10 Tips Untuk Mengekalkan BUAH PINGGANG Yang Sihat

Buah pinggang kita akan menurun keupayaan menapis secara semula jadi selepas umur 30 sehingga 40 tahun. Selepas umur 30 tahun, setiap 10 tahun fungsi buah pinggang kita akan menurun sebanyak 10%. Tetapi, jika anda meningkatkan beban pada buah pinggang anda dari awal, risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang di kemudian hari pasti akan lebih tinggi.

Untuk melindungi buah pinggang anda, ikuti beberapa tips dibawah untuk mengurangkan risiko mendapat masalah buah pinggang.


1. Menguruskan kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung

Dalam kebanyakan kes, penyakit buah pinggang adalah penyakit sekunder yang berpunca daripada penyakit utama seperti diabetes, penyakit jantung atau tekanan darah tinggi. Oleh itu, mengawal tahap gula, kolesterol dan tekanan darah dengan mengikuti diet yang sihat, senaman dan panduan perubatan adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang.

2. Mengurangkan pengambilan garam

Garam meningkatkan jumlah natrium dalam diet. Ia bukan sahaja meningkatkan tekanan darah tetapi juga akan menyebabkan pembentukan batu karang.

3. Minum air yang banyak setiap hari

Air mengekalkan anda terhidrat dan membantu buah pinggang menyingkirkan semua toksin dari badan anda. Ia membantu tubuh untuk mengekalkan isipadu darah dan penumpuan. Ia juga membantu dalam penghadaman dan mengawal suhu badan. Sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari adalah satu kemestian.

4. Jangan menahan untuk membuang air kecil

Penapisan darah adalah fungsi utama buah pinggang. Apabila proses penapisan dilakukan, bahan buangan dan air akan disimpan di dalam pundi kencing dan perlu disingkirkan. Anda akan merasai keinginan untuk membuang air kecil apabila pundi kencing penuh dengan 120-150 ml air kencing.

Oleh itu, jika anda mengabaikan keinginan untuk ke tandas, pundi kencing akan menampung air melebihi daripada kapasitinya. Ini memberi kesan kepada proses penapisan buah pinggang.

5. Pemakanan yang berkhasiat

Hampir semua proses yang berlaku di dalam badan dipengaruhi oleh apa yang anda makan dan bagaimana anda makan. Jika anda banyak makan makanan yang tidak berkhasiat, makanan ringan dan makanan segera, organ-organ di dalam badan anda akan menghadapi akibatnya, termasuklah juga buah pinggang.

Anda perlu mengambil makanan yang betul dalam diet anda. Terutama makanan yang boleh menguatkan buah pinggang seperti ikan, asparagus, bijirin, bawang putih dan daun parsli. Buah-buahan seperti tembikai, oren dan lemon juga baik untuk kesihatan buah pinggang.

6. Minum minuman yang sihat

Minuman seperti jus segar antara minum lain selain air kosong yang membantu mengekalkan kesihatan buah pinggang. Jus membantu sistem penghadaman untuk mengekstrak lebih banyak air dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan. Elakkan minum kopi dan teh kerana mengandungi kafein yang mengurangkan jumlah cecair dalam badan. Jadi, buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.

Jika anda sudah mengalami masalah buah pinggang, anda harus elakkan daripada mengambil jus yang diperbuat daripada sayur-sayuran seperti bayam. Sayuran ini kaya dengan asid oksalik dan menyebabkan pembentukan batu karang. Air kelapa boleh membantu mencegah pembentukan batu karang.

7. Elakkan alkohol dan merokok

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan elektrolit di dalam tubuh dan kawalan hormon yang mempengaruhi fungsi buah pinggang. Merokok pula tidak menyebabkan masalah buah pinggang secara langsung tetapi ia mengurangkan fungsi buah pinggang dengan ketara. Ia juga memberi kesan yang buruk kepada kesihatan jantung yang boleh memburukkan lagi masalah buah pinggang.

8. Bersenam setiap hari

Para penyelidik percaya bahawa obesiti adalah berkait rapat dengan masalah yang berkaitan dengan buah pinggang. Berat badan yang berlebihan memberi peluang 2 kali ganda untuk mendapat masalah buah pinggang. Bersenam, makan makanan yang seimbang dan mengawal saiz pengambilan makanan pasti dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Selain itu, anda akan sentiasa berasa segar dan aktif.

9. Elakkan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor

Semua ubat-ubatan yang anda ambil akan melalui buah pinggang untuk penapisan. Meningkatkan dos atau mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor boleh meningkatkan beban toksin pada buah pinggang anda. Itulah sebabnya anda perlu sentiasa mengikuti cadangan dos dan mengelakkan pengambilan ubat sendiri.

10. Berfikir sebelum mengambil suplemen dan ubat-ubatan herba

Jika anda mengambil makanan tambahan atau ubatan herba, anda perlu menimbang semula keperluan dos anda. Pengambilan suplemen dan ekstrak tumbuhan tertentu yang berlebihan juga dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang. Anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang risiko penyakit buah pinggang sebelum mengambil.

Jika anda mengambil suplement Shaklee, anda dinasihatkan mendapatkan konsultasi daripada pengedar anda untuk mengelakkan dari pengambilan yang berlebihan dari keperluan.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga.

Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Kanser - Dari Sel Normal Ke Sel kanser

Breast cancer atau kanser payudara adalah pembunuh utama kaum wanita. Ia biasanya menyerang wanita dalam kalangan umur 20-an dan ke atas. Jom luangkan masa 5 minit anda untuk tonton video bagaimana sel kanser terjadi, apakah faktor yang boleh menyebabkan kanser terjadi dan rawatan kanser.


Rawatan Alternatif ;

Vivix merupakan suplement antioksida yang sangat kuat dan mempunyai fungsi anti kanser. Campuran Resveratrol dan polifenol semulajadi menjadikan Vivix 10 kali lagi power dari resveratrol sahaja dalam melindungi dan memperbaiki sel.

 Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix. Mereka yang berumur 18 tahun kebawah juga tidak digalakkan mengambil Vivix.  

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

 Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

10 Tanda-tanda Awal Masalah Hati Yang Perlu Diketahui

Berjaga-jaga dengan tanda-tanda awal masalah hati sangat penting dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat. Tanpa hati yang berfungsi sepenuhnya, kedua-dua kesihatan dan gaya hidup anda akan terganggu. Untungnya hati kita mampu untuk membaiki diri sendiri. Oleh itu sebarang masalah yang dikesan awal tidak akan dibenarkan membesar dan menjadi lebih teruk. Hati kita akan memulihkan sepenuhnya dengan sendiri. Jadi, anda perlu memastikan hati anda sihat untuk ia menjalankan fungsinya dengan baik. Berikut adalah 10 tanda-tanda masalah hati yang perlu diambil perhatian.



Tanda Amaran #1 - Perubahan Warna Kulit - Jaundis

Salah satu tanda-tanda awal masalah hati. Keadaan ini terjadi apabila hati anda tidak dapat menapis semua toksin yang anda makan. Ini menyebabkan kemungkinan terdapat pengumpulan Bilirubin yang merupakan pigmen hempedu. Hempedu dihasilkan oleh hati untuk membantu penghadaman. Badan anda tidak dapat menyingkirkan Bilirubin ini yang kemudiannya berkumpul dalam aliran darah dan menyebabkan kulit anda menjadi warna kekuningan. Kekuningan ini juga boleh dikesan pada kuku, hujung jari, dan mata. Keadaan ini dikenali sebagai Jaundis.


Tanda Amaran #2 - Sensitiviti Kulit
 
Satu lagi tanda-tanda awal masalah hati, dan sekali lagi ia berkaitan dengan kulit. Kulit menjadi gatal atau lebih sensitif apabila disentuh. Menjaga kelembapan kulit boleh membantu, tetapi keadaan ini akan berterusan dan mungkin akan bertambah buruk sehingga penyebab utama (masalah dengan hati) dikenal pasti dan ditangani.
Tanda Amaran #3 - Perubahan Warna Air Kencing Dan / Atau Najis

Jika anda perasan sebarang perubahan pada warna air kencing anda, ini juga mungkin menunjukkan anda mempunyai masalah hati. Jika anda minum air yang mencukupi sepanjang masa, air kencing anda sepatutnya pucat dan lebih jernih. Jika air kencing anda menjadi warna kuning gelap berterusan, (disebabkan oleh berlebihan bilirubin dalam darah), ini adalah petanda anda mungkin mempunyai masalah dengan hati anda.

Ia juga boleh memberi kesan kepada najis. Hati yang tidak berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan najis anda menjadi pucat, berdarah, atau hitam.


Tanda Amaran #4 - Perubahan Di Dalam Perut

Perubahan yang berlaku di dalam perut anda merupakan satu lagi gejala kemungkinan masalah hati. Ia mungkin bermula dengan mengalami sakit atau kekejangan di bahagian bawah abdomen. Keadaan ini boleh bertukar menjadi seperti rasa angin dalam badan. Jika dibiarkan boleh menyebabkan Ascitis terjadi.

Ascitis adalah keadaan di mana terdapat pembentukan cecair di dalam dinding abdomen. Ini boleh membawa kepada tekanan ke atas paru-paru dan menyebabkan kesukaran bernafas. Jika keadaan ini berlaku, anda mungkin perlu menjalani Paracentesis, satu proses perubatan di mana jarum atau kateter akan dimasukkan ke dalam rongga peritoneum untuk mengeluarkan cecair itu.

Tanda Amaran #5 - Kelesuan
 
Jika anda mula mengalami rasa lemah atau letih / lesu melampau, ini juga bermakna bahawa anda mempunyai masalah dengan hati anda. Apa yang berlaku adalah badan anda sedang bekerja lebih keras untuk terus hidup. Sebenarnya badan anda sedang memberitahu anda ia memerlukan lebih rehat. Jika kelesuan ini hadir bersama-sama dengan mana-mana gejala-gejala lain yang dinyatakan di sini, anda perlu segera berjumpa doktor untuk diagnosis.

Tanda Amaran #6 – Asid Reflux dan Muntah
 
Satu lagi tanda-tanda awal masalah hati adalah mengalami senak yang kerap dan
Asid Reflux, yang boleh membawa kepada muntah.
Asid Reflux adalah keadaan dimana asid perut naik semula ke kerongkong sehingga menyebabkan ketidakselesaan.

Tanda Amaran #7 – Hilang Selera Makan

Walaupun hilang selera makan adalah salah satu tanda-tanda awal masalah hati, namun ia sering tidak kelihatan sehinggalah penyakit hati telah agak berkembang. Jika anda mengalami kehilangan selera bersama-sama dengan mana-mana gejala-gejala lain yang dibincangkan di sini, maka anda perlu segera berjumpa doktor, kerana ia boleh menjadi tanda bahawa anda sudah mempunyai masalah hati yang teruk.

Tanda Amaran #8 – Pengumpulan Cecair

Pengumpulan cecair juga boleh menjadi tanda-tanda bahawa anda mempunyai penyakit hati. Ia memberi kesan bengkak pada bahagian bawah kaki, pergelangan kaki, dan kaki. Apabila bahagian bengkak ini ditekan, ia mengambil masa beberapa saat untuk bahagian kulit itu kembali asal.

Tanda Amaran #9 – Cirit-birit
 
Oleh kerana hati memainkan peranan yang penting dalam proses pencernaan, jika ia bermula tidak berfungsi, ini boleh menyebabkan cirit-birit.

Tanda Amaran #10 – Merasa Tidak Sihat
 
Merasa tidak sihat boleh menjadi salah satu daripada tanda-tanda masalah hati. Hati yang tidak dapat berfungsi dengan baik tidak akan dapat menapis toksin daripada aliran darah secekap seperti yang sepatutnya, dan ini boleh menyebabkan pelbagai gejala, termasuk masalah kulit, sakit kepala, dan perasaan marah. Berilah hati anda peluang untuk menjaga anda.

Menjaga hati adalah asas untuk gaya hidup yang sihat. Seperti yang dinyatakan di awal artikel ini, hati anda berupaya membaiki diri sendiri. Apa-apa kerosakan yang dikesan awal, tindakan akan diambil untuk membetulkannya.

Jika anda mempunyai penyakit hati yang tidak kronik, anda masih boleh hidup dengan aktif tetapi mungkin perlu mengikut diet khas.


Jika anda mempunyai tanda-tanda diatas, dan ingin mencuba suplement Shaklee, saya sarankan anda mengambil DTX Complex. DTX Complex yang mengandungi ekstrak dari biji benih pokok susu tisel membantu badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Antara fungsi ramuan yang terdapat dalan DTX Complex adalah;


* Melindungi hati dari toksin.
* Membantu masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
* Merangsang penghasilan hempedu - membantu penghadaman
* Membantu fungsi hati 

Jika anda menjaga hati anda, hati anda akan menjaga anda. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 ** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

30 Tips Tangani Loya Dan Muntah Semasa Mengandung

Kehamilan dan morning sickness memang tidak boleh dipisahkan. Walaupun ada ibu yang langsung tidak mengalami mabuk hamil, peratusannya sekitar 20% sahaja. Bezanya, rasa mabuk ini berbeza pada setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Pengalaman saya setelah 4 kali mengharungi situasi ini, kesannya memang berbeza tiap kali mengandung. Kata orang, mengandungkan anak perempuan alahanya lagi teruk. Pada saya, sama sahaja lelaki baikpun perempuan. Alahan saya teruk pada kehamilan pertama (perempuan) dan kehamilan ke 4 (lelaki). 2, 3 bulan juga la saya tidak bertenaga. Kalau teringatkan alahan ni rasa dah tak nak mengandung :d. Tambahan pada kehamilan ke 4, anak-anak yang lain perlu juga perhatian.


Saya banyak belajar daripada pengalaman dan pembacaan tentang alahan ketika kehamilan. Ada pelbagai cara untuk mengurangkan rasa mual. Namun tidak semuanya sesuai untuk ibu-ibu. Anda perlu mencuba dengan cara mana yang sesuai untuk anda. Jom saya kongsikan tips dan petua untuk mengurangkan kesan morning sickness.

1- Apabila bangun tidur pada waktu pagi, makanlah sedikit biskut dan rehat sebentar sebelum bangun.
2- Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong contohnya setiap dua jam walaupun tidak lapar.
3- Sebolehnya cuba jangan skip makan
4- Makan apa saja yang teringin tetapi jangan paksa diri habiskan jika rasa sudah kenyang
5- Elakkan mengambil makanan pedas, berlemak, berasid, berempah atau bergoreng.
6- Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt.
7- Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
8- Makan makanan masin sebelum mula makan membantu anda habiskan makanan dengan tenang
9- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana ia kurang bau.
10- Ja­ngan terus baring selepas makan.
11- Elakkan minum ketika makan, sebelum dan selepas makan.
12- Minum air limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
13- Elakkan diri daripada mengambil kafein atau merokok.
14- Minum air dengan sedikit tetapi kerap sehingga 12 gelas sehari.
15- Minum air sejuk @ dingin membantu mengurangkan rasa mual
16- Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
17- Buka tingkap seluasnya dan pasangkan kipas dapur sesudah memasak untuk mengurangkan bau masakan.
18- Masak menggunakan mikrowave dapat mengurangkan bau masakan
19- Boleh gunakan minyak angin seperti "Minyak Cap kapak" untuk mengurangkan rasa pening
20- Bau lemon juga boleh mengurangkan rasa loya
21- Elakkan berada di tempat panas kerana alahan akan bertambah teruk.
22- Bergerak dengan perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
23- Keluar berjalan dan hirup udara segar dapat kurangkan rasa pening dan loya
24- Dapatkan rehat yang cukup kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan.
25- Tidur sekejap di siang hari kerana wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
26- Dapatkan tidur yang cukup diwaktu malam
27- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain jika ada.
28- Dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya suami, ibu bapa ataupun rakan.
29- Makan vitamin prenatal pada waktu malam atau sebelum tidur untuk penyerapan yang lebih berkesan
30- Pengambilan Vitamin B6 sangat membantu mengurangkan morning sickness

Jika anda memilih Shaklee sebagai vitamin untuk kehamilan anda, anda boleh memilih vitamin berikut sebagai langkah mengurangkan kesan morning sickness;

1- Chewable Vita-C 100mg - Rasanya yang masam boleh menggantikan asam jeruk. Selain membekalkan vitamin C, ia dapat mengurangkan rasa loya.

2- B Complex - Mengandungi kesemua 8 kumpulan vitamin B termasuk B6 (piridoksina) yang dikatakan mampu mengurangkan kesan morning sickness

3- Peppermint-Ginger Plus - Kandungan peppermint dan halia didalamnya membantu membuang angin dalam badan seterusnya mengurangkan rasa loya dan muntah.

4- Performance Drink - Minuman isotonik tanpa gas berperisa oren, membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan mengelakkan dehidrasi. sangat sesuai kepada ibu yang mengalami alahan yang teruk.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI VIVIX : Berjalan Seperti 30 Tahun Walaupun Sudah Berusia 58 Tahun

" TURNING BACK THE CLOCK:

I'll update you on a few things that I'm experiencing. First, my very white
hair started changing. I've had independent verification that my formerly completely white hair now has a whole bunch of really cool dark brown hair coming on strong. Who knows what that means, but something is happening in the “reversal of aging” department. On another note, a friend of mine saw me striding along and mentioned, "Now that is a Shaklee-guy walk. You walk like a 30 year old". I thought about that and realized that I have lost virtually all of my 58 year old guy small aches and pains. When I run, walk, play tennis or exercise, all I feel is the joy of movement with no extra sensations. I really like that Vivix!"
-Bob Ferguson



 *****************************************

" Saya akan memaklumkan kepada anda mengenai beberapa perkara yang saya alami. Pertama, rambut saya yang putih mula berubah. Saya mempunyai pengesahan bebas bahawa rambut saya yang sebelum ini benar-benar putih kini sejumlah besarnya menjadi perang gelap dengan jelas. Siapa yang tahu apa maksudnya, tetapi sesuatu sedang berlaku dalam bahagian "pembalikan penuaan". Dalam perkembangan lain, seorang kawan saya melihat saya melangkah bersama-sama dan memaklumkan, "Sekarang adalah Shaklee-guy berjalan. Anda berjalan seperti seorang yang berusia 30 tahun". Saya berfikir tentang itu dan menyedari bahawa saya telah kehilangan hampir semua kesakitan saya dialami pada usia 58 tahun. Apabila saya berlari, berjalan, bermain tenis atau bersenam, semua saya rasakan kegembiraan pergerakan tanpa sensasi tambahan. Saya benar-benar sukakan Vivix! " -Bob Ferguson

Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix. Juga tidak digalakkan untuk mereka dibawah 18 tahun. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

TESTIMONI VIVIX : Sendi Makin Selesa, Bintik-Bintik Coklat Makin Berkurang

" WHAT TO EXPECT WITH VIVIX:

Results will be different for each person depending on their state of health. I have been in very good health so my “noticeable” results did not happen quickly. It took a good 4-6 months for me to discover that my joints were much more flexible and my brown spots had lessened.

Keeping our bodies healthy at the “cellular” level is extremely valuable. For those who want to stay youthful and fit as long as possible, Vivix is a must. It’s all about impacting the aging process going forward, as well as reversing as many existing negatives as possible.
 

For those in more fragile health, Vivix may detoxify to the extent you experience a temporary negative reaction. As Dr. Shaklee said, “When starting a supplement program you might ‘raise a little dust’ before you get the house clean.” Be patient and persevere to ultimate HEALTH!
 

Option: reduce Vivix to ½ tsp for a week or two to ease through this cellular detoxification period." -Lorri Kreuscher

 ********************************************

" APA YANG DIJANGKAKAN DENGAN VIVIX :

Kesannya akan berbeza pada setiap orang bergantung kepada keadaan kesihatan mereka. Saya berada dalam kesihatan yang baik , jadi kesannya pada saya tidak berlaku dengan cepat. Ia mengambil masa antara 4 ke 6 bulan untuk saya perasan apabila sendi saya terasa lebih selesa dan bintik -bintik coklat semakin berkurang.
Mengekalkan kesihatan badan di peringkat " sel " adalah sesuatu yang sangat berharga. Bagi mereka yang mahu awet muda dan kesihatan yang berpanjangan, Vivix adalah satu kemestian. Ia mengenai memberi kesan pada proses penuaan, dan juga menterbalikkan sebanyak mungkin kesan negatif yang sedia ada. 

Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, Vivix dapat menyahtoksik sehingga keperingkat dimana anda akan mengalami tindak balas yang negatif untuk sementara waktu. Seperti Dr Shaklee berkata, " Apabila memulakan program makanan tambahan anda mungkin ' menimbulkan debu kecil' sebelum anda mendapatkan rumah yang bersih. " Bersabar dan tabah untuk KESIHATAN yang optimum! 
Cadangan: Kurangkan pengambilan Vivix kepada ½ sudu kecil untuk satu atau dua minggu untuk memudahkan anda melalui tempoh detoksifikasi selular ini." - Lorri Kreuscher

Ibu hamil @ menyusu tidak boleh mengambil Vivix. Juga tidak digalakkan untuk mereka dibawah 18 tahun. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

KALSIUM - Kepentingannya Ketika HAMIL Yang Ramai TIDAK TAHU

Kencing manis dan tekanan darah tinggi merupakan gejala yang biasa terjadi pada ibu-ibu mengandung walaupun mereka tidak pernah mengalaminya ketika tidak mengandung. Kenapa gejala ini berlaku ketika mengandung sahaja? Dan ianya hilang setelah melahirkan anak. Memang tidak dinafikan, selain faktor keturunan, tabiat pemakanan si ibu sangat mempengaruhi keadaan ini.

Tahukah anda kalsium mempunyai kaitan dengan gejala kencing manis dan darah tinggi. Malah ia ada kaitan dengan sakit ketika bersalin normal, perubahan tulang pinggul dan gigi mudah patah.

Ketika kandungan masuk 3 bulan, badan si ibu memindahkan sejumlah besar kalsium dari tubuhnya kepada pembentukan janin. Ketika di trimester ketiga, perkembangan tulang dan pembesaran bayi yang pesat memerlukan lebih banyak sumber kalsium. Proses peredaran darah ini meningkatkan risiko kehilangan kalsium dari tubuh si ibu. Oleh kerana jumlah kalsium dalam darah si ibu berkurangan, terjadilah gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi. Badan mengambil kalsium dari tulang bagi menjalankan fungsi degupan jantung dan sistem saraf, namun kalsium dari tulang tidak menjalankan fungsi kalsium darah, sebaliknya mengikat lebih banyak lemak di jaringan pembuluh darah lalu menyukarkan proses peredaran darah ke seluruh badan. Kesannya adalah tekanan darah tinggi. Keadaan ini juga menyebabkan kekejangan pada kaki terutamanya di penghujung kehamilan.

Ada juga yang mengalami peningkatan gula dalam darah atau dipanggil kencing manis. Ianya hilang apabila melahirkan. Peningkatan gula dalam darah si ibu ada kaitan dengan masalah kekurangan hormon insulin. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Apakah pula kaitannya dengan kalsium? Kalsium membantu mengawal pelbagai fungsi hormon dalam badan dan ini termasuklah hormon insulin.

Apabila melahirkan dan menyusukan anak, sekali lagi badan si ibu mengalami kekurangan kalsium. Kalsium yang tidak diganti ini lama kelamaan akan menyebabkan si ibu nampak lebih tua dari usia sebenar, sistem imun yang lemah, ketidakstabilan hormon dan gangguan kesihatan.

Kesakitan ketika melahirkan dan kesakitan ketika melalui hari pertama menstrual adalah kerana otot tidak menganjal dengan baik. Pengambilan kalsium boleh membantu mengurangkan rasa sakit ketika proses kelahiran dan menstrual.

Jelas sekali kalsium amat penting dalam diari hidup seorang wanita. Kalsium bukan hanya untuk tulang dan gigi. Kalsium juga penting untuk otot dan saraf. Hakikatnya ramai yang tidak tahu.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. ** 

Dapatkan konsultasi PERCUMA sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas kepada pelanggan nazuwa.com **

 Hubungi kami di admin@nazuwa.com atau SMS/WhatsApp ke 011-1611-2294 (Nazuwa) untuk sebarang pertanyaan / khidmat nasihat / harga. Jom like facebook fanpage Healthy Living untuk tip-tip kesihatan.

Ingin menambah pendapatan secara online hanya dari rumah? Jom sertai kami

Adakah anda suka artikel ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...