Pernah mengalami batuk semasa mengandung? Semasa hamil, sistem pertahanan badan atau sistem imun akan berubah di mana tujuan utamanya kini ialah untuk melindungi bayi dalam kandungan. Ini bermakna, wanita mengandung akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk, selesema dan demam.
Saya juga pernah mengalaminya. Saya pernah mengalami batuk yang teruk dan berpanjangan semasa mengandungkan anak pertama saya Farihah. Ketika itu sudah pun masuk 8 bulan lebih. Setiap kali batuk mesti akan terkencing. Dan yang paling tak tahan, setiap kali batuk mesti rasa macam nak terberanak. bila ditahan pula sakit didada dan dibawah perut. Sehinggakan nurse minta sample kahak saya untuk ujian lebih lanjut.
Kita tidak dapat melindungi diri daripada setiap virus selesema dan flu ketika hamil, tetapi kita boleh meningkatkan sistem imun badan dengan memaakan makanan yang sihat dan seimbang yang merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
segar serta makanan daripada bijian penuh. Makanan yang pelbagai
daripada kumpulan makanan ini akan memberikan mineral dan vitamin
antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan.
Cuba elakkan mengambil ubat batuk atau selsema kerana banyak ubat yang biasanya
selamat dimakan tidak sesuai diambil semasa hamil. Jika terpaksa ambil dalam kuantiti sedikit dan jangan terlalu kerap. Paracetamol juga boleh diambil untuk meredakan demam dan melegakan sakit-sakit badan. Sebolehnya dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum mengambilnya.
Saya ingin berkongsi testimoni salah seorang pengguna set kehamilan shaklee yang baru mencuba pada bulan januari 2014 lepas. Puan Siti mengadu batuk yang teruk di awal kehamilan. Setelah dicadangkan set asas mengandung shaklee, Puan Siti sangat berpuas hati dengan hasilnya.
"Alhamdulillah arni sejak akak makan vitamin shaklee ni batuk dah kurang.. lega rasanya." - Puan Siti
Seronok bila melihat pengguna berpuas hati. Vitamin Shaklee hanyalah satu usaha tetapi Allah jua yang membaikkannya. Okay, antara vitamin yang diamalkan oleh Puan Siti adalah Multivitamin Vita-Lea, Vitamin C, B Complex dan OsteMatrix.
Jika anda mengalami batuk semasa hamil, dan ingin mencuba set hamil shaklee, jangan segan silu untuk menghubungi saya. InsyaAllah saya akan bagi harga terbaik untuk anda.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment