Minggu ke-13
Tahniah! Anda telah memasuki
trimester ke-dua dimana pada mereka yang mengalami morning sickness mula berkurangan.
Pertumbuhan bayi pula sangat cepat ketika ini. Panjang bayi telah berganda daripada panjangnya di usia 7 minggu. Ianya berukuran lebih kurang 2½ hingga 3 inci panjang dan beratnya pula mencapai 13-20 gram dan secara kasarnya besarnya sebiji buah peach.
Satu perubahan yang menarik adalah kepala bayi sama besar dengan badannya. Ini menunjukkan pertumbuhan otak bayi amat pesat waktu ini. Pada minggu ke-21 nanti, kepala bayi satu per tiga daripada badannya dan apabila lahir kelak kepala bayi satu per empat daripada badannya.
Wajah bayi ketika ini hampir menyamai seorang manusia sekarang dimana matanya sudah mula membentuk dan wajahnya mula terbentuk. Genitalia luar pula membentuk dan ketika ini bayi boleh dibezakan samada lelaki atau perempuan. Peti suara bayi juga mula terhasil ketika ini. Tangan bayi juga mula membentuk struktur dimana 27 ketul tulang disatukan menjadi bentuk tangan. Bagitu juga dengan kaki bayi dan juga jari-jemari mula membentuk termasuk tumit bayi.
Minggu ke-14
Kini anda mula merasa bertenaga daripada minggu-minggu di
trimester pertama.
Trimester kedua adalah masa yang amat santai dan merasa lapang menikmati kehidupan kehamilan anda. Semoga rasa loya dan keletihan yang dilalui semasa trimester pertama menjadi satu kenangan dan inilah masa anda seronok menikmati kehamilan anda.
Di
trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya. Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi tersebut bayi lelaki atau perempuan.
Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi anda.
Minggu ke-15
Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.
Bayi kini berukuran 4½ inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini bayi anda mungkin menhisap jarinya!
Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk. Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa manusia dalam beberapa hari ini.
Minggu ke-16
Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan rambut anda yang mengalami sedikit perubahan.
Bayi anda sedang berenag di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat dilindungi sebelum ia dilahirkan. Tali pusat bayi terlekap di bahagian bawah badan bayi. Kakinya lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound). Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru dengan rasa angin dalam badan. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm manakala beratnya 80gram.
Minggu ke-17
Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti
kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.
Bayi anda kini berukuran 11-12cm panjang dan beratnya mencecah 100gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.
Minggu ke-18
Kebanyakan wanita hamil tidak sabar-sabar untuk melakukan ultrasound bagi melihat perkembangan bayi anda. Sebaiknya kosongkan pundit kencing anda sebelum melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundit kencing yg dipenuhi air memaparkan imej gelap dan kadang-kadang menghalang imej bayi.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini memasuki 14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Bayi anda menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1½ inci tebal.
Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 – 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang cukup untuk bayi anda.
Pengambilan nutrisi anda.
Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira
30mg sehari zat besi diperlukan bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam badan. Elakkan minum kopi, teh atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi, ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya bewarna merah muda.
Biasanya hanya 10 – 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang, jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi badan.
Minggu ke-19
Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dan berat kira-kira 200 gram. Pada peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.
Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 – 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200 gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundit amnion kira-kira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk buah pinggang pula sekitar 25 peratus.
Pengambilan nutrisi anda – Penggunaan herba semasa kehamilan.
Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usus-usus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih dahulu.
Minggu ke-20
Tahniah! Anda telah memasuki separuh masa kehamilan! Keseluruhan kehamilan adalah 40 minggu. Kehamilan anda kini tidak boleh disorok lagi. Malah anda mungkin mendapat perhatian daripada orang awam jika anda ke bank, naik LRT atau sebagainya kerana mereka akan memberi laluan kepada wanita mengandung. Itupun jika mereka mempunyai perasaan sedemikian.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai panjang hampir 16cm dan beratnya pula dalam 260gram. Kulit pada badan bayi mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan dermis. Epidermis adalah lapisan kulit luar manakala dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam. Verniks pula memberi perlindungan pada bayi daripada cecair amnion dimana bayi anda akan berada disitu untuk beberapa bulan lagi. Rerambut pula akan mula tumbuh sekitar minggu 12-14 dan ianya tumbuh daripada epidermis. Rambut yang mula tumbuh adalah sekitar atas bibir dan kening bayi. Rerambut ini ada digantikan dengan rambut yang lebih tebal iaitu follicles yang baru. Bayi anda kini mampu membuat beberapa pergerakan dan mula menggengam tangannya, membuat geselan dan pelbagai pergerakan yang masih belum dapat dikawal oleh otaknya.
Apa yang berlaku pada anda?
Dibahagian abdomen anda mungkin terdapat garis gelap ‘linea nigra’ diantara pusat ke bahagian pubis anda. Ia biasanya memanjang keatas ekoran daripada pembesaran uterus anda. Garisan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone dan akan hilang selepas bersalin nanti. Perkembangan uterus anda menjadi tidak sekata pada waktu ini dan biasanya akan lebih nalar selepas minggu ke-20.
Pengambilan nutrisi anda – Pemanis buatan
Ada sesetengah wanita mengamalkan diet dengan mengambil pemanis buatan. Aspartame dan saccharin adalah pemanis buatan yang biasa digunakan di dalam makanan atau minuman.
Aspartame adalah kombinasi phenylalanine dan aspartic acid, kedua-duanya adalah asid amino. Kandungan itu mungkin boleh mengganggu keselamatan kandungan. Anda perlu bijak menggantikan makanan yang tidak mengandungi pemanis. Hadkan semua pemanis tiruan.
Saccarin pula tidak digunakan secara meluas sebelum ini. Bagaimanapun sesetengah makanan atau minuman mengandungi saccarin. Penggunaannya semasa kehamilan adalah tidak begitu selamat dan jalan yang terbaik adalah mengelak semua pemanis buatan.
Minggu ke-21
Apabila anda berada dalam separuh masa kedua kandungan, bolehlah anda travel kemana-mana yang anda suka sebelum bayi lahir.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran 7½ inci panjang atau 18cm daripada kepala ke punggung dan 10 inci atau 25cm daripada kepala ke kaki. Beratnya pula sekitar 300gram. Dari takat ini, bayi akan mula menumpukan beratnya daripada saiz panjangnya. Bayi akan dua kali ganda lebih panjang nanti tetapi beratnya tetapi beratnya akan meningkat sehingga 12 kali ganda sebelum kelahiran. Bayi membesar dengan perlahan tetapi sistem-sistem organ bayi akan mula matang.
Pada masa ini, sistem penghadaman bayi sudah mampu untuk menelan cecair amnion. Setelah menelan, bayi akan menyerap banyak air dan lebihan air tersebut akan disalurkan ke usus besar. Para pengkaji percaya, dengan menelan cecair amnion tersebut kemungkinan dapat membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem penghadaman bayi untuk berfungsi dengan baik apabila kelahirannya kelak. Kajian menunjukkan bayi mungkin menelan cecair sebanyak 500ml dalam tempoh 24 jam. Nutrien penting yang terdapat dalam cecair amnion akan disalurkan kepada bayi.
Apa yang berlaku pada anda?
Dengan bertambahnya pertumbuhan uterus, bahagian lain dalam tubuh juga terus bertambah dan berubah. Anda mungkin mendapati kaki anda bengkak. Tambahan berat anda pula seharusnya dalam lingkungan 4.5kg – 6.3kg. Lilitan pinggang anda juga sudah membesar dan saat ini anda tidak berupaya menyembunyikan ’perut’ anda dari orang lain. Kadang-kadang anda mungkin merasa panas dari hari-hari biasa akibat perubahan metabolik dalam badan. Kerapkan mandi boleh mengurangkan rasa panas tersebut.
Pengambilan nutrisi anda – Mengidam
Sesetengah wanita mengalami keinginan sesuatu terhadap makanan – mengidam. Mengidam ini telah lama wujud dan ianya dianggap sebagai satu tanda yang tidak khusus/tidak wajib dalam kehamilan. Mengidam ini boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Jika makanan yang anda idamkan itu satu makanan yang berkahsiat, makan dalam kadar sederhana dan jika anda mengidam makanan berlemak, kandungan gula yang tinggi, makanan rapu, berhati-hatilah! Makan sedikit tetapi jangan terlalu membiarkan makanan itu masuk kedalam badan tanpa kawalan.
Cuba gantikannya dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan cubalah melawan kehendak untuk makan yang tidak baik. Perubahan hormon dan perubahan emosional menyebabkan perasaan mengidam itu timbul. Kadang-kadang sesetengah makanan yang anda biasa makan sebelum hamil, menjadi tidak sesuai atau boleh membuatkan anda sakit perut. Keadaan ini adalah biasa. Hormon-hormon tersebut boleh menjejaskan saluran pencernaan yang boleh bertindak balas terhadap sesetengah makanan.
Minggu ke-22
Sebagaimana perut anda mengembang, fikiran anda juga tidak lari daripada memikirkan insiden-insiden seperti terjatuh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam setiap pergerakan anda sebelum sesuatu insiden buruk berlaku.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 350 gram dan panjangnya pula lebih kurang 7 inci panjang iaitu 19cm. Bayi terus berkembang. Kelopak mata dan keningnya membentuk dan kukunya juga dapat dilihat. Cecair amnion bertukar setiap hari di dalam badan atau sebenarnya tiga kali cecair tersebut ditukar setiap jam. Bayi anda akan menelan cecair amnion dan menyerap masuk ke dalam badan dan diserap keluar melalui tali pusat dan dan plasenta. Selebihnya bayi membuang air kecil ke dalam cecair amnion tersebut. Bayi menggunakan cecair amnion tersebut sebagai ‘air mandiannya’ dan sebagai minumannya. Sementara nutrisi diperolehi daripada cecair amnion tersebut, sebahagian besar nutrisi datang daripada plesenta.
Apa yang berlaku pada anda?
Proses pembesaran perut anda tidak menyukarkan anda ketika ini. Anda dapat duduk, berjalan dan membongkok tanpa rasa janggal. Minumlah lebih banyak air sepanjang kehamilan ini kerana ia dapat membantu badan anda yang memerlukan lebih cecair bagi membantu pengedaran darah. Jika anda melihat air kencing anda jernih, bermakna anda cukup minum air dan jika sebaliknya, minumlah air dengan lebih banyak lagi. Jika anda hendak tidur, berbaring secara latar akan membuatkan anda rasa pening disebabkan oleh berat uterus kepada arteri anda dan ia boleh menyebakan BP anda menurun. Bagi mengelakkannya, berbaringlah dengan cara mengiring ke kiri atau kanan dan gunakan kaedah mengiring ini ketika melakukan senaman di atas lantai. Elakkan berbaring secara mendatar atai meniarap semasa hamil.
Pengambilan nutrisi anda – Minum Air
Air sangat penting semasa hamil. Jangan mengabaikan kerana hakikatnya air membantu badan anda memproses nutrisi, membina sel-sel baru, menaikkan isipadu darah dan mengawal suhu badan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 15 kalori dalam badan kita terbakar, badan memerlukan 1 sudu tambahan air. Untuk 2000 kalori yang terbakar, tubuh memerlukan lebih kurang 2 liter air. Peningkatan keperluan anda pada masa ini menjadikan anda memerlukan lebih banyak air.
Enam atau lapan gelas cawan sehari adalah baik untuk tubuh ketika ini tetapi ia tidak termasuk minuman ringan. Susu, jus sayuran serta buah-buahan dan juga teh herba adalah pilihan lain selair air kosong. Teh, kopi dan minuman bergas tidak dikira dan seharusnya anda perlu elak daripada minum minuman seperti itu. Natrium dan kafien di dalam kandungan minuman tersebut bersifat diuratik.
Air kencing anda adalah satu barometer yang bagus untuk memeriksa pengambilan air anda. Jika ia bewarna kuning yang lembut ke jernih, ia menunjukkan anda mengambil air yang mencukupi. Jika ia bewarna kuning tua, anda perlu menambahkan pengambilan air. Usah tunggu anda dahaga baru minum kerana pada waktu itu anda telah pun kehilangan 1% cecair dalam badan. Sebaiknya anda sentiasa minum sepanjang hari.
Minggu ke-23
Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadapat pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 8 inci panjang atau 20cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengangumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.
Apa yang berlaku pada anda?
Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat.
Minggu ke-24
Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 540 gram dan lebih kurang 8½ inci panjang atau 21cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!
Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.
Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.
Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.
Minggu ke-25
Kehamilan kadanga-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan tidak sepanjang saat-satnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus nafasnya sepanjang tidur.
Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 9 inci iaitu kira-kira 22cm. Jika bayi dilahirkan sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi disebabkan ianya lahir dangat kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang masalah lain.
Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa
kebas dan kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada pada tahap normal semula.
Pengambilan nutrisi anda – Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan
suppliment tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil, wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan badan dengan mengambil makanan berzat.
Minggu ke-26
Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir.
Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.
Apa yang berlaku pada anda?
Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepada. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.
Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan
Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti.
Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.
Minggu ke-27
Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester ke-dua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi focus utama anda pada waktu ini.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh pada perut ibu.
Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm.
Perkembangan Bayi Pada Trimester Ketiga
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di
admin@nazuwa.com atau
SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage
Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan?
Jom sertai kami