Kencing manis dan tekanan darah tinggi merupakan gejala yang biasa terjadi pada ibu-ibu mengandung walaupun mereka tidak pernah mengalaminya ketika tidak mengandung. Kenapa gejala ini berlaku ketika mengandung sahaja? Dan ianya hilang setelah melahirkan anak. Memang tidak dinafikan, selain faktor keturunan, tabiat pemakanan si ibu sangat mempengaruhi keadaan ini.
Tahukah anda kalsium mempunyai kaitan dengan gejala kencing manis dan darah tinggi. Malah ia ada kaitan dengan sakit ketika bersalin normal, perubahan tulang pinggul dan gigi mudah patah.
Ketika kandungan masuk 3 bulan, badan si ibu memindahkan sejumlah besar kalsium dari tubuhnya kepada pembentukan janin. Ketika di trimester ketiga, perkembangan tulang dan pembesaran bayi yang pesat memerlukan lebih banyak sumber kalsium. Proses peredaran darah ini meningkatkan risiko kehilangan kalsium dari tubuh si ibu. Oleh kerana jumlah kalsium dalam darah si ibu berkurangan, terjadilah gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi. Badan mengambil kalsium dari tulang bagi menjalankan fungsi degupan jantung dan sistem saraf, namun kalsium dari tulang tidak menjalankan fungsi kalsium darah, sebaliknya mengikat lebih banyak lemak di jaringan pembuluh darah lalu menyukarkan proses peredaran darah ke seluruh badan. Kesannya adalah tekanan darah tinggi. Keadaan ini juga menyebabkan kekejangan pada kaki terutamanya di penghujung kehamilan.
Ada juga yang mengalami peningkatan gula dalam darah atau dipanggil kencing manis. Ianya hilang apabila melahirkan. Peningkatan gula dalam darah si ibu ada kaitan dengan masalah kekurangan hormon insulin. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.
Apakah pula kaitannya dengan kalsium? Kalsium membantu mengawal pelbagai fungsi hormon dalam badan dan ini termasuklah hormon insulin.
Apabila melahirkan dan menyusukan anak, sekali lagi badan si ibu mengalami kekurangan kalsium. Kalsium yang tidak diganti ini lama kelamaan akan menyebabkan si ibu nampak lebih tua dari usia sebenar, sistem imun yang lemah, ketidakstabilan hormon dan gangguan kesihatan.
Kesakitan ketika melahirkan dan kesakitan ketika melalui hari pertama menstrual adalah kerana otot tidak menganjal dengan baik. Pengambilan kalsium boleh membantu mengurangkan rasa sakit ketika proses kelahiran dan menstrual.
Jelas sekali kalsium amat penting dalam diari hidup seorang wanita. Kalsium bukan hanya untuk tulang dan gigi. Kalsium juga penting untuk otot dan saraf. Hakikatnya ramai yang tidak tahu.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. **
Dapatkan konsultasi PERCUMA sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment