Anda Mencari Bisnes Online Dari Rumah?

Saya selalu perhatikan iklan disebelah kanan facebook. Selain dari produk kecantikan, program bisnes online dari rumah antara yang terbanyak saya jumpa. Kerjaya dari rumah memang menjadi pilihan masa kini terutamanya kepada wanita yang berkeluarga.

Begitu juga dengan saya. Setelah mengandungkan anak sulung, saya bertekad untuk membuat bisnes online dari rumah. Dengan ilmu yang tak ada langsung pasal bisnes online, saya banyak menghabiskan masa membaca. Dek kerana nak dapat duit banyak dengan cepat, saya terpengaruh dengan iklan forex.

Lebih kurang 2 tahun juga la saya join forex ni. Tapi bila fikir-fikir balik, memang dapat duit banyak dengan cepat, tapi habis duit pun banyak dengan cepat. Mungkin saya kurang lagi ilmu forex, bila kira-kira, banyak rugi dari untung. So saya decided nak stop buat forex.

Saya mula terfikir, bisnes ni sepatutnya ada jual beli. Tak kira la barang ke servis ke. Baru la dikatakan berniaga. Saya pun mencari satu bisnes menjual barang tapi tak perlu modal sebab masa tu saya mana la ada duit nak buat modal. Akhirnya saya terjumpa ebay.

Saya memulakan bisnes ebay 3 tahun lepas tanpa bermodalkan satu sen pun. Dengan hanya bermodalkan masa dan usaha, saya belajar satu persatu dari tidak tahu langsung apa itu ebay, sehingga saya berjaya menjual diebay. Masih teringat lagi barang pertama yang saya jual adalah sebuah jam. Pembelinya dari Australia. Gembiranya hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Macam mana menjual barang tapi tak perlu modal? Sebenarnya saya menjual secara dropship. Saya hanya iklankan sahaja barang yang hendak dijual, dan bila ada pembeli yang dah bayar, saya akan order barang tersebut daripada pembekal. Yang menariknya, pembekal saya berada di China dan pembeli saya berada di US, UK, Australia, Canada. Saya tak pernah tengok barang yang dijual, hanya berpandukan gambar yang diberi pembekal. Saya tidak perlu menyimpan stok, menguruskan pembungkusan, dan penghantaran. Saya hanya perlu fokuskan kepada pemasaran sahaja. Saya suka apa yang saya buat sekarang.

Baru-baru ini saya tertarik dengan satu lagi bisnes online. Juga boleh dibuat secara dropship tanpa perlu menyimpan stok. Bisnes online yang berkonsepkan Muti Level Marketing. Pendek kata MLM la. Sebenarnya bukan syarikat jualan langsung sahaja yang menggunakan konsep pemasaran ini, jika anda kenal dengan EdyMall dropship tempatan yang kini dah dikenali sebagai EdyBiz. Beliau juga sudah mula menggunakan konsep ini. Di US juga konsep MLM ni sangat popular.

Seronok tak jika jualan bulanan kita maintain sahaja, tetapi untung bulanan bertambah? Sapa yang tak nak kan? Kalau bisnes ebay saya perlu tingkatkan jualan untuk menambah untung, kerana saya bergerak seorang diri. Berlainan dengan konsep MLM, anda akan bergerak secara team, berkumpulan. Dan anda akan dibantu untuk menghasilkan jualan.

Bisnes yang saya maksudkan adalah Shaklee. Sebuah syarikat jualan langsung yang menggunakan konsep MLM. Ramai yang tidak suka dengan MLM. Saya tahu. Tetapi apa yang saya nampak disini, Shaklee mempunyai kekuatan pada produk berbanding dengan syarikat jualan langsung lain yang hanya mengutamakan mencari downline. Saya sendiri pun disuruh fokus kepada jualan dan bukannya mencari downline.

3 perbezaan ketara yang saya nampak pada Shaklee;

1- Anda boleh mendapatkan bonus 4 ke 5 angka tanpa downline! Hanya fokus kepada jualan.
2- Walaupun anda dibawah (downline), anda boleh mendapat bonus jauh lagi besar dari upline anda!
3- Walaupun anda dibawah (downline), anda boleh naik level lagi tinggi dari upline anda!


Menarikkan. Maksud disini, siapa yang usaha lebih, dia akan dapat lebih. Walaupun anda upline, tapi tidak membuat jualan, anda tidak akan dapat apa-apa.  Itulah yang membuatkan saya terjebak dalam bisnes MLM ini. Kenapa ramai rakyat Malaysia tidak sukakan MLM? Boleh baca ->> disini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes Shaklee secara online ini, atau berkenaan dengan produk Shaklee, atau mungkin nak belajar bisnes ebay, anda boleh menghubungi saya.


Banyak sebenarnya kelebihan bisnes dari rumah. Salah satu yang paling nikmat adalah kita dapat melihat anak sendiri membesar depan mata. Ramai org terlalu sibuk mencari duit sampai tak sedar anak dah besar hasil jagaan org lain. Masa yang berlalu takkan boleh berpatah balik. Sedar-sedar, kita sudah pun tua. 10% daripada hidup habis di jalan raya (jam) sahaja dan 40-50% habis di pejabat.

So, kepada anda yang sudah ada kesedaran untuk menceburkan diri dalam bisnes online, usahalah sungguh-sungguh. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Rezeki tidak akan datang bergolek, goyang kaki sahaja. Off course rezeki tak datang sekelip mata. Tapi insyaAllah ia tak sesusah kerja 9-5 jam yang anda lakukan sekarang! InsyaAllah jika anda fokus, 1-2 tahun saja dah cukup untuk membolehkan anda bekerja daripada rumah secara fulltime!

P/s : Inilah buah-buah hati saya. Seopis dan semeja dengan umi.


** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...