Sebelum in saya ada berkongsi tentang masalah hemoglobin (hb) rendah dikalangan wanita yang mengandung. Banyak pula pertanyaan yang saya terima daripada pembaca tentang masalah kencing manis dikalangan ibu mengandung. Memang tidak dinafikan kencing manis juga antara masalah yang sering terjadi pada wanita-wanita hamil.
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil. GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara.
Bagaimana GDM boleh terbentuk semasa hamil?
Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati GDM mungkin terjadi disebabkan uri mengeluarkan hormon rintangan insulin dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Ia mula terjadi pada pertengahan kehamilan (Minggu ke 20-24). Apabila uri semakin membesar, semakin banyak hormon dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.
Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.
Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) boleh menjejaskan bayi anda?
* Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.
* Gula dalam darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.
* Sakit kuning (jaundice)
* Bayi sukar bernafas
* Kemungkinan bayi mati dalam kandungan.
* Kemungkinan bayi cacat.
* Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)
Siapakah yang berisiko untuk GDM?
* mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
* mempunyai penyakit darah tinggi.
* lebih berusia 35 atau lebih tua.
* mempunyai berat badan berlebihan.
* pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
* pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
* tidak aktif secara fizikal.
* mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu.
Bagaimana GDM boleh dikesan?
GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula. Pemeriksaan ini digelar OGTT ( Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam. Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L)
1 - Puasa < 6.0
2 - 1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0
3 - 2 jam selepas mengambil glukosa < 7.0
Bagaimana GDM dirawat?
* Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disyorkan oleh doktor anda.
* Kurangan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
* Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
* Ubatan dan Suntikan insulin
* Selalu bersenam
Sumber : Bayiibu.com
*************************************************************************
Jika anda mengamalkan vitamin shaklee semasa mengandung, InsyaAllah Set Asas Ibu Hamil Shaklee juga membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Jom kita tengok bagaimana set asas hamil membantu mengawal kencing manis.
Vitalea - mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan
B-complex - Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga
Vitamin C - memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah
Ostematrix - membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin
ESP - sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment