Faktor Dan Risiko Tekanan Darah Tinggi

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi (hypertenshion), bermakna anda mempunyai kecenderungan ke arah penyakit jantung, stroks dan masalah ginjal. Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.

Bacaan tekanan darah 150/100 atau lebih diklasifikasikan sebagai tinggi. Bacaan normal adalah 120/80. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mempunyai bacaan tekanan darah 120/80 apabila berusia 80 jika anda sentiasa beringat dan memelihara arteri anda.


Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Berikut adalah 9 faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami tekanan darah tinggi .

1 - Faktor keturunan
Jika salah satu , atau kedua orang tua anda mengalami tekanan darah tinggi , kemungkinan anda pun berisiko tinggi mengalaminya .

2 - Usia
Semakin kita bertambah tua , keanjalan saluran darah kita juga berkurang sehingga cenderung mengalami penyempitan pembuluh darah . Akibatnya , tekanan darah pun meningkat .

3 - Gender
Hingga usia 45 , lelaki lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi . Pada usia 45 hingga 64 , baik lelaki mahupun wanita mempunyai tahap risiko yang sama .

4 - Kurang gerak ( sedentary lifestyle )
Biasanya, orang yang tinggal di bandar besar cenderung mempunyai gaya hidup kurang gerak . Bekerja di pejabat , dan terus menerus duduk , ditambah lagi kurangnya sukan , akan cenderung meningkatkan risiko penyempitan atau penyumbatan di pembuluh darah . Akibatnya adalah peningkatan risiko darah tinggi .

5 - Pola makan
Kalau anda suka makan makanan tinggi kalori , lemak , dan gula , mungkin sudah tiba masanya anda kurangkan untuk mengurangkan risiko terkena penyakit darah tinggi . Kurangkan makanan bergaram kerana itu dapat menahan banyak cecair dalam tubuh sehingga meningkatkan tekanannya .

6 - Berat badan berlebihan
BMI ( Indeks Massa Tubuh ) boleh menjadi salah satu ukuran risiko . Jika BMI anda 25 hingga 30 , atau lebih , anda tergolong dalam berat badan berlebihan, dan lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi .

7 - Minuman beralkohol
Mengambil alkohol boleh meningkatkan kadar trigliserida dalam darah . Trigliserida adalah kolesterol yang jahat yang berpotensi menyebabkan tekanan darah meningkat .

8 - Tekanan
Hormon adrenalin akan meningkat sewaktu kita stress , dan ini akan meningkatkan degupan jantung, pernafasan dan menyempitkan arteri. Selain itu , ketika stress biasanya pilihan makanan kita kurang baik . Kita akan cenderung memakan apa pun untuk merilekskan diri , dan itu boleh memberi kesan secara tidak langsung pada tekanan darah kita .

9 - Keadaan penyakit yang lain

Gangguan keadaan kesihatan seperti Apnea tidur ( Sleep Apnea ) boleh menyebakan tekanan darah tinggi .

Tekanan darah tinggi jika tidak dikawal boleh menyebabkan masalah kesihatan lain. Berikut adalah 5 risiko daripada tekanan darah tinggi ;

- Strok
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

- Gangguan penglihatan
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

- Arteri
Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

- Kerosakan buah pinggang
Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

- Serangan jantung
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjad.

Kegagalan jantung kongestif

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

85 peratus daripada semua kes tekanan darah tinggi dapat dirawat tanpa penggunaan ubat-ubatan jika individu tersebut bertekad untuk mengubah gaya hidup dan diet pemakanan. Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, ikuti tip-tip berikut:

* Kurangkan berat badan - Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

* Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

* Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

* Jangan merokok - Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

* Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

* Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

- Ketahuilah keperluan kalori seharian anda.
- Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru.
- kurangkan lemak-lemak haiwan.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
- Buat pemeriksaan tekanan darah dengan kerap. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Makanan yang digalakkan ambil oleh pengidap tekanan darah tinggi

- Buah delima - Dapat membantu arteri tidak menyempit.
- Blueberries, blackberries, strawberries dan raspberries - membantu menyeimbangkan tekanan darah
- Sayuran hijau, buahan segar terutama pisang, ikan segar, brown rice, roti dan pasta untuk meningkatkan pengambilan vitamin B6, B12 dan asid folic.
- Apricot, almond dan minyak biji bunga matahari kaya dengan magnesium dan potassium.
- Gunakan garam organik dalam masakan
- Soya yang mengandungi isoflavones
- Bawang putih, merah dan brokoli (antioxidant, antiviral dan anti bacterial)

Supplement Shaklee yang boleh ambil untuk mengatasi kekurangan pengambilan makanan di atas.

B Complex - Mengandungi kesemua kumpulan vitamin B termasuk B6, B12 dan asid folid. Membantu mengurangkan stress. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh tekanan.

OsteMatrix - Sumber kalsium dan magnesium. Juga membantu tidur lebih lena dan mengurangkan stress. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh tekanan.

OmegaGuard - Membantu mengurangkan tahap kolestrol dan melancarkan peredaran darah. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kolestrol dan lemak.

Garlic - Merupakan antibiotik semulajadi. Membantu menyingkirkan toksik dalam badan dan mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol.

Vivix - Jus Anti Penuaan Pada Tahap Sellular. Jus antioksidan berasaskan berries yang turut mempunyai fungsi antibacterial, anti viral dan anti inflammation yang dapat menyeimbangkan tekanan darah disamping banyak manfaat lain.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga diskaun. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...