Awas Bahaya Timang Bayi

“Timang tinggi, tinggi... sukanya anak mama,” agah si ibu kepada bayi kecil yang ketawa apabila ditimang. Senario tersebut memang biasa di kalangan ibu bapa yang punya anak kecil.


Bayi memang sangat suka ditimang. Mereka akan tergelak kesukaan. Tetapi tahukah anda bahawa perbuatan yang amat digemari oleh si kecil itu juga boleh membahayakan nyawa mereka. Awas!

Perbuatan menimang bayi boleh menyebabkan sindrom goncangan bayi atau Shaken Baby Syndrome (SBS). Akibatnya ia akan memberi kecederaan kepada otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.

Ia boleh berlaku dalam tempoh sesingkat lima saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ia berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Penderaan bayi (child abuse) juga boleh menjadi salah satu punca.

Hal ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Oleh itu jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau ketika seronok bergurau dengannya. Jadi ibu bapa dan pejaga semua, sila ambil serius terhadap hal menimang dan mengoncang bayi.

 



Sumber : Majalah Pa & Ma

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...