Kisah Mak Saya - Seorang Pesakit Asma Dan Resdung

Ramai yang tidak percaya bila saya cakap suplement vitamin yang semulajadi boleh mengawal atau mengurangkan penyakit seperti asma, kencing manis, resdung dan sebagainya. Kalau dah boleh mengawal penyakit, kenapa ada ubat lagi dipasaran? Ya, memang banyak ubat dipasaran tetapi ubat-ubat ini bukanlah untuk menyembuh atau membaik pulih penyakit. Kebanyakan ubat-ubatan ini lebih kepada melambatkan penyakit merebak atau mengurangkan rasa sakit sahaja.

Badan kita ni ibarat mesin yang sangat kompleks. Dan semua part-part dalam mesin memerlukan penyelenggaraan untuk sentiasa berfungsi dengan baik. Asas kepada part ni adalah sel. Sihat sel maka sihatlah keseluruhan badan. Oleh itu penting untuk kita bekalkan zat-zat yang merupakan makanan kepada sel. Bila semua mineral dan zat yang diperlukan disediakan, badan kita mampu membaik pulih dengan sendirinya.

Saya nak berkongsi satu cerita tentang mak saya. Mak saya merupakan pesakit asma sejak melahirkan kakak saya yang kini dah pun berusia 41 tahun. 40 tahun dahulu, inhaler pun tak tercipta lagi. Masa tu mak saya hanya bergantung pada ubat yang dibeli di farmasi. Saya terlupa nama ubat tu. Walaupun ramai yang cakap kalau makan ubat tu boleh menyebabkan gila, tapi mak saya tiada pilihan. Teringat masa kecil-kecil dulu mak selalu dikejarkan ke hospital bila kene attack.


Bayangkan daripada anak ke-2 sampai anak ke-7 mak saya menderita asma terutamanya ketika mengandung. Sesiapa yang ada asma akan tahu macam mana ketika mengandung. Yang tak ada asma pun boleh semput inikan pula yang ada asma. Tambahan masa tu mesin basuh pun  mak saya tak ada. Basuh baju pakai tangan je kat tepi sungai sebelum bekalan air paip masuk ke rumah. Sangat sedih bila dengar cerita mak saya.

Asma mak makin teruk semasa mengandungkan adik bongsu saya sehingga mak terpaksa berhenti mengandung lagi. Masa tu umur mak baru 33 tahun. Alhamdulillah, masa tu dah ada inhaler. Takde la kejap-kejap berkejar ke hospital kalau kene attack. Mak hanya makan ubat hospital sahaja masa tu untuk mengurangkan serangan asma kerana ubat yang dulu sudah tak berkesan lagi pada mak.

Mak juga ada resdung. Terdengar-dengar ditelinga saya pagi-pagi mak akan bersin dan lelah setiap kali bangun pagi nak ke sekolah. Mak mengambil masa 1 jam ke 2 jam untuk kembali ok untuk solat subuh tiap-tiap pagi. Kalau mak tersilap makan, pasti  bersin dan disusuli pula dengan demam. Puasa ramadan pun mak tak dapat tunaikan kerana setiap hari mak bergantung pada inhaler. Kalau dapatpun hanya sehari dua sahaja sepanjang sebulan dan bila berbuka pasti inhaler dulu yang mak sedut.

Mak saya start mengambil suplement 5 tahun lepas. Antara vitamin yang mak makan adalah B Complex, Vitamin C, mutivitamin, Kalsium dan minyak ikan. Kata mak, memang terasa perbezaannya bila dah amalkan vitamin-vitamin tu. Badan terasa makin segar dan bertenaga. Sedar tak sedar mak dah pun dapat berpuasa penuh 30 hari. Kalau sangkut pun hanya sehari dua sahaja. Satu perubahan yang sangat besar bagi saya. Bersin pagi-pagi juga dah kurang kedengaran. Kalau mak tersilap makan pula, termakan banyak baru lah bersin dan demam.
 
Sehingga kini mak masih lagi amalkan vitamin. Antara vitamin tu terdiri daripada set ASAHE iaitu vitamin c, b complex, alfalfa dan set sendi yang terdiri daripada omegaguard, ostematrix dan esp. Selain mengamalkan vitamin, mak saya sangat menjaga diet harian. Sangat jarang mak makan diluar. Dan lauk sayur pasti menjadi kewajipan mak. Kalau berlaukkan sayur saja pun mak tak kisah. Alhamdulillah mak tak ada masalah kencing manis mahupun darah tinggi yg sememangnya menjadi penyakit popular dikalangan orang yang berumur.

Semoga Allah terus melindungi mak dan memberi kesihatan yang baik kepada mak. Amin.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 ** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...