Sambil-sambil memasak bubur,
*********************************************************************
Kadang kala ketika menyediakan makanan untuk bayi, kita terfikir untuk menambah sedikit bahan perasa seperti garam dan gula. Kita membayangkan betapa tidak enaknya hidangan makanan tanpa dua bahan perasa utama tersebut.
Hakikatnya kita terlupa bahawa si kecil yang baru diperkenalkan dengan makanan pejal tidak tahu tentang rasa makanan. Mereka belum mengenal apa-apa rasa kecuali susu ibu. Mereka hanya mengenal rasa semulajadi makanan awal yang diperkenalkan.
Oleh itu tanpa memperkenalkan rasa gula dan garam, ia sudah cukup untuk memenuhi keperluan rasa mereka. Bahkan sekiranya anda memperkenalkan bahan perasa tersebut terlalu awal kepada bayi, ia hanya akan menyebabkan beberapa risiko sahaja kepada mereka seperti:
* Bayi akan lebih menyukai makanan yang berperisa manis dan masin dan mula menolak makanan lain termasuk sayur-sayuran yang rasanya lebih tawar.
* Pengambilan gula terlalu awal hanya akan menyebabkan kerosakan gigi bayi saat ia mula tumbuh dan meningkatkan kadar kandungan gula dalam darah.
* Pengambilan garam terlalu awal boleh menyebabkan buah pinggang bekerja lebih kuat dan berisiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi di masa akan datang.
* Sebaiknya elakkan menambah garam dan gula dalam makanan yang diberikan kepada bayi berusia setahun ke bawah. Selepas usia setahun, anda boleh mula menambahkan bahan perasa tersebut namun dalam kuantiti yang sangat sedikit (jika mahu). .
* Untuk pengetahuan, bijirin bayi mempunyai kandungan gula dan garam yang terlalu tinggi. Oleh itu ibu amat digalakkan untuk memasak sendiri makanan untuk bayi. Tetapi sekiranya terpaksa memberi bijirin bayi pastikan anda membaca label kandungan makanan tersebut.
Sumber : Majalah Pa & Ma
*************************************************************************
Semasa anak pertama dahulu, saya lebihkan bijirin pasaran berbanding bubur sendiri. Kesannya anak saya tidak mahu makan bubur yang dimasak tanpa memasukkan gula dan garam. Kecil-kecil dah pandai memilih. Pengalaman anak pertama, membuatkan saya lebih berhati-hati untuk anak seterusnya.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment