Acid Folic. Vitamin B6 dipercayai dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.

Vitamin-C: Selain untuk meningkatkan antibodi, ia juag merawat gusi bengkak sepanjang mengandung.

OsteMatrix: Sumber kalsium, membantu tidur malam dengan lena (quality sleep!) & mengelak kekejangan.

ESP: Sumber protein. Gabungan dengan Vitamin-C dapat kurangkan kesan stretch-mark melampau.

Walaupun tidak terdapat fakta mengenai supplement dapat mengatasi masalah pendarahan atau threatened miscarriage, namun semua itu adalah usaha untuk memberikan tubuh yang lebih sihat bagi ibu yang ingin mengandung serta meningkatkan imunisasi badan terutamanya dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) yang konsisten.

Kredit : MyCHibiBox

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami  

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...