Bila sebut ZINK apa yang terbayang dalam fikiran anda? Saya terbayangkan atap zink belakang rumah saya dekat kampung :) Kali pertama saya makan Zinc Complex semasa berpantangkan Fikri dengan Set Bersalin Shaklee
Zink mempercepatkan penyembuhan luka di luar dan dalaman. Ada yang mengatakan kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Oleh sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin terutamanya secara pembedahan digalakkan makan ikan haruan atau pati ikan haruan. Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan haruan ataupun tak boleh nak telan pati ikan haruan (seperti saya!), bolehlah digantikan dengan suplemen Zink.
Zink adalah salah satu mineral yang penting, terdapat dalam setiap sel badan dan melakukan banyak fungsi yang berguna. Ia merupakan komponen dalam 200 enzim di dalam badan dan banyak terlibat dalam tindak balas enzim berbanding mineral-mineral lain.
Ia merupakan salah satu daripada komponen insulin, hormon pertumbuhan dan hormon seks, dan banyak terkandung dalam sperma. Ia juga mengambil bahagian dalam metabolisme karbohidrat, pecahan alkohol dan sintesis asid nukleik.
Jom kita lihat kepentingan zink pada kita.
1- Menggalakkan pertumbuhan yang sihat
Bersama-sama dengan vitamin A, B6, dan B12, zink adalah perlu untuk pertumbuhan.
2- Membantu menyahtosik
Ia membantu perkumuhan kadmium toksik yang terdapat dalam asap rokok (yang menyebabkan tekanan darah tinggi), dan meneutralkan kesan buruk tembaga yang berlebihan (punca artritis).
3- Membantu masalah ketidaksuburan dan masalah prostat
Zink adalah penting untuk kematangan kelenjar seks dan fungsi seks, terutamanya prostat. Ia menghalang pembesaran prostat, yang boleh menyekat aliran air kencing dan merupakan masalah ramai dikalangan lelaki yang melebihi usia 45. Zink juga dikenali sebagai khazanah lelaki!
4- Membantu masalah alahan
Bersama-sama dengan vitamin B6, zink menghalang pengeluaran histamin. Ini membantu dalam merawat alahan.
5- Bantu di dalam masalah mental
Ia melegakan saraf dan kemurungan dan digunakan dalam rawatan penyakit Alzheimer dan beberapa jenis skizofrenia.
6- Mempercepatkan penyembuhan luka
Zink juga boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan digunakan untuk mengubati ulser akibat daripada rawatan kortison. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
7- Membantu pesakit diabetes
Oleh kerana kehadirannya di dalam insulin, zink meningkatkan kesan insulin. Oleh itu ia membantu dalam rawatan penyakit kencing manis.
8- Membantu meningkatkan sistem imun
Zink membantu dalam pengeluaran kelenjar thymus yang penting dalam meningkatkan sistem kekebalan badan dengan merangsang pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit. Digalakkan diambil oleh mereka yang sering demam dan selsema.
9- Menggalakkan kesihatan kulit
Terkenal dengan keupayaan untuk menggalakkan kesihatan kulit dan mengurangkan psoriasis. Atas sebab ini, ia kadang-kadang digunakan sebagai ramuan dalam krim kulit.
10- Membantu mengatasi masalah jerawat
Mineral ini penting untuk masalah jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zink juga membantu sintesis kolagen dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
11- Mengurangkan masalah rambut gugur
12- Membantu masalah kehilangan tulang
Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
13- Penting untuk ibu mengandung
Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia juga diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel yang pesat dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
14- Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
Campuran suplemen zink ke dalam sajian bagi mereka yang sedang menuntut di sekolah membawa kepada peningkatan daya ingatan dan tempoh penumpuan.
Tanda-tanda kekurangan zink adalah:
- Prostat bengkak
- Kemandulan dan mati pucuk
- Kematangan seks lambat pada kanak-kanak
- Pertumbuhan terbantut
- Haid tidak teratur
- Kecenderungan jangkitan dan penyembuhan luka yang lambat
- Sakit sendi
- Artherosclerosis dan peredaran darah yang lemah
- Pembelajaran lambat dan terencat akal
- Kehilangan deria rasa dan bau
- Alahan
- Jerawat
- Stretch mark pada wanita hamil
- Bintik putih pada kuku
- Peluh serangan
- kecenderungan pada kencing manis
Zink boleh hilang disebabkan oleh alkohol dan merokok. Peluh yang berlebihan juga boleh menyebabkan kehilangan sehingga 3 mg sehari.
Mineral zink biasaannya boleh didapati di dalam multivitamin dan multimineral. Juga boleh di dapati di dalam bentuk suplemen Zinc Sulfate, Zinc Gluconate atau Zinc Picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg.
Walaupun Zink bertindak sebagai penggalak imun (immune booster), pengambilan dos Zink melebihi 150mg sehari boleh merencatkan tindakbalas sistem imun. Manakala, pengambilan dos Zink melebihi 1000mg boleh menyebabkan penghasilan toksin di dalam badan.
Di antara sumber semula jadi terbaik zink adalah;
- Tiram mentah
- Kerang
- Daging
- Ikan
- Germa gandum mentah
- Yis bir
- Cendawan
- Biji labu
- Kuning telur
- Kekacang.
keperluan seharian yang disyorkan ialah 15 mg untuk orang dewasa dan 10 mg untuk kanak-kanak. Keperluan meningkat semasa mengandung dan penyusuan.
TIPS PENTING!
(1) Penyerapan mineral Zink oleh badan memerlukan Vitamin A.
(2) Zink bertindak dengan efektif dengan kehadiran Vitamin A, Kalsium dan Fosforus.
(3) Elakkan pengambilan suplemen Zink dan Zat Besi serentak, kerana kedua-duanya mengganggu aktiviti satu sama lain.
Nutrition Fact: Sebiji Zinc Complex Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).
Penghidap SLE tidak boleh mengambil Zinc Complex.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **
Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.
Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami
No comments:
Post a Comment